Monday, January 31, 2011

Jom balik kampung.

Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan saye yang menyambutnye.
Terutama kawan lame yg sgt tiyut.
Sim Yee !.

kawan sebelok,
Joan dan kawannye :)

Saye nak balik kampung .
wee~
Apa yang perlu kita buat sebelum naik bas :
Check tayar bas ni cukup 12 ke tak.
dan yang paling penting bas tu ada tayar tak.
kalau tak sure, lebih baik tak perlu naik.
Dikhuatiri itu bukan bas.
seterusnye, driver bas tak nantok mahupun mabuk. Itu yang pasti ye !
lastly boleh cop tempat duduk. ^^



Sunday, January 30, 2011

Minie Mouse tiyut !

Bertempat di sebelah rumah.
Waktu malaysia : 12.34 tengahari,
Berlansung satu majlis hari jadi.
Yaho !.
macam hari jadi kite lak. Hepy mengalahkan tuan punya besday ^^

Tuan punye desday baru sahaja berumur 2 tahun.
saye ?
22 tahun..
wiit ! wiit !

TING TONG !
mula mula dapat Invitation card.
Kehadapan tuan punye rumah yg comel ! anda dijemput ke.. Blabla ~ sterusnye..
Tema : mesty hitam, pink, and putih okeh !
kalau pakai kaler lain tak boleh makan kek :) 

 
Bile dah pakai baju yang ikut tema baru boleh amik cupcake satu !

Cupcake ni sangat comel taw

Minie Mouse terperangkap dalam bekas lutsinar .

kek pun nak Minie Mouse oke.
Tiyut sangat.
yang hitam tu telinga Minie.
Bukan tikus tengelam dalam cup cake.
nnty takde sape nak makan.

 nil lah besday gil.
Aryssa ! 
Dah bagi hadiah baru tak nangis. haih. demand taw dak ni. ^^

 " umi : jom lah amik makanan.
Angah : malulah . ngee !"

makanan saya. siap amik banyak kali nugget.
mase nak amik kali ke 2 dan seterusnye, 
buat buat muke konon baru pertama kali ambil.

Saturday, January 29, 2011

Happy Birthday to me ♥

Assalmualaikum dan salam sayang.

Banyak betul kejadian gembira dan sedih berlaku hari ni.
Tapi yang sedih tak perlu sebut kot.
yang gembira je.
ok.

Pertama.
Kejadian mereka (Fatin, Debot, Ya, Su) 
yang nak terkejutkan kite mase kita tido tak jadi.
Konon nak jadi hantu telekung
dan expect akan tengok muke kita terkejut.
Tapi sangkaan mereka meleset.
Dengan muke selambe yang baru bangun tito.
"aa..Debot. ko buat ape gi surau pagy pagy buta" ..(auta)
memang tak terkejut sbb nampak muke.
lain lah kalau berdak sejuk atau tepung penaik kat muke,
tu terkejut.
Tapi tengs atas kejutan yang tak jadi.
Haha !
tahun depan boley try lagy ye.




sempat hantar rumate saye pegi terminal.
sebelum tu dapat makan Pizza. 
tapi saye tengok je.sampai air liur keluar, mate tak kedip kedip
Sebab petang da makan ciken Cop.

tengs to Fatin ^^ *sponsored by her
(dalam pikcer : Su, Fatin, Ya, Fini)

Hadiah paling awal. Beg Sachs from Umi :)
lap u !




eksited nak pakai shawl. ( ni shawl debot bagi ) cantik kan^^

Hadiah dari kawan kawan.
Tahun ni suma bagi Shawl. 
Yang baju tu macam baju Sailormoon kan ?
dan yang Rabbit tu Tabung. kiut sangat !
Tengs.
(Pikah, Fatin, Debot, Asilah, Aida) ^^
sayang uolls.
kalau tak bagi adiah pun tetap sayang jugak tahu !
Hari ni sangat bahagia.
dan berharap hari hari yang seterusnya.
InsyaAllah

jangan Stres2 taw ! 


ps : terima kasih kepada semua yang wish Hpy Bday kat saye ^^

Wednesday, January 26, 2011

AKTIVITI : Malam Ekspresi KPLI

Diadakan di Dewan Seri Temenggong KTI.
berlansunglah satu Malam Ekspresi KPLI.
bukan ekpresi muka yang masam monyok tu.
tapi malam ni ada 10 persembahan daripada opsyen KPLI semuanya.
Dengan tema nya tribute to Sudirman,
saya sangat yakin tak kira tua atau muda pasti suka dengan tema ni.
dengar kata ada anak saudara Sudirman belajar di sini (IPGKTI) *kata Pengarah.
betul ke?
tak tahulah. ^^
gambar tak dapat lagy.
InsyaAllah kalau dapat pikcer daripada fotographer, saye akan uplodkan .tggu !

selendang lyn ada Mickey Mouse ! ^^

Latihan persembahan. *bersama Farhana

Jika dunia

Aku yang punya
Akan ku dirikan
Sebuah syurga
Malam tanpa siang
Untuk ku bermimpi

Sepanjang masa
Tanpa kecewa
Bertemankan bintang yang setia
Bagaikan puteri
Kisah khayalan
Yang hidupnya suci dan sempurna

oh...Tapi sayang
Hanyalah impian
Bulan tak bisa tumbuh ditaman
Dan bila mentari datang
Pulanglah segala kenyataan

Jika dunia
Aku yang punya
Akan kuhiaskan
Sepasang sayap
Putih dan berseri
Untukku kemudi


ps : kadang kadang tak semua yang kita nak, kita akan dapat. (tetibe nak cakap pulak)
Hidup ini tak semestinya menjanjikan kebahagiaan. Tapi itu tak bermakna itu alasan untuk kita terus mundur. 

Tuesday, January 25, 2011

AKTIVITI : Clorine Test

 Minggu lepas punya lepas, saye belajar cara nak potong kaca
walaupun semua kaca yang saye potong retak,
takpe.
Sabar.

Macam ni.
Potong kali pertama retak.
Kali kedua kene konfident, retak lagy.
kali ketiga dengan konfident, sambil cakap kat kaca, 
"jangan risau. Aku tak potong kau dah."
Huu..
merosak kaca betul.
Maaf la ye.
Potong kaca memang susah.

Hari ni belajar nak uji kandungan kimia dalam air.
kene buat Iron Test, Hardness Test, Clorine Test dan macam macam test yang tak pernah dengar lagy.
Tapi sampai nak buat Clorine Test tu kene buat sampai 3 kali.
Mata dah bulat tengok instrustion.
sampai dah boleh hafal apa larutan yang kene guna



Cara nak buat Clorine Test :


Letak 5 mL larutan yang nak uji (Air Paip Terus)


letak 2 titis Diphenyl Carbazone Indicator sampai air jadi merah keunguan.Ok jadi
letak Nitrit Asid setitik setitik sambil goncang sampai larutan jadi kuning. Ok jadi.
Lepas tu letak setitis demi setitis Mercury Nitrate Solution. sampai jadi violet.
 tp tak jadi Violet.
Jadi bacaannya 1000Cl¯
da siap !


Hasilnya !

Bersama larutan yang diuji.
kumpulan lain ada ambil air longkang dan air ikan keli :)

Dah siap. Rehat!

Sampel air ikan keli. wohoo ! 
warna Warni ibarat haty ini

AKTIVITI : Minggu Pengurusan Pelajar Baharu KPLI 2011

Minggu ini agak sebuk dengan Minggu Orientasi KPLI
Oh.takpe.
minggu ni je.

Cuma hari pertama je seharian bertugas di dewan
dari jam 7 15 pagi hingga jam 6.30 baru balik bilik.

rasa ini orientasi kali ke 4 yang saya (JPP) uruskan.
sebab dah 2 tahun jadi JPP.
Jadi tak risau sangat sebab semua dah tahu tugas masing masing.
saye Bahagian Pendaftaran.
 dan tukang berjalan jalan je dan tolong sikit sikit
hee.
kepada KPLI yang baru sahaja mendaftar,
Selamat Datang ke Kampus Temenggong Ibrahim.
Bersyukurlah kerana terpilih kerana ramai lagi yang merebut peluang ni.

ada KPLI yang baru nak mendaftar tapi mengandung.
dan tak dibenarkan mendaftar.
Mungkin bukan rezeki anda di sini.
Bersabarlah ye.

jadi yang sudah mendaftar,
gunakan peluang ni.
anda bukan berada di universiti.
anda berada di IPG.
tempat bakal bakal guru yang berkualiti akan dilahirkan
terpulang kepada anda mahu jadi guru terbaik atau tidak.
Semua ditangan anda.
Jadi buatlah pilihan yang tepat.
Walaupun mungkin gaji kita tak seberapa berbanding pekerjaan lain.
Tapi ingatlah ia takkan mampu dibandingkan dengan pahala ilmu yang kita curahkan.
InsyaAllah jika diizinkan akan mendapat keberkatan.

ingatlah jika kita menjadi guru,
seumur hidup hidup kita akan dipanggil guru.
Walaupun ketika kita sudah dipanggil kepadaNya,
orang akan berkata "kubur cikgu"
kalau jumpe kat pasar "cikgu"
jumpe kat Bengkel motor "cikgu"
silap2 kalau anak murid kita yang kerja di sana, dapat servis percuma.
tak percaya ?
percayalah :)
Contohnya : 
jika kita mempunyai pekerjaan lain,
takkan pernah ada orang akan kata " kubur tukang masak" dll

Ingat.
kita didoakan setiap hary oleh anak murid kita.
Dalam doa seharian,
"Ya Allah, ampunilah dosa ibu bapa, guru muslimin dan muslimat."
lihat. kita menjadi sebutan setiap hary.
baru seorang yang berdoa untuk kita.
bayangkan dalam satu kelas ada 40 orang.
paling kurang kita akan mengajar 3 kelas.
lebih 100 orang yang akan berdoa untuk kita.
mungkin kita tak dapat lihat di dunia.
Tapi InsyaAllah jika kita ikhlas mengajar,
banyak ganjaran yang kita tak dapat lihat menunggu kita.
Semoga kita dapat menjadi guru yang sebegini.
Amin.

bakal pemimpin yang dipilih ( PKO)

Ajk Pendaftaran. tengs uolls ! :) Lap u !

saye. Peace ! (^_^) v

dengan Exco Makanan (Rose). 
Datang kaunter buat muke kesian mesty dapat makanan. 
terima kasih.

ps : Bukan mudah nak menjadi guru.

Sunday, January 23, 2011

Sabtu yang Indah

 Salam sayang semua .
Oleh kerana hari ni hari Sabtu.
maka bilik jadi pilihan
dan melekat kat skrin laptop ni.

tepat jam 1230 macam biasa jalan kaki pergi makan.
Balik bilik dah lapar
sebab jalan kaki lagi banyak dari makan makanan kat kedai tu.
 oh ya !
sempat beli selipar.
Sebab selipar dulu dah putus.
kene pinjam roomate punya.
kalau nak pegy mandy kena tunggu dye balik toilet.



Perbualan antara rumate (Fatin Liyana) :



rumate : (baru balik dari toilet) Oh. Bangun tidur terus bukak laptop ye.
saye : tunggu selipar..sambil buat muka kesian.. letak dua tiga titik air kat mate konon macam menangis minta simpati. padahal memang malas nak mandi (auta).
Hey hey hey. saye memang nak mandi taw.. uu..
Kesian rumate kene tunggu saye mandy lame.
baru dye dapat mandy ^^ 

Beli kat Terminal je.  datang lah tingkat 2 kat sebelah kedai kasut. *banyak tu kedai kasut atas tu.. hee

Petang dah tak tahu nak buat ape.
Tengok move kat laptop
sampai nak loya sebab bosan.
Main game asyik kalah.
mana tak sakit haty.
huu.. -.-'
salahkan game sebab kenapa buat game susah,
budak umur 20-an ni pun tak lepas.
(oh takpe masih muda) ;)

Oleh kerana hary ni langit tak nangis,
jadi saye dengan Lynn pegy jogging kat padang.
jogging hape. jalan je lebih.

Sebenarnya...
mase Olahraga hari Rabu minggu lepas injured mase lari pecut.
Dapat tengok je budak group buat latihan lary berganty ganty
Sedey sangat tak dapat nak join.
Walaupun hearty meronta ronta.
Haha. Over kau.

petang tadi ingat kaki dah ok.
Tapi bile test lari pecut terus sakit hari tu datang balik.
jadi terpakselah besriar siar kat padang saje

malam kena pakai ni.
tapi dah habis. Nanty kene Sapu minyak je..
Oh kaki.
Harap Rabu dah ok sebab kene lary berganti ganti pule.
Tolong la ye jangan buat hal lagi.





Malamnye pule :

dah Jogging sampai berpeluh peluh sampai satu Timba,

malam  Makan lah !
yehaa. masa yang ditunggu tunggu. setelah penat bersiar petang tadi.

masa jalan kaki sebelum sampai Kedai makan
Mulut terkumat kamit nak makan macam macam.
Burger, Megy, Bihun, Nasik pelik pelik.
Last2 order Nasi Grg Kg.
memang slalu macam tu. Huaa..

Rase tiap tiap hari makan Nasi Goreng Kampung sebab da tak tahu nak makan ape.
Abg amik order tengok muke kite,
kite tengok muke abg amik order.
sambil buat muke macam baru pertama kali sampai Johor ni.
Padahal tiap tiap hari pegi order makan kat situ dan menu yang same.
Nasi Goreng Kg. Cakap banyak kali sampai penin nak bace da.

Macam tak percaya bercerita dari pagi sampai Malam.
wow !.
nanty nak buat lagy lah.



Friday, January 21, 2011

Blog baru : CHOCOLAZAD

 assalamualaikum.


Hye !
mula mula dah tunjuk muke pelik pakai spek.


bukan saye punya spec.
kawan punye.


Same tak Inner. Hee ~
Pelik sebenarnya tengok diri sendiri pakai.
Macam Serba tak kena.
macam Mandy tak basah
makan tak kenyang.
Tapi takda sapa yang tengok saye.
Jadi, malas nak buka buka terus ke pakai.
 Tengok orang lain pakai cantik.
tapi bila kita pakai mesti nampak pelik.

Dalam minggu ni. 
ni hari pertama kelas kami pakai baju kurung.
Selalu pakai baju PJ.
Sebab sem ni ada Olahraga dan Haiwan Kesayangan/Ikan Hiasan.

petang lepas hostel difogging,
masa tertelan gas beracun tu
jalan jalan tengok makanan kat belog lain.

Yang menarik hearty,
ada satu belog yang rasenya baru nak buka.
dalam belog ni ada macam macam bentuk dan kaler colekat.
kuning, merah dan sebagainye !




tengah takde buat ape kat bilik
selepas hostel difogging,
jalan jalan tengok makanan kat belog lain.

Yang menarik hearty,
ada satu belog yang rasenya baru nak buka.
dalam belog ni ada macam macam bentuk colekat.

lepas tu teruja tengok cokelat yang ada 36 pieces tu.
tapi hanya mampu melihat lah kan.
kan bagus kalau satu hari nanty
boleh makan cokelat yang boleh ambil terus dari PC kan ?
suka tengok cokelat dye.
ada macam macam kaler.
 selalu kite tengok hitam putih je.

Ps : nanty lepas Raya Cina nak beli
bawak balik sekor Hamster bersama cagenya.
 Nak beli kat ipoh. ^^

Thursday, January 20, 2011

Pantang larang


Orang dulu terkenal dengan sifat sopan santun dan budi bahasanye.
Tak lupe pantang larangnya.
Mereka ini belajar melalui persekitaran mereka.
mereka banyak memerhaty keadaan alam
Sebab tu banyaknya wujud peribahasa.
seperti...
kalau dengar guruh di langit, air di tempayan jangan dicurahkan.
dan banyak lagi lah :)

Oke. ini antara pantang larang yang biasa bita dengar dulu.

Pelikkan bile dulu dulu orang tua kate jangan makan otak udang.
Nanti jadi bodoh.
Padahal  orang tua yang nak makan sebab otak udang tu sedap..Hee

Lepas tu, orang tua selalu cakap.
Jangan tunjuk kat pelangi nanti jari kudung.
Jadi kite pun nak tunjuk kat orang lain yang ada pelangi guna mulut je.
Terpakselah muncungkan mulut selagi boleh.
sebenarnya orang dulu dulu kata tak boleh tunjuk kat pelangi
supaya kita tak tertunjuk kat orang lain.
Mean salahkan orang lain.

ada lagi.
orang dulu kata kalau makan nasik tak habis nanty nasik nangis cam ni.. wuwu ~
kalau nasi nangis betul2 mesty kita takut nak makan nasi dah ^^
orang dulu dulu minta habiskan nasi supaya jangan membazir.
Itu je sebenarnye

Bila da besar dah boleh fikir dengan waras.
kenapa ada benda yang tak boleh dan boleh kita buat.
masa kecik kecik ikut je apa orang kata.
hee !
sebab apa yang tak boleh tu ada kebaikan yang kita sendiri tak tahu.
Setuju2 ?

Ps : jangan selalu menyalahkan orang lain. Ingatlah, kalau satu jari menunjuk ke arah orang lain, Ada 3 lagi jari yang menunjuk ke arah kita. Renungkan lah :)

Monday, January 17, 2011

ini kisah saye !



Terkena tag dengan kak Dya  kakak paling cute di alam semester . dan budak tiyut juge iaitu Izz.. so. nilah sesi kenalkan diri (taa'ruf) saye.
Hye ! nama saye Finiey !. Ini kisah saye sorang.... *lompat lompat

Arahan : 
"Once you have been tagged, you are supposed to write a note , with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated"


  1. bersifat pemalu kalau tak kenal orang, Banyak cakap kalau da kenal orang.
  2. gemuruh kalau bercakap di khayalak ramai. Tapi sekarang kurang sebab nak jadi ticer.
  3. suka barang kiut2 macam budak umur 4 tahun. suke Hello kitty !
  4. suka tidur awal. bangun awal juge even weekend
  5. suka tengok tempat yang clean n clear. 
  6. tak suke Mr Crabs tp suke Seponbob sebab dye periang dan semua orang sayang. Huu
  7. suke bear bear tapi kat bilik ni takde..
  8. Girlish. kalau boleh nak pakai Gaun hary hary :) 
  9. Bukan Tomboy. sebab saye girlish laa !
  10. suka baca motivasion Books. tak suke novel. 
  11. suka makan. dan badan pun dah temok. exer..sicee... Fuh Fuh
  12. nak grad dan jadi guru yang disayangi murid.
  13. kalau jumpe budak tecik mesty sih bagi kish kat pipi kanan pipi kiri saye. Ecece.. caring nye
  14. tak suke tengok cerita hantu. nanty malam malam termimpi mimpi.
  15. suka buat milo  sebelum tito
  16. teringin nak jadi model muslimah. wiwit !
  17. kurang suka perisa strawberry. Suka Chocholate
  18. suka pakai selendang. Tapi tak tahu nak lilit camne
  19. suka ada orang sayang dan sayang orang
  20. suka bagi miaw miaw makan tapi tak suke dye ikut kita sebab mungkin dye ingat dalam poket kite penuh friskies !
  21. takut guruh.
  22. tak tetap dengan tandatangan
  23. tak boleh lupa kenangan terindah.
  24. Romantik ^^
  25. suka menari. tahu Menari Zapin.. kadang2 sampai uplod Youtube sbb nak tgk orang menari
  26. tak tahu kenyit mate, gerak telinga dan pusing lidah.
  27. tak suka makan ayam atau daging dan daging rusa, dan air gas (mmg tak minum). kalau mam ayam.. jus makan hujung kepak je. sebab takde isi.
  28. Agak gelabah kalau tak jumpe barang yang dicari
  29. kalau kecik kecik dulu tak jumpe barang, kene nangis baru barang tu jumpe.
  30. kecik2 jugak suke tangkap kerengga dan kupu kupu. Punye Kejam. -.-'
  31. boleh tulis lagi ?
  32. tak boleh ?
  33. 25 tak cukup.. Waa ~
  34.  : ) : ) : ) taruk smiley banyak2 menandakan saye sgt happy ^^




Thursday, January 13, 2011

cekak comel

sekarang ni trend cekak semakin menjadi jadi.
ibarat gula yang bertaburan, semua semut ada

nak juga merasa macammana nak pakai cekak kat selendang.
walaupun tak rase cantik,
tapi gembira sebab ada benda berkilau kat atas kepala. 
kalau burung gagak pun tengok boleh tersuka terpikat


Masa nak beli, orang yang jual tu kate " u nak pakai terus ke ? "
me : tak tak .*jawab denganyakinnya
tak sampai 5 meter terus selongkar beg plastik terus pakai *punye jakunnya

kalau jalan2 dengan cekak ni,
sebelah pegang barang soping, sebelah pegang cekak.
Mana taw tetibe hilang dari kepala..hee

oleh kerana terlampau teruja dengan cekak yang baru dibeli tak sampai sejam, 
mulelah jadikan parent sebagai model :)


model pertama : abah *lima bintang ^^



model kedua : umi *bintang berkelip lala ~ nyanyi lagu ape ntah
tengoklah butterfly tu. bersinar sinar ..hee


Kesimpulannya cekak ini patut dimiliki oleh semua insan.
tak kira tua atau muda.
da kawin atau belum,
yang ada rambut atau tak.
Semua sesuai lah !

terima kasih kepada model 2.. Emmuah !

Tengs 4 reading. ''Okun''

Wednesday, January 12, 2011

Selamat tinggal

 tata header lame.
da lama pakai header tu.
bosan pulak tengok.
ada header baru nampak ceria sikit.
mesty perasaan korang header baru ni tetibe lapar kan ?
sebab kaler dye warna warni .
Oh. lapa !  -.-'

Esok kene attend meeting Minggu Pengurusan Pelajar Baru.
jadi kene skip kelas lagi.
Lepas ni insyaAllah tak jadi Setiausaha dah.
bagi peluang junior pula kan.
takkan nak bolot sorang kan.
Sharing is caring
*ada kene mengena ye.
Lepas ni boleh bagi tumpuan sepenuhnya kat kelas dan praktikum yang akan menjelma bukan 3 ni.




link bersangkutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...