Sunday, March 8, 2015

TEKS MC MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 SK DESA TASIK 2015


 (Aliff)
Assalamualaikum w.b.t.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran semua hadirin ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Desa Tasik tahun 2015.
Majlis akan bermula sebentar lagi.  Para hadirin dipersilakan mengambil tempat duduk masing-masing.
Bagi pihak urusetia, saya ingin menyampaikan beberapa makluman kepada para hadirin.
-          Aturcara majlis adalah seperti yang tertera pada buku program.
-          Mohon kerjasama daripada hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit atau meletakkan nada ’silent mode’ bagi melancarkan majlis kita pada pagi ini.
-          Mohon kerjasama para hadirin agar berdiri semasa perarakan masuk tetamu kehormat kerana sebaik sahaja Tetamu kehormat mengambil tempat di pentas, kita akan menyanyikan Lagu Negaraku. Harap maklum

*5 minit sebelum majlis
(kak Affini)
Mengumumkan ketibaan
Yang Berbahagia En Norazman bin Siron, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Desa Tasik,
En Nor Azmi Amin b Abd Rahman Naib Yang dipertua PIBG diiringi oleh
En Azhari b Haji Omar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Desa Tasik


Ketibaan tetamu kehormat

****PERSEMBAHAN TARIAN SELAMAT DATANG

(kak Affini)
Begitulah persembahan yang penuh bersemangat iaitu tarian Selamat Datang daripada wakil murid murid SK Desa Tasik di bawah bimbingan Pn Maslina

Persembahan tarian selamat datang
 (kak Affini)
Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum salam sejahtera
Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan bicara
Semoga majlis disambut ceria


1.      Yang Berbahagia, En Norazman bin Siron, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Desa Tasik
2.      Yang berusaha, En Noor Azmi Amin b Abd Rahman, Naib yang Di-pertua PIBG
3.      Yang Berusaha, En Azhari b Haji Omar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan DesaTasik.
4.      Yang Dihormati, En.Syukli Noor Azmin bin Mior Yahya, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,
5.      Pn. Hanita binti Ahmad Basri, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
6.      Pn Salmah binti Sulaiman,Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
7.      En Muhammad Rizal bin Manaf, tugas Guru Penolong Kanan PPKI,
barisan para guru, AJK PIBG, ibu bapa dan hadirin hadirat sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kersyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin dan kurnianya, kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi menjayakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Desa Tasik bagi tahun 2015.

Pihak sekolah mengalu alukan kedatangan tetamu kehormat kita pada hari ini, iaitu
-          Yang Berbahagia En Norazman bin Siron, Yang dipertua PIBG SK Desa Tasik dan
-          En Noor Azmi Amin b Abd Rahman, Naib Yang Dipertu PIBG ,
-          Dan ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG SK Desa Tasik yang ke 15 pada hari ini.

(Aliff)
Hadirin yang dihormati,
Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakatan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan
Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh ibu bapa dan guru amat penting untuk melahirkan murid yang cemerlang.

Untuk itu, objektif mesyuarat agung PIBG SK Desa Tasik kali ke-15 ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga serta guru berbincang, berkolaborasi, berunding dan bekerjasama antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan murid sekolah ini. Diharap mesyuarat yang akan kita adakan nanti berjalan dengan lancar dalam suasana yang harmoni.
Kata aluan pengerusi majlis
(kak Affini)
Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat dan memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Untuk itu, majlis mempersilakan  Al Fadhil Ustaz Mohd Fuad B Ahmad Tajuddin untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan

*********** (Doa)
(Aliff)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin,
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Fuad di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita akan mendapat rahmat dan hidayah sehingga ke penghujungnya.

Bacaan doa
(Aliff)
Makan durian bersama pulut,
Duduk bersembang di atas serambi
Tampillah tuan kami menjemput,
Bersama ucapan kata perasmi

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha En Azhari b Haji Omar, Guru Besar SK Desa Tasik untuk menyampaikan ucapan, seterusnya menyempurnakan majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Desa Tasik kali ke-15.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********Ucapan/perasmian GB SKDT
Hadirin yang dihormati sekalian,
Rasmilah sudah Mesyuarat Agung PIBG SK Desa Tasik yang ke 15 pada hari ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas kesudian tuan  merasmikan majlis kita sebentar tadi.

Ucapan Perasmian oleh En Azhari b Hj Omar
Seterusnya dipersilakan En Amiluddin Haji Latip selaku pengurus besar Korporat dan Perhubungan Awam untuk menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan sesi penyerahan cek kepada PIBG SK Desa Tasik. Majlis mempersilakan.

*** Ucapan

Dijemput EN Norazman b Siron selaku YDP PIBG SK Desa Tasik diiringi oleh EN Azhari b Hj Omar untuk menerima sejumlah cek.

*** sesi penyerahan cek

Jutaan terima kasih diucapkan kepada En Amiluddin Hj Latip di atas ucapan dan sumbangan cek sebentar tadi.

Ucapan pengurus besar dan penyerahan cek
Seterusnya dipersilakan En Norazman b Siron YDP PIBG untuk menyampaikan ucapan.

*** Ucapan

T kasih diucapkan kepada En Norazman b Siron atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan YDP
(Aliff)
Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Sijil kepada ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sesi 2014/2015 yang telah mengembleng tenaga dalam menerajui persatuan PIBG
Untuk itu, majlis menjemput En Azhari b Haji Omar, Guru Besar SKDT untuk upacara penyampaian sijil.  Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**********(Rujuk senarai nama AJK PIBG)
Bagi kategori AJK Guru, dipersilakan..
-Dimulakan dengan..
-Dipersilakan *nama* selaku *jawatan*..
Bagi kategori AJK ibu Bapa, dijemput..

(kak Affini)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Azhari b Haji Omar di atas kesudian menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi.

Penyampaian cenderahati/sijil oleh En Azhari
(kak Affini)
Seterusnya, majlis mempersilakan Cik Siti Elina untuk taklimat ringkat I Think. Majlis mempersilakan.

(Aliff)
Terima kasih diucapkan kepada Cik Siti Elina di atas taklimat ringkas i Think itu tadi. Diharapkan ibu bapa dan hadirin dapat memperoleh maklumat di atas info I Think sebentar tadi.

Taklimat i Think
(Aliff)
Sebelum kita meneruskan majlis dengan mesyuarat Agung PIBG, marilah kita sama sama menyaksikan persembahan coral speaking yang terdiri daripada wakil pengawas tahun 4 dan tahun 5, SK Desa Tasik.  Dipersilakan.

  *** PERSEMBAHAN CORAL SPEAKING

(kak Affini)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan choral speaking  sebentar tadi. Untuk makluman, persembahan koir itu tadi dibimbing oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal murid, Puan Hanita bt Ahmad Basri.

Persembahan koir
Tambahan :
Untuk makluman, wakil Bank Rakyat berbesar hati ingin menyerahkan sumbangan plak kepada PIBG SK Desa Tasik. Untuk itu, dijemput En En Norazman bin Siron YDP PIBG diiringi Guru Besar SK Desa Tasik untuk menerima sumbangan tersebut.

***TERIMA SUMBANGAN

Jutaan terima kasih diucapkan kepada wakil Bank Rakyat di atas penyampaian sumbangan sebentar tadi

Penyampaian sumbangan
(kak Affini)
Madah diungkap santun bicara
Pantun dilantun mengusik hati
Salah dan silap tutur biacara
Pohon diampun seikhlas hati

Oleh itu, berakhirlah majlis perasmian kita pada hari ini. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada yang Berbahagia En Norazman b Siron, Yang Dipertua PIBG SKDT dan En Nor Azmi Amin bt Abd Rahman, Naib YDP PIBG atas kesudian meluangkan masa menghadiri majlis kita pada hari ini.

(Aliff)
Ucapan terima kasih juga kepada tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan berseta Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2014/2015 dan ahli jawatankuasa pelaksana Mesyuarat Agung kali ke-15 serta mereka yang terlibat secara lansung atau tidak lansung bagi menjayakan majlis ini.

Majlis akan diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG SK Desa Tasik kali ke-15. Untuk itu saya menyerahkan majlis kepada Yang Berusaha En Azhari b Hj Omar, Guru Besar SKDT untuk meneruskan mesyuarat agung pada hari ini.

Sekian sahaja dari kami. Kami akhiri dengan lafaz yang mulia Wabillahitaufikwalhidayah.. wassalamualaikum wbt.
Bersurai

1st checkup adik Fathia (kantung kosong)

Tak tahu nak ceritakan dari mana. Genap usia Fathia 3 tahun, Ibu dapat tahu Fathia bakal menjadi kakak. Perangai Fathia pun lain macam s...