Wednesday, November 13, 2013

Tutorial wide shawl

kali ni nak share macam mana nak pakai wide shawl..
sekarang memang  trend wide shawl sebab belit belit pun masih boleh tutup bahagian dada.
love it : )

tutorial ni bukan kita yang buat. thehee..
just nak share macamana nak lilit jenis wide shawl.
dapat video ni dari you tube by Fiza. 
tengs Fiza ! ^^


Monday, November 4, 2013

Amani Ar Zahrah

 Hye ! 
Assalamualaikum.

Nama saya Amani ! 
Atok Opah Maksu selalu panggil saya Amira, Amanda, Imani, Iman, Sinchan, Ulat beluncas *last tu Maksu saya tambah sendiri. hihik
tapi saya tak kesah.
sebab saya sayang mereka.
Muahh !

sekarang saya suka kene pelok.
kalau ada orang pelok saya,
saya tutup mata rapat rapat.
*pura pura tido
lepas tu jeling jeling pastikan ada orang sebelah saya.

kalau dorang letak saya,
saya akan kayuh lajulaju.
*mintak dukung lah tu : p

maksu rajin.
suka bagi saya cantik.
lalu dia buatkan saya headband purple ni.
dia jahit guna tangan dia.
*yela. takkan guna kaki.
kalau nak beli, sila pergi FB, search Nur Affini tau 
*promote ni. mata berkaca kaca. thehee!

tapi saya tak boleh pakai lagi sebab kepala saya kecik.
headband besar.
jadi untuk tak kecilkan hati Maksu, 
saya pakai dalam rumah je *sambil senyum senget senget.. hihik

gambar kat bawah ni Maksu yang sangat masam 
baru balik sekolah
dia balik sekolah terus
bagi salam,
cium saya,
pelok saya bawak tangkap gambar.

saya sayang maksu saya so saya layankan aje.
tapi saya letih sangat.
*letih tido

sebab tu semua gambar saya tutup mata
Sorry Maksu.

tapi,
saya tetap sayang Maksu tau !

bye. lots of love. muahh !
Assalam.












SKDT : Bengkel Mengecap Batik


Assalamualaikum kesayangan
dah lama tak update.
*kalau update ada orang baca ke. wuu

alhamdulillah. 
dah bergelar seorang GURU
di SK Desa Tasik, Kuala Lumpur.

edisi guru baharu nanti.
ini edisi kreatif menconteng kertas lukisan
dengan lilin.
thehee !

bengkel ni sebenarnya aktiviti budak intership dekat
sekolah kita ni.
jadi apa lagi. 
terus join laju laju.

nasiblah dapat cikgu tak pernah mengecap batik sendiri.
selalu tengok dari jauh. *nyorok belakang pokok kelapa

banyak lukisan yang terhasil.
kita sorang je buat corak ikan.
lain seua buat corak tumbuhan.

err, kalau buat kain batik corak ikan ada orang nak pakai ke?
*geleng geleng
  











kalau korang tengok ada lima orang kan satu gambar.
haa ! 
itulah cikgu yang baru posting sama sama. 
blur sama sama. thehee!

Sayang korang ! 

Saturday, June 1, 2013

KONVOKESYEN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPG KPM 2013

Assalamualaikum..

Rabu, 29 Mei 2013 saya dah berjaya menggenggam segulung ijazah
yee ! *lompatlompat

konvo sesi pagi.
jadi pukul 7 lebih dah bergerak dari rumah ke PICC
nasib rumah dekat.
kalau tak lepas subuh dah gerak.

sampai sampai je macam da mula nak nebes 
sebab nak naik pentas ! :p
*padahal kat atas pentas tu tak lebih 1 minit pun sebenarnya. mihmih
over kau.

masuk je dewan tengok semua orang dah pakai jubah dan hood
hood ni batch kami yang pertama pakai tau.
kita pakai hood merah.

tapi masa kita sampai, 
hood untuk IPG kiteorang xsampai lagi.
bila dah sampai hood
kelamkabut sume pakai. miahaha

apa pun hari tu sangat bahagia dan penat sangat.
mungkin nebes terlampau
atau berdiri lama. mihmih

yang dapat datang umi abah and angah je. 
iki dengan kak zaty tak dapat datang.
cian angah melilau sorangsorang kat luar dewan.
men kejar kejar dengan bunga agaknya

...
Tengkiu umi abah ! 
this is for you  ^^
















Pre Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Assalamualaikum..

28 Mei 2013 
saya dan beberapa orang rakan lari laju laju ke Taman Botani Putrajaya
haruslah bukan untuk main air kan 
tapi untuk sesi photoshoot pre konvokesyen bersama abang faisal.
kalau nak tengok hasil kerja dia yang cantik onomnomnom boleh  tekan tikus korang kat abg Faisal.

sebenarnya nak buat pada hari konvo 
tapi oleh sebab jubah kene pulang awal
jadi terpaksa tukar tarikh sehari sebelum.

jadi tempat yang dipilih ialah di Taman Botani Putrajaya.
mula nak buat di Taman Saujana Hijau yang ala oversea tu.
tapi jam pukul 2 petang
lebih baik buat kat tempat yang teduh dan banyak pokok.

hari tu saya gunakan pertolongan kak Mida untuk metap muka ni.
jam 5.00 petang tamat photoshoot sebab abg faisal ada hal lain pulak.

semua sekali 6 orang
iaitu saya, Nisrin, Lyn, Asilah, Ell dan Billy

mula mula rasa awkward dengan photog
tapi lepas tu bari ok sampai semua tak boleh nak control 
dah boleh gelak gulingguling dengan photog.
kalau ada pokok kurma tu tinggal batang je.
sebab semua daun habis kena gigit sebab haty yang terlampau gembira



















Raptai & Pendaftaran Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.
selama 5 tahun setengah di IPG kini saya telah bergelar graduan

26 Mei saya bergerak ke PICC Putrajaya untuk 
sesi taklimat dan pendaftaran. 
bila dah berjumpa kawan kawan rasa happy sangat sebab lama tak jumpa.

yelah dah 6 bulan lebih tak jumpa.
kalau jumpe bukan nak sep tangan je.
muka kaki tangan semua nak sep sep ! 
mihmih.

masa orang bagi taklimat memang dengar dengan penuh kusyuk.
then limapuluh saat lepas tu bersembang balik dengan kawan sebelah. 
sebab banyak cerita dongeng nak cerita
lepas tu baru dengar balik.

habis pendaftaran,
sempat jugak buat photoshoot konvo untuk kelas RBT 1
di Tasik Pullman.

dah bertahun duduk kat Putrajaya, tasik Pullman ni tak pernah datang
Pullman pernah la datang. tapi tak pernah masuk tasik nya.

jom kita tengok gambargambar photoshoot kat Tasik Pullman ni.
cantik sangat ! 
sebab tu ramai jugak orang petang tu. 






 sekian sahaja ! 
tengs for reading ^^





link bersangkutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...