(kak Affini)
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum salam sejahtera
Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan bicara
Semoga majlis disambut ceria
1.
Yang Berbahagia, En Norazman bin Siron, Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Desa Tasik
2.
Yang berusaha, En Noor Azmi Amin b Abd Rahman, Naib yang
Di-pertua PIBG
3.
Yang Berusaha, En Azhari b Haji Omar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
DesaTasik.
4.
Yang Dihormati, En.Syukli Noor Azmin bin Mior Yahya, Guru
Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,
5.
Pn. Hanita binti Ahmad Basri, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid,
6.
Pn Salmah binti Sulaiman,Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
7.
En Muhammad Rizal bin
Manaf, tugas Guru
Penolong Kanan PPKI,
barisan
para guru, AJK PIBG, ibu bapa dan hadirin hadirat sekalian.
Alhamdulillah,
setinggi-tinggi kersyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
izin dan kurnianya, kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi menjayakan Majlis
Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Desa Tasik bagi tahun 2015.
Pihak
sekolah mengalu alukan kedatangan tetamu kehormat kita pada hari ini, iaitu
-
Yang Berbahagia En Norazman bin Siron, Yang
dipertua PIBG SK Desa Tasik dan
-
En Noor Azmi Amin b Abd Rahman, Naib Yang
Dipertu PIBG ,
-
Dan ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG SK
Desa Tasik yang ke 15 pada hari ini.
(Aliff)
Hadirin
yang dihormati,
Kecemerlangan
dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah
keluarga. Lantaran itu, permuafakatan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan
Justeru,
kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh ibu bapa dan guru amat penting
untuk melahirkan murid yang cemerlang.
Untuk itu,
objektif mesyuarat agung PIBG SK Desa Tasik kali ke-15 ini diadakan adalah
untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga serta guru berbincang,
berkolaborasi, berunding dan bekerjasama antara satu sama lain berkenaan
dengan cara memperbaiki taraf pendidikan murid sekolah ini. Diharap mesyuarat
yang akan kita adakan nanti berjalan dengan lancar dalam suasana yang
harmoni.
|