Saturday, January 12, 2013

Manfaat pokok bunga

masih ingat tak Taman Saujana Hijau Presint 11?
tempat jogging tu.
ada pokok baru nak tumbuh :) 
cantik sangat.

kalau dulu kat kawasan depan ni kosong.
cuma ada wakaf, rumput, batu bata, kayu penghadang.
sekarang dah ada tanam pokok baru :) 
warna oren. cantik sangat. 

rasa nak petik satu satu simpan kat dalam rumah.

kita nak share kebaikan pokok : 

pertama,
ikut kajian sains warna hijau pada pokok mampu menguatkan sistem imun untuk lawan penyakit.
perasan tak. kalau orang yang jogging atas trek yang bergerak gerak tu dan jogging kat kawasan taman macam ni, sebenarnya jogging di kawasan taman lebih baik. kalau jogging atas trek yang bergerak gerak tu, mata tak dapat tengok pemandangan hijau atau pokok pokok.

kedua, 
pokok dapat membersihkan toksin.

ketiga,
membuatkan orang rasa gembira (menurut Bruno Cortis, M.D., Chicago).
kajian menunjukkan pesakit di hospital yang memandang keluar tingkap melihat tumbuhan di taman lebih cepat sembuh.
ini baru sikit kebaikan pokok pada kita.
ini salah satu nikmat Allah yang bagi kat kita.
jadi kita mestylah jaga nikmat yang dah kita dapat.
bayangkan dunia tanpa pokok?
....
  

kalau turun kat sini boleh shortcut terus rumah kita



tengs for reading :)

No comments:

link bersangkutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...