Untuk pengetahuan semua,
saya dan 16 orang rakan lain serta 9 orang pensyarah
telah pergi ke Kemboja
dalam Program Solidariti IPG KTI di Bumi Kemboja
pada 18 November 2010
Di sana kami melawat perkampungan orang Islam,
Madrasah serta sekolahnya,
serta melakukan ibadah korban dan sumbangan bagi wakaf perigi dan lain lain
Kami juga dibawa melawat sekitar bandar
Phomn Penh,
Siem Reap,
Tasik Tonle Sap,
Angkor Wat
Sungai Mekong,
Sangat seronok !
banyak sungguh perkara yang saya belajar.
Yang pertama, bersyukur kerana kemudahan sekarang mencukupi
lebih lebih lagi yang duduk di Putrajaya. :)
kerana mereka di sana tidak mempunyai bekalan air bersih,
tandas dikongsi semua penduduk.
Di rumah mereka hanya mempunyai 1 katil sahaja.
Yang kedua adalah senyum.
di sini bahasa antarabangsa yang paling mudah adalah senyum.
kerana kebanyakan penduduk di sini tidak tahu bertutur Bahasa Melayu dan Inggeris.
oleh yang demikian, terpaksa gunakan bahasa isyarat tangan dan sebagainya.
Ada sekali tu, saya mahu tanya di mana tandas.
saya pun tunjukkanlah isyarat seperti mahu mandi.
Surirumah yang berumur 16 tahun tersebut membawa kami ke rumahnya.
dan menunjukkan telekung.
Memang itu yang kami nak
tapi bukan sekarang.
Oleh yang demikian, terpaksalah saya dan Jo mencari sendiri tandas.
Buat pengetahuan anda, di dalam rumah mereka memang tiada tandas.
Dapur mereka pun di bawah rumah.
Sebab itu rumah di sana ada tiang yang tinggi.
Walaupun susah berkomunikasi.
tetapi saya dapat merasakan satu hubungan yang sangat rapat.
Mereka meraikan kami seperti kami adalah orang besar walaupun badan kami tidaklah besar mana.
Hihik .
Hihik .
Ada perkampungan yang menyediakan pelbagai juadah lauk pauk harian mereka,
tak lupa juga ada yang membawa hingga 3 guni berisi kelapa muda untuk kami minum.
Puas juga dapat merasa kelapa muda tersebut pada tengahari yang terik itu.
Almaklumlah.
di Putrajaya ni susah nak dapat pokok kelapa.
Pokok bunga banyaklah.
Sebenarnya banyak pengalaman lagi.
Yang tidak akan lupa sampai bila bila adalah semasa kami berhenti rehat.
Saya dan rakan lain menikmati lemang mereka.
lemang mereka saiz kecil. macam duit syiling 20 sen je.
Kecik tak ? kecik tak?
Kecik tak ? kecik tak?
tidak seperti di sini.
Sedang asyik makan sambil bersembang dengan kawan kawan,
Tetiba terlihat ada bendasing berwarna hitam.
Saya pun memberikan kepada Dayana dan rakan lain untuk melihat bendasing itu.
Manalah tahu sampahke ape.
Tiba tiba Dayana menjerit.
KATAK !!
bergegar satu bas.
Tak sampat satu minit, semua kamera dan video sudah siap nak merekod perasaan saya yang dah merasa keenakan katak di dalam lemang itu.
Muka memang dah tak tertahan
Mulut rasa pahit,
Mulut rasa pahit,
Perasaan bercampur campur.
Gembira, takut, Terharu
gembira sebab bukan senang dapat makan katak.
Takut sebab mana tahu ada telur katak ke.
Tak pasal pasal ada pula katak menetas kat dalam perut. Hihi.
Tak pasal pasal ada pula katak menetas kat dalam perut. Hihi.
Teharu sebab terasa seperti jadi seorang penyanyi vogue sebab sume kamera close up muke saya yang tengah tahan muka baru lepas makan katak.
Ada orang beri saya makan oren dan asam dan gula gula untuk hilangkan perasaan makan katak tersebut.
Mula lah pula sume orang nyanyikan lagu katak Oh katak yang diketuai oleh Malek dan geng belakang bas
dan terus bertukar nama Princess Katak.
Wowo ! sangat suke gelaran Princess.
Tapi yang katak tu kene fikir dua kali lah. Hihi.
Saya selamat pulang ke Malaysia pada 23 November 2010
di atas bot. Melihat matahari terbenam.
balik sudah.
gelagat orang di sana yang menetap di Tasik Tonle Sap
inilah pemandangan matahari terbenam.
Pertama kali dapat tengok dari atas bot.
Muke terharu dan bahagia.
sambil perasan macam ada dalam cite Titanic tuh.
Nanty saye uplod pikcer lagi ye. Ini baru satu peratus.
4 comments:
wah,,bestnye kak,,, :)
by the way,,besr x mkn ktak?ngee,,wanna eat it again x?
Katak oh katak..kenapa kau masuk dalam lemang,
Macam mana aku tak masuk,
Fini nak makan aku..fini nak makan aku..
Fini oh fini.. kenapa nak makan katak,
Macam mana aku tak makan katak,
Perut aku lapar..perut aku lapar..
Is : best tak terkata. wow !
anony : yang perut aku lapa tu lagi better ganti sebab apong bagi.. Hihik
Memang bestnya pi jalan2 tapi naper x ajak umi...asyik kena tinggal jer...majok le nih
Post a Comment