Tadi baru saja Tn Hj Nordin (pensyarah pembimbing) masa Program Solidariti IPGKTI di Bumi Kemboja
uplod pikcer tentang perkembangan perkampungan Islam di Kemboja.
Genbira kerana dapat jadi salah seorang peserta bagi memberikan bantuan kepada mereka.
Berbeza dengan kita memberikan bantuan dan kita pergi sendiri untuk memberikan bantuan.
memberikan saya seribu erti kenangan dan pengalaman
Apa yang anda rasa?
Ini adalah wakaf perigi yang telah siap dan boleh digunakan
Lihatlah keadaan kampung mereka.
Serba kekurangan.
Tetapi mereka meneruskan hidup dengan tabah.
*Semoga dengan bantuan wakaf perigi ini dapat meringankan beban penduduk di sana.
Dan kepada yang telah memberikan sumbangan, saya nak ucapkan terima kasih dan
semoga mendapat kebaikan di dunia dan akhirat dari apa yang telah anda sumbangkan.
walaupun sumbangan ini tidaklah besar,
tetapi membawa sedikit sinar harapan kepada mereka.
Untuk renungan :
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Mutiara kata :
"Angan-angan, harapan, keinginan, kehendak dan cita-cita dapat diubah sehingga menjadi kenyataan, setelah melalui pengalaman pahit dan kegagalan dan tetap bertekad untuk berjalan terus maju terus tanpa mengenal lelah dan putus asa sekalipun orang lain sudah menghalangnya"
2 comments:
fini..ayat2 kamu buat diriku insaf seketika..
Sharing caring :)
Post a Comment