Friday, April 29, 2011

sesi jawab soalan kene tag 2

Hari ni terkene tag dengan Si chantek manis rumate saye.
seorang blogger tiyut jugak.. ecece.. Shh ~ mesty dye baca punye ni. hikhik


4 perkara tentang diri saya
1. girlish :)
2. muke garang.
3. suara orang kata macam doremon.
4. seorang yang pemalu

4 nama manja
1. fini dan adik (family)
2. Fina (Is, dan 2 lagy rakannye)
3. Datin (sedare) *sebab dulu kecik kecik kecoh berangan nak kawen dengan anak raja.
4. Adik.

4 perkara baik kita buat hari ni
1. baru buat tadi. banje rumate makan icekelim
2. ciapkan esaimen.
3. senyum kat orang (baik lah tu kan) :)
4. sedut air. Orang lain sedut asap.

4 tempat yang nak sangat pergi
1. 
Makkah al Mukarramah
2. kapal besar.  candlelite diner wohoo!
3. keyel.
4. 
rumah  ! 

4 benda wajib bawa kalau keluar
1. beg shoping 
2. makeup. cukup sunblok, lip ice dan iyeliner.
3. henfon senang kalau sesat tekan je.
4. kunci bilik. 

4 perkara akhir sebelum join contest ni

1. makan ice kelim dengan rumate tersayang sebelum balik putrajaya
2. pergi plaza larkin semata nak pergi toilet.
3. beli burger. tadi dah makan bihun sup.
4. teringat kat hamter.

4 orang yang paling sayang dalam dunia
1. Allah dan Rasulullah
2. Family ( cayang sangat Muahhh !)

3. rakan seperjuangan
4. orang sekeliling


4 jenis ragam manusia yang kita jumpa hari ni
1. gatal.
2. pendiam
3. penyenyum. Err..ada kan.
4. penyanyang

4 misi perlu dicapai tahun ni
1. bagi pro bawak kereta.
2. tambahkan ilmu.
3. bagi anak murid sayang
4. naikkan pointer. tak penting sangat rasanya. asalkan ada ilmu baru :)

4 tabiat buruk
1. susah nak tegur orang. bkan sombong cuma pemalu. Ecece. 
2. suka makan setengah setengah. nasib baik megi boleh habiskan semua.
3. tak suka makan ayam. Isk isk. makan kepak boleh
4. teruja tengok barang comel macam budak umur 3 tahun padahal dah umur 22 tahun :)

4 perkara saya fobia

1. Termakan lemang katak
2. pegang Gamat. *nanges*
3. tempat gelap.
4. kilat

4 sebab join contest ni
1. kena tang dengan rumate. :)
2. sebab esok nak balik.  horeyy !
3. elakkan masalah sosial. Haha !. iyela malam2 selalu orang lepak tak tentu hala. kite dok depan Belog.
4. sebab hari ini dah ciap Esaimen. hari yang Indah  ! 


tagged orang lain
1. Atin
2. Is 
3. Dekyah 
4. kak Qilah 

5. Umi
6. Nak lagi boleh tak ?
7. Tak boleh ?
8. Ok Fine.

Wednesday, April 27, 2011

AKTIVITI: Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sg Pahang 2011 - Edisi 2

Let the picture tells the storey :)

Cerita kami...

mula mula sampai.
Muka semua eksaited nak berakit.
sebab sebelum ni pegang rakit pun tak penah.
tengok pernah. itupun kat TV.
budak bandar mana sesat ni =.=

Sampaisampai kene pilih rakit.
Nilah rakit pilihan haty intan manis paku payung kami.
Dengan nama "Wira Temenggong" yang akan merentasi Sungai Pahang nanti.

Hiasan kami buat nanty
sebab hari pun dah nak petang.
kene solat dan bersihkan diri.
Esok baru akan berlepas.

Pie sedang rajin menghias khemah rakit


Ell dan Azuan pun sama. 
nasib ada orang lelaki.
orang perempuan tolong bakar lemang je. :p

semua sedang sibuk menghias rakit masing masing.
penganjur bagi masa sampai malam.
tapi kami hias sampai petang.
malam hanya berehat di khemah.
kumpul tenaga nak mengayuh rakit esok.

nanti kalau kerja malam,
bukan potong tali tapi jari


rakit kumpulan lain sangat hevok.
rakit paling low profile, rakit kiteorang lah.
sebab kiteorang memang tak sangka kene hias.
ingat pegi pegi terus kayuh je

Haa.. tengok. kan semua orang tengah hias rakit.
orang yang bagi peace tu pun tak membantu taw. :)
Peace yaw !

Esoknya, 8.00 pagi : 
Wakil dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim.
Wan, Finiey, Syafiie, Ell, Naz dan Andrew.
ini tak berakit lagi.
tengah tunggu ketibaan Tengku Mahkota Pahang untuk majlis Perasmian dekat Pekan Chenor


Dah mula nak berakit.
hanya boleh tunggu tembakan pistol saje boleh start berakit.
tak boleh  tunggi awam hitam ke. burung lalu ke..
takboleh takboleh .


wush wush !
kayuh semua !..
Semua  bertenaga hari pertama... tak semput lagy.. 

nak kemudi rakit ada caranya.
orang yang penting sebenarnya bukan pengayuh tu.
tapi orang yang jaga belakang dan depan rakit.
sebab itu lah yang akan tentukan rakit tu kiri atau kanan.

kalau orang yang kemudinya lalai sikit,
masuklah dalam semak tepi tebing tu.
kami ada nampak satu rakit dah terbabas.

tapi takpe jangan risau.
kami semua dipantau oleh bot bot laju.
so apa apa masalah mereka akan tolong :)


terus lompat ke hari 4
sebab teruja dan letih sangat sampai kene cuty rehat 2 hari ke.
dush ! dush !

untuk 2 hari yang lepas,
memang sangat sebuk.
sebuk nak terbuang, pasang khemah, makan, 

hari ke 4 ni Pie sempat makan buah Oren.
kat atas rakit macam macam mengidam.
ada mengidam Kepci, mengidam Cloudnite Perisa cokelat. Icecream. 
Eh. macam makanan feveret kite je. Hikhik
sapa yang mengidam ni sebenarnya... huu

Ini masa hari hujan.
sampai  kene berselubung.
ada dua hari hujan.
jadi sangat penat sebab kene mendayung melawan arus 
bila hujan memang arus kuat.
jadi kene guna tenaga yang sangat lebih untuk lawan arus tu.


Ini wan yang banyakbanyakbanyak berjasa kat kami.
Van ni bawak kami pergi mandi, tidur, makan.
tanpa van, terpaksalah kami tidur alas becak, berselimut rumput beratapkan bintang.
ini adalah van dari IPG Kampus Pendidikan Islam
Terimas kasih kepada semua pensyarah dan driver IPIS kerana sudi bantu
dari IPIS yang join berakit ni bukan pelajar,
tapi pensyarah :)

esoknya 9.00 pagi : 
Di kampung terakhir.
Semua eksaitd nak balik.
Horay !
*dua dari kanan, pensyarah IPG KPIS yang turut serta dalam ekspedisi ini.


jom bergerak.
kami dapat tempat 35 daripada 59.
Ok lah tu :)
cepat hangguk dari jauh ! 


salah seorang peserta yang paling banyak menyumbangkan tenaga.
sampai tertidur..
isk isk.
 *twinkle twinkle little star.. 

sekian terima kasih !

Tuesday, April 26, 2011

AKTIVITI : Amali haiwan kesayangan dan ikan hiasan

Baiklah murid murid.
hari ini ticer nak mnegajar macammana nak buat masakan bergoreng.
masakan kita hari ni diberi nama Hamster goreng bersalut chocelat.
bahan bahannya adalah..
  

..

siaran tergendala untuk 2 saat

..


isk isk..
korang nak makan ke binatang tomey tu.
nak picit hidung pun tak sanggup.
inikan nak makan.
nanti kita makan makanan lain yang pelik.
lemang katak ke.. huhu

Hari ni Mama Fini (dah tukar) selalu ticer fini.
ada amali hamster dan ikan hiasan.

untuk hamster, kiteorang kene mandikan dan sikat bulu
dan kene hias rumahnya.

untuk ikan hiasan pulak.
amalinya kami kene buat :
pasang undergravel filter.
letak pasir.
letak hiasan.
pasang pam
letak air (teknik gunakan piring untuk elak pasir berterabur)
letak tumbuhan akuatik.
letak ikan Molly * tak boleh campur terus
nanti ikan terkejut sebab suhu air tak sama

jom tengok suasana bilik amali macammna.
gambar dekat bilik amali hamster je.
sebab bila dah buat amali ikan hiasan sampai lupa nak tangkap gambar sebab penat.

fiq menguruskan hamsternya.

Fiq masih lagi kejar hamsternya.
Hamster ni bedak pun takmo. 
ala cayang cayang..


hamster yang sangat teruja dapat rumah baru.
sukee..
sampai sampai dekat dalam rumah semua serbu tempat makanan
lapar ye sayang asik mandi bedak..


hamster bersama rumah baru.


hamster yang bau bedak carry junior. :p
ps : tuannya yang pakai lah bedak tu. hikhik


hamster : oh mak kau terjatuh !


hamster bila dah wangi pakai bedak banyak banyak baru boleh dukung, 
kish.. Muah !


Fatin.
pasangan memandikan hamster


tengok hamster bergadoh atau tak.
bukan semua hamster suka hamster lain.
hamster pun kenal kawan dye.


cikat bulu hamster bagi kemas sikit taw..
nanty boleh bawak jalan pergi CS.


Amali yang bermula jam 8 pagi habis jam 1 petang.
Masa 1 jam setengah untuk hamster dan ikan.
banyak info yang dah dapat daripada amali ini.
Terima kasih En Agos dan En Ahmad Fuad.

Friday, April 22, 2011

Te'ed crew

macam Teddy kan.
sebenarnya Te'ed crew bawa maksud Temenggong Editor crew.
 sangat respect kumpulan ni sebab

...

bila mana semua siswa dah balik kampung masung2. 
Teed masih di kampus.


bila mana semua orang tidur 
Teed masih membuat kerja.


bila mana semua orang cuty sebulan, 
Teed hanya ada seminggu lagi.


...

ingat dulu saya dan rakan lain.
duduk di bilik penerbitan sampai jam 5 pagi.
bukan 5 pagi tidur.
5 pagi masih di depan laptop masing masing.
sampai ada yang tertidur sambil peluk printer,
tidur di celah kotak majalah
tidur belakang pintu.
ada juga yang memang spesis burung hantu..
yang tak tidur.
mungkin da telan 5 6 air kotak kopi.

walaupun kiteorang memang da macam mayat hidup nak siapkan majalah,
tapi bagi saya, 
bila tengok majalah sudah diterbitkan,
rasa semua penat tu dah berbayar.
sangat berbangga.
terutama kalau ada kata aluan kita .. hikhik.

kalau nak kenal ahli Te'ed crew, sapa yang ada pakai baju ni. 
inilah orang orang yang saya boleh gelarkan hebat.
Syabas Teed !
hadapan

belakang

Aktiviti : ECO Institut

kecian bumi sekarang
dah macam icecream ni..
nak tak kalau bumi kita cair?
sebab terlampau panas,
dan takde hidupan kat Bumi.
sebab dah takde oksigen.
Mesti taknak kan..

jadi kalau taknak.
kene lah fikir dari sekarang macammana kita nak buat Bumi kita gembira. macam ni haa...
tiyutnye ! 


langkah pertama.
kalau korang tak dapat nak membantu dengan duit,
cukuplah bantu dengan kurangkan penggunaan beg plastik.

kalau beli makanan kat kafe,
apa salahnya bawa bekal sendiri.
ini takde.
perlekehkan orang yang bawak bekas kata zaman lama la..
ini adalah orang yang masih tidak sedar dan tidak sayang bumi kita.
percayalah kalau ada 10 orang macam ni kat Bumi. Bumi akan hancur.

kalau beli makanan atau barang2 kat koperasi atau  kat kedai 2N ke.,
tak payah minta beg plastik kalau beli cuma air kotak dan coka coki.

kalau kakak tu nak bagi beg plastik.
katakan TIDAK pada beg Plastik.
bukan saja katakan TIDAK pada ROKOK, DADAH dsb.
kan kan kan !



oleh yang demikian, 
kampus saya,
mengambil langkah bijak dengan mengadakan kempen ECO Institut. *rasanya kampus perguruan pertama yang buat. Harap ini boleh ladi bench mark. :)

rasionalnya.
kempen ini menggalakkan para pelajar membeli makanan di kafe menggunakan bekas makanan sendiri.
terpulang nak bawak bekas makanan (yang boleh dicuci) atau mangkuk tingkat. atau makan saja kat kafe



selalu yang dekat tingkat atas orang letak lauk yang takde kuah.
second baru yang ada kuah.
yang ketiga lauk sambal.
tingkat ke4 barulah letak nasik.

kalau ada 6 tingkat macammana ?
mungkin letak buah dan sebagainya.


pelancaran kempen ni pada hari Isnin yang lalu.
ada gimik pelancarannya, iaitu pengarah dan beberapa orang akan membuang polisterin dan mendapat cenderamata bekas makanan.

Wakil pelajar ada 2 orang yang dapat bekas makanan jenama Tupperware 
wakil pelajar Lelaki : Mohd Faris Mokhtar
wakil pelajar Perempuan : Nur affini Mohd Mashudi

ingatkan kene bagi balik Tuperware..
tapi tengok ada nama.
memang adiah untuk saya lah !




mean, saya kene start dulu bungkus makanan guna tupperware.
supaya siswa guru lain dapat ikut.


boleh bungkus makanan guna tuperware sponsor ni. :)


byebyeee Polisterin...
jenama ni memang elok. ciap boleh masuk microwave.


Wakil JPP perempuan,




Fakta Mengenai Beg Plastik 
1.Beg Plastic diperbuat dari polietilena. Polietilena adalah produk hasil dari petroleum.
2.Lebih kurang  60  - 100  juta tong petroleum digunakan untuk menghasilkan beg plastik setahun untuk seluruh dunia.
3.Penghasilan dan pengeluaran beg plastik menyumbang kepada pencemaran udara dan kadar pengunaan tenaga.
4.Pengeluar beg plastic menambahkan lagi pengeluaran karbon yang bertan-tan diudara setiap tahun.
5.Di United  Kingdom,  pengharaman beg plastik adalah bersamaan dengan mengurangkan 18,000 kenderaan di atas jalan.
6.Sebanyak 500 juta ke 5 trilion beg plastic dihasilkan dan digunakan setiap tahun diseluruh dunia.
7.Hanya 1%  dari trillion yang dihasilkan itu dikitar semulaKebanyakan beg plastik polietilena mengambil selama 400 tahun untuk dibiodegradasikan.
8. Sesetengah dari itu boleh mengambil masa selama 1000 tahun untuk diuraikan.
9.Apabila polietilena  diuraikan, bahan toksik akan larut dan resap ke dalam tanah dan seterusnya ke rantai makanan kita.Beg plastik adalah penyumbat tanah timbunan kita.
10. Beg-beg ini menyekat jalanan pengairan, merosakkan landskap dan akan sentiasa mencemarkan tanah dan air kita.Beg plastic juga memberi kesan yang padah kepada burung  – burang dan mamalia marin yang menyangkakan beg tersebut adalah makanan. Setiap tahun, 100,000 penyu laut dan haiwan marin yang lain mati kerana beg plastik


Nak ke Bumi sakit macam ni.. 
ciannye..



PS : kalau boleh jangan hanya Hari Sabtu je tak bawa beg plastik.
bukan satu hari je nak jaga Bumi.
hari hari kita kene jaga bumi.
Sayang Bumi !







Wednesday, April 13, 2011

praktikumate.

Pada 3 minggu yang lepas,
kita sibuk bercerita tentang praktikm tu la..
praktikum inilah.

kini kita nak kenalkan pasangan praktikum kita.
namanya Jaimah.
manis orangnya.
pandai juga.
sumalah.
satu set lengkap.

Pagi petang jumpa dia.
nasib malam tak jumpa.
Kalau tak kene mandi bunga lah. 

kiranya banyak betul benda yang kami ber2 buat.
main air (cuci akuarium)
makan sama.
mengajar sama.
tunggu teksi sama (minggu pertama saje :)
dahaga bersama.
main kejar kejar. Ok ini tipu,
ticer tak main kejarkejar.
nanty kene mara.

oh. jangan lupa.
ada 2 lagi kawan praktikum yang sama.
Aini dan Alif.
dorang ni ajak je nak buat sukan apa.
suma dorang tau.
terer Oh.
nak main ketenteng sampai main air.
ajak je. hikhik

Bukan macam kita.
kalau main tenis.
bukan penat pukul bola.
tapi penat kejar bola.
fuh fuh.





gambar yang sama.
cuma tambah aini.


kami yang comels.. (sila tutup mata dari jauh ye )

link bersangkutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...