Friday, April 22, 2011

Aktiviti : ECO Institut

kecian bumi sekarang
dah macam icecream ni..
nak tak kalau bumi kita cair?
sebab terlampau panas,
dan takde hidupan kat Bumi.
sebab dah takde oksigen.
Mesti taknak kan..

jadi kalau taknak.
kene lah fikir dari sekarang macammana kita nak buat Bumi kita gembira. macam ni haa...
tiyutnye ! 


langkah pertama.
kalau korang tak dapat nak membantu dengan duit,
cukuplah bantu dengan kurangkan penggunaan beg plastik.

kalau beli makanan kat kafe,
apa salahnya bawa bekal sendiri.
ini takde.
perlekehkan orang yang bawak bekas kata zaman lama la..
ini adalah orang yang masih tidak sedar dan tidak sayang bumi kita.
percayalah kalau ada 10 orang macam ni kat Bumi. Bumi akan hancur.

kalau beli makanan atau barang2 kat koperasi atau  kat kedai 2N ke.,
tak payah minta beg plastik kalau beli cuma air kotak dan coka coki.

kalau kakak tu nak bagi beg plastik.
katakan TIDAK pada beg Plastik.
bukan saja katakan TIDAK pada ROKOK, DADAH dsb.
kan kan kan !



oleh yang demikian, 
kampus saya,
mengambil langkah bijak dengan mengadakan kempen ECO Institut. *rasanya kampus perguruan pertama yang buat. Harap ini boleh ladi bench mark. :)

rasionalnya.
kempen ini menggalakkan para pelajar membeli makanan di kafe menggunakan bekas makanan sendiri.
terpulang nak bawak bekas makanan (yang boleh dicuci) atau mangkuk tingkat. atau makan saja kat kafe



selalu yang dekat tingkat atas orang letak lauk yang takde kuah.
second baru yang ada kuah.
yang ketiga lauk sambal.
tingkat ke4 barulah letak nasik.

kalau ada 6 tingkat macammana ?
mungkin letak buah dan sebagainya.


pelancaran kempen ni pada hari Isnin yang lalu.
ada gimik pelancarannya, iaitu pengarah dan beberapa orang akan membuang polisterin dan mendapat cenderamata bekas makanan.

Wakil pelajar ada 2 orang yang dapat bekas makanan jenama Tupperware 
wakil pelajar Lelaki : Mohd Faris Mokhtar
wakil pelajar Perempuan : Nur affini Mohd Mashudi

ingatkan kene bagi balik Tuperware..
tapi tengok ada nama.
memang adiah untuk saya lah !




mean, saya kene start dulu bungkus makanan guna tupperware.
supaya siswa guru lain dapat ikut.


boleh bungkus makanan guna tuperware sponsor ni. :)


byebyeee Polisterin...
jenama ni memang elok. ciap boleh masuk microwave.


Wakil JPP perempuan,




Fakta Mengenai Beg Plastik 
1.Beg Plastic diperbuat dari polietilena. Polietilena adalah produk hasil dari petroleum.
2.Lebih kurang  60  - 100  juta tong petroleum digunakan untuk menghasilkan beg plastik setahun untuk seluruh dunia.
3.Penghasilan dan pengeluaran beg plastik menyumbang kepada pencemaran udara dan kadar pengunaan tenaga.
4.Pengeluar beg plastic menambahkan lagi pengeluaran karbon yang bertan-tan diudara setiap tahun.
5.Di United  Kingdom,  pengharaman beg plastik adalah bersamaan dengan mengurangkan 18,000 kenderaan di atas jalan.
6.Sebanyak 500 juta ke 5 trilion beg plastic dihasilkan dan digunakan setiap tahun diseluruh dunia.
7.Hanya 1%  dari trillion yang dihasilkan itu dikitar semulaKebanyakan beg plastik polietilena mengambil selama 400 tahun untuk dibiodegradasikan.
8. Sesetengah dari itu boleh mengambil masa selama 1000 tahun untuk diuraikan.
9.Apabila polietilena  diuraikan, bahan toksik akan larut dan resap ke dalam tanah dan seterusnya ke rantai makanan kita.Beg plastik adalah penyumbat tanah timbunan kita.
10. Beg-beg ini menyekat jalanan pengairan, merosakkan landskap dan akan sentiasa mencemarkan tanah dan air kita.Beg plastic juga memberi kesan yang padah kepada burung  – burang dan mamalia marin yang menyangkakan beg tersebut adalah makanan. Setiap tahun, 100,000 penyu laut dan haiwan marin yang lain mati kerana beg plastik


Nak ke Bumi sakit macam ni.. 
ciannye..



PS : kalau boleh jangan hanya Hari Sabtu je tak bawa beg plastik.
bukan satu hari je nak jaga Bumi.
hari hari kita kene jaga bumi.
Sayang Bumi !







2 comments:

TUN TIJAH said...

isy...maner aci 2 orng je dpt tupperware tuh...nak gak ler

Nur Affini Mohd Mashudi said...

hikhik.. wakil pelajar je..

link bersangkutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...