Muka biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.
Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
Langkah pertama ::
Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.
jangan urut wajah dari atas ke bawah sbb ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Langkah dua ::
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi.
Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
Naktau tak ?
Sebenarnya, air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Langkah tiga ::
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
Langkah 4 ::
lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
Tp kalau takde rumput, jalan kaki atas tar pun boleh ! tp pakai kasut lah kan.
Langkah lima ::
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Jangan pakai main potong je. Ini adalah sunnah Nabi. Lagi baik kalau kita ikut.
Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
Langkah seterusnya ::
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
Langkah demi langkah ::
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
- Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
- Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
- Amalkan solat tahajud.
- Sentiasa tenang dan bersikap positif.
- Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah. kalau buat apeape semuanya demi Allah. Insyallah akan diberkati dalam apaapa perbuatan kite. Contohnya kalau nak g clas, niat kerana Allah, Insyallah dapat pahala, bukan sbb nk jumpe pakwe or sebagainya.
- Maafkan semua orang sebelum tidur.
- Jelaskan hutang dengan kawan. Supaya nnty mane taw nyawa kita ditarik semasa sedang tidur. Sekurangnya kita kita tidak berhutang dengan sesiapa.
Panda tidur yang sangat tiyut !
1 comment:
awwww...........panda dah bangun tdo......
Post a Comment