Saturday, May 19, 2012

Bercuti di Tg Balau, Desaru

Bila dengar esok*mean hari ni maktab takde elektrik,
terus jadi celik akal nak pergi keluar maktab.

sebab takkan nak duduk maktab.
kipas kipas guna tangan
 dari pukul 9 pagi sampai 7 malam pulak  kan.

memang tangan pun nenti pergi mana mana macam sentiasa nak kipas je.
sebab tak boleh berhenti kipas secara automatik.

jadi hari ni,
kite, nis, lyn, fatin, jaimah dan fasliyana *nama kau paling panjang. haha
 pergi bercuti di Tanjung Balau.

mula mula nak pergi Desaru.
tapi tak jadi sebab pantai nye macam bahaya sikit nak berenang

lepas tu cadangan nak ke Air Papan.
tapi jauh sangat 2 jam dari JB.

so bila dah google Tanjung Balau.
macam ok sebab ramai kata Tanjung Balau ni 
antara salah satu pantai yang paling cantik kat JB ni

so jam 8 pagi gerak keluar dari maktab.
makan makan roti tampal jap,
lepas tu gerak.
kereta kat depan tuuu.
laju sangat sampai masuk Woodland (Singapore)

nasib kiteorang sempat pergi lorong kiri.
masuk simpang lain.
lepas tu satu kereta masuk singapore
satu kereta masuk simpang lain.
kan dah celaru.

lepas tu depa pergi Uturn balik,
akhirnya,
bertemu juga.
di tepi jalan lepas Jusco Tebrau
yey !

masa sampai tu.
matahari dah tak segan segan naik.
kalau pergi sidai kain,
tak sempat nak pejam dah kering.

lepas tu pergi carik carik tempat nak Barbeque.
ada rupanya.
itupun satu.
nasib ada.
sebab memang dah bawak dari maktab
ayam dan hotdog yang dah siap perap,
nasik putih
cikedis
air gas.
botol sos
dan 
topi berkhelah ! 
eh, termasuk jugak ye. 
hee

penat jugak nak hidupkan api.
akhitnya api tu berjaya makan arang tu.
so memang ayam tu joget joget lah atas pemanggang tu.

lepas barbeque,
terus semua terkam ayam tu untuk makan tengahari.
setelah penat gelak gelak sebab api takmo hidup
 main kipas kipas, tiup tiup api tu,
bersihkan pantai sebab pergi kutip semua daun kering.

masa makan memang semua macam dalam dunia masing masing.
main pakai jeling jeling je :)

...

oke.
penat kite cerita.
esok kita sambung la ye :)

menunggu kereta rempit yang termasuk Woodland

Pemandu Jelita edisi 2 :p

mula mula memang main lari lari teduh bawah pokok.
takut panas.
ni Miss J :)

tengok pemandangannya.
bersih.

laut biru.
dan sangat jernih
ini antara pantai tercantik kat JB

kipas-susah-mati

ayam panggang

ayam hasil usaha sendiri

 my lunch :)

makan.
grrr..

lyn nak jugak masuk :)


jom mandi pantai.

celup celup kaki udahle :)

meh la datang :)

sekian.
tunggu Edisi 2 tau

6 comments:

Anonymous said...

Macam best jer kat situ...x ramai orang dan pantai cantik & tenang. Ada ke hhotel atau chalet kat situ.

ummi cayang

finiey said...

haah. time masak BBQ tu xramai pun. petang ptg dalam kul 5 baru ramai. hee.. ada chalet :)

mohd hafidz said...

Topi berkelah bwk je ke..xpakai pn..huhu

finiey said...

pakai la. time nak snap Pikcer bukak. nnty tak nampak muke :)

mohd hafidz said...

Oo...ok2..hehe

mila zainal said...

awk.. tanya skit... tmpt BBQ ni kat mana yer? ingat nak plan reramai sbb kiteorg plan nak buat mkn BBQ reramai... kalo bole... bole x awk specifickan tmptnya? ada kena byr ke tak ek? ke camne? bole tak email kite?

cth.. dekat ngan apa... sebelah bgunan apa.. etc... public toilet... resort yg dekat tu apa namanya?

tulun.. sy.... :)

link bersangkutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...