Tuesday, February 28, 2012

aktiviti kokurikulum Puteri Islam minggu 2

aktiviti kokurikulum Puteri Islam diteruskan pada minggu ini *minggu lepas.

minggu lepas puteri Islam buat sajian tanpa menggunakan api.
jadi bahan yang tak guna api yang paling mudah adalah roti sandwich

untuk kali ini,
mereka dikehendaki menyedia dan menghias sandwich masing masing
dan ada hadiah tau:)

nak buat sandwich pun ada cara yang betul dan bersih
bukan main potong2 aje.
nanty lenyai dibuatnye.
or nanty masa masukkan sardin,
masuk sekali dengan surat khabar.. isk isk


ini sepanjang aktiviti dijalankan.
gambar cicer ni takde.
sebab sibuk tangkap gambar sandwich ni :)











dua orang budak yang mintak cicer amik gambar dorang :)



sekian.
t kasih :)

life in bandar tengara

bercerita tentang kehidupan kita kat sini,
dah tentu ada yang manis dan ada yang pahit.


alhamdulillah. 
sudah 5 minggu di sini,
dah dapat sesuaikan diri.


dah tahu kedai makan mana yang ok,
kedai fotostat yang baik,

and dah tau jalan sikit sikit kat sini.
kalau nak bawak parent pergi jalan jalan sini pun boleh :)


tapi nak bawak pi mana.
pegi kaki 5 kedai je lah yang ada.
takan nak bawak pergi merentas desa kat kelapa sawit ni :)


cite pasal nak pergi sopping,
kalau nak pergi sopping kat maydin or tesco, kene kluar 30 minit dari kawasan kelapa sawit ni baru jumpa pekan Kulai.
belum jumpa sopping komplek agy,
jalan jalan sikit, baru jumpa :)


tak sabar nak balik rumah bulan 3 ni.
nak jalan jalan dengan umi..
tak kesah pergi jalan kat Putra ke kat Ipoh 
dua orang ni memang suka jalan berdua
dating :)
rindu sangat..waaa~


cerita kat sekolah ni,
biasalah kat mana mana ada budak yang sangat baik dan sangat nakal.
lumrah kehidupan.
cuma kita yang perlu sesuaikan diri.


observe pun da banyak yang dah buat.
ada banyak lagy kene fikir untuk buat aktiviti supaya murid tak bosan.
kadang2 stress pun ada.
sebab kadang2 kita tak tahu apa yang orang nak.
setiap orang lain citarasa.
tak semua sama.


harap kehidupan kat sini baik baik saja 
doakan kita :)


ps : hari tu masa jalan jalan pusing pekan, 
baru perasan selama duduk sini,
sini takde traffic lite,
patut cepat je sampai mana2 :)


memang la siapa nak buat traffict lite kat tengah tengah ladang kelapa sawit kan :)



Friday, February 24, 2012

membuat model bekas pensel tahun 5


Eh.
ini bukan model.
ini pengganggu.

pagy pagy buta dah kacau lyn tgh pakai tudung. hikhik
tu lah.
sapa suh ciap cepat sangat.
sampai takde keje pagypagy gi kacau orang.

ini mesty kes malam tadi tak cukup tidur 
sebab asek terjaga
sebab panas sangat.

hari ni hari jumaat,
esok ada kokurikulum kat sekolah ni :) 


 
inilah meja cicer 
da tukar pembalut lama dengan pembalut ehlo kitty  :)
murah je pembalut tu. 5o sen.. 
baru lah bersemangat waja nak mengajar. 

ok
berbalik pada cerita asal 
yang dah tersimpang jauh.

masa observe hari tu ada observe dengan guru pembimbing utk KH.
jadi masa tu,
murid kene buat projek model bekas pensel.
menggunakan bahan kitar semula.
macam tin susu
botol minuman dll
dalam tajuk kreativiti dan rekaipta.

jadi kita nak shared hasil kerja murid kita :)






cantikkan ?
comel je murid kite ni buat. :)

...
tengs for read :)

Thursday, February 23, 2012

batch cicer :)



sebelum ni, masa praktikum 2, 
ada buat benda ni.
tapi ini versi cantik lagy dan tahan lebih lama :)
 sebab kita beli yang batch yag betul yg ciap pin kat belakang.
pastu kite print tulisan n lekat kat bintang pastu lekat kat batch asal tu.
tada ! 
ciap :)

puteri Islam

Alhamdulillah sudah 4 minggu berpraktikum.
tinggal lagi 8 minggu saja lagy.

dah seminggu tak bukak internet.
sebab sibuk observe sana sinun.

terpaksa hentikan kehendak main game mall world yg comel tu 

tumpukan pada RPH yang panjang berjelar
siap main lekat lekat,

dah 3 minggu, 
agak sibuk dengan olahraga 
jadi minggu ini baru berkesempatan nak pakai baju puteri Islam.



meja cicer :) 
sebelum dihias.
nty kite haplod pikcer yg lepas hias :)






kite orang dua orang macam nak dekat sama macam budak sekolah dah :)

Saturday, February 11, 2012

Sambutan Maulidur Rasul SK Bandar Tenggara 2 (2012)

maulidur rasul di sekolah ini bukan mula hanya pada hari sabtu saja.
tapi sudah bermula pada hari jumaat.
dengan aktiviti merewangnya.

hari jumaat semua guru turun untuk merewang
petang pada jam 3 petang - 6.30 petang.

kemudian disambung pada malamnya.
jam 9 30 malam hingga selesai.

selesai kami tu jam 1230 tengah malam.
biasalah guru bujang keje kerja lebih masa  :)

agak takut nak balik sebab jam 1230 malam.
berdua pula tu.
nasib berdua kalau bertiga, naya,

sebelum balik rumah, sempat eskot kak Akma
sampai balik rumah dye.
sebab dye naik motor.
 bahaya naik motor sorangsorang bila dah lewat malam ni.

alhmdulillah, sampai juga rumah.
then.
tak boley tidur.
sebab nak prepare teks MC untuk majlis esoknya

bila dah penat sangat.
tak boleh nak tidur.
then besok bangun pagi,
mata pun merajuk takmo bukak.

so penyelesaiannya,
amik celak tonyoh kat mata.
konon nak bagi mata cantik.
padahal nak nyorok bengkak mata tak cukup tidur.

sabtu tu.
acara berarak
saya tak dapat nak ikut.
sebab kene stay di sekolah sebab jadi MC.

alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Amin ~

muka heaven ni :)

inilah kak Akma yang comel :)
bujang taw :)

muka tak cukup tidur.

ini kenderaan nak berarak.
comel kan !
tak pernah tgk..


macam ni lah cara pakainya..
kereta ni akan gerak slowslow..
sambil bacaan selawat..

warga SK Bandar Tenggara 2

"anak murid" yang paling tua tu...


cikgu Jaimah yang comel dengan anak muridnya :)

sesi ceramah di surau sekolah

kat sini kita ada share teks maulidur rasul tadi :)

Teks Maulidur Rasul 


KATA ALU-ALUAN
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celag pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirahmanirrahim…
Assalamualaikum.

Yang berusaha En Abd Hamid bin Redzuan, guru besar SK Bandar Tenggara 2,

Yang dialu alukan ustaz………………………………….

Barisan guru penolon kanan,
1.En Johan bin Suradei, Guru penolong kanan 1
2. Pn Hjh Jamiah bt Mohd Noor, Guru penolong kanan HEM
3. En Muhammad Sarif bin Kassim, Guru penolong kanan Kokurikulum

Barisan guru dan murid SK bandar tenggara 2 yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah izin dan kurnianya dapat sama sama kita berkumpul dan berhimpun untuk menghayati  satu program tahunan sekolah yang cikup besar iaitu MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK BANDAR TENGGARA 2, 2012

Pada kesempatan ini, majlis ingin mengalukan kedatangan tetamu jemputan khas kita pada pagi ini..
Selamat datang kepada ustaz………………………………………………
Semoga dengan kehadiran ustaz akan menambahkan lagi keceriaan kepada majlis ini khususnya.

Untuk makluman murid yang dikasihi, majlis sambutan maulidur rasul ini bukan disambut pada namanya dan bukan kerana tradisi. Tetapi sambutan yang kita harapkan ialah penghayatan sejati di sebalik kisah nabi Muhammad saw yang penuh dengan pengajaran dan juga sunnah Rasulullah saw yang menjadi amalan dalam kehidupan harian kita

InsyaAllah nawaitu kita pada pagi ini akan dipelihara Allah swt.




BACAAN DOA




Kalau pergi tanjung keramat,
Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat,

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barokah ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ……………………………………………….. untuk menyampaikan bacaan doa.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.

Amin, Ya Rabb al-Alamin. Semoga majlis mendapat keberkatan Robbul Izzati

BACAAN QURAN

Hadirin sekalian,
majlis pada pagi ini diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang akan disampaikan oleh adik ……………………………………………….
Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik ………………………… atas bacaan ayat suci Al-Quran itu tadi.
BACAAN BERZANJI

bagi meneruskan majlis, dengan ini dipersilakan adik ………………………………..untuk menyampaikan bacaan berzanji. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik …………………………………. Atas bacaan sebentar tadi.
UCAPAN PERASMIAN

kini majlis dengan sukacitanya mempersilakan yang berusaha ……………………………………. Guru Besar SK Bandar Tenggara 2, untuk menyampaikan ucapan. Dengan penuh hormat dan takzimnya, majlis mempersilakan.
CERAMAH

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis kita pada pagi ini dihangatkan dengan ceramah yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan kita..
Tetapi sebelum itu, bak kata pepatah “tak kenal maka tak cinta”. Jadi eloklah terlebih dahulu kita berkenalan dengan penceramah jemputan kita.
Untuk itu, majlis berbesar hati ingin membacakan sedikit biodata penceramah…

(biodata penceramah dibacakan)

Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Dengan ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan ustaz………………………………………………… untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk……………………………………………………
Dipersilakan..

Majlis merakamkan setinggi tinggi terima kasih kepada …………………………………………………. atas ceramah yang disampaikan itu tadi.
Syukran jazilan..

Penyampaian cenderahati
Sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah atas kesudian …………………………………………………………. Hadir memberi ceramah pada pagi ini, majlis mempersilakan …………………………………….. mengiringi yang berusaha En Abd Hamid bin Redzuan, guru besar untuk menyampaikan cenderahati kepada …………………………………………………… Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En Abd Hamid atas penyampaian cenderahati sebentar tadi.

*skip


PENUTUP
Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati  itu tadi, maka sampai di sini sahaja majlis kita pada hari ini..
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.

Majlis seterusnya mempersilakan En Abd Hamid mengiringi penceramah ke kantin untuk menikmati juadah makanan. Murid-murid sila tunggu sebentar



Wednesday, February 8, 2012

makan besar

ini bukan entry khas Tahun Baru Cina.
Ini entry khas budak budak yang memang suka mencuba benda baru.

bila berada jauh di perantauan ni.
memang suka mnecuba benda baru.

alang alang ada periuk yang canggih.
makanya..
dorang dorang ni sibuk nak ubat ape ngan periuk ni.

tetibe muncullah idea nak buat STEAMBOT.
mula mula,
beli barang kat kedai runcit.
takkan kat kedai tayar lak kan.. thehee
lepas tu
laju laju masuk dapur pergi toreh semua makanan tu.
kiteorang beli udang. telur puyuh. sayur,
macam ni haa.. 


banyakkan ?
makan untuk 4 orang..


banyak nye seefood
lepas tu pergi setting meja.
amik meja kecik,
cantum cantum..
nak buat macam meja  5 bintang.
tapi jadi macam meja nak pergi berkamping.
Almaklumlah.
perantauan lah katakan :) 
lepas tu pergi panaskan periuk tu.
sambil tunggu boleh borak borak.
gosip gosip.
jangan korek bijih dah la.
nanti nak masukkan semua makanan nanti ada perisa tambahan pule :)  

lepas tu ada sorang budak ni (sayelah)
yang terlalu obses tangkap gamba.
semua benda nak ditangkapnya.
macam tangkap gamba guna kamera DSLR.
padahal telefon 5 MPixel je.
ok.
bila da menggelegak,
masukkan kiub anda ye.
kiteorang masukkan kiub MAGGI.
4 kiub semuanya.
tapi stil xpekat,


pastu masukkan semua bahan bahan yang kita dah cincang tadi.
kacau kacau guna copstik
sambil feling feling macam kau dok korea.. *kikiki

.
.
.

itu je?
itu je lah..
sebab bila dah makan.
memang terus hilang ingatan..
ok.
papai 
*maceh baca :)

Monday, February 6, 2012

kasutku cantik



cop cop.
ini kasut lama.
bukan kasut baru
tapi barulah jugak.
baru basuh :)


oleh kerana dah pergi berlatih budak di padang sampai kul 10,
kasut pun menjadi kotor..

beli Vanish harga RM0.99
pastu rendam kasut kat dalam baldi.
mesty lah kat dalam baldi.
takkan kat dalam kereta kan nak rendam.

pastu hasilnya sangat comel.
putih berseri kasut kite.
mesty lepas ni eksited  nak pakai pergi padang.
kikiki..

hari ni ramai kawan datang kt rumah sewa ni.
rasa macam lama tak jumpa padahal baru seminggu kat sini :)

takde jalan mana.
jalan kat kedai panjangpanjang kat depan taman ni.
pergi makan kepci.

sebab soping kompleks memang takdo kat sini.
kalau hado memang jauh.
nak keluar dari ladang kelapa sawit pun 30 minit.

semoga kita semua dapat menjalani praktikum 3 bulan kat tempat masing dengan gembira dan bahagia.

salam :)


Sunday, February 5, 2012

seminggu di Bandar Tengara

minggu pertama still belum mengajar.
masih main kejar kejar kat kantin.
masuk keluar toilet.

tp tengok lah minggu lepas tu.
nak siapkan satu rph bm perlukan ruang yang besar.
dengan sukatan, 
huraina,
contoh,
buku teks,
buku panduan guru,
tu pun da penuh sampai nak lalu kene main lompat lompat pule.


hari pertama di sekolah :) masih putih suci berseri






tengok lah seminggu di padang.
muka dah sama dengan warna tanah kat padang.

papepun,
sekolah ini best 
dengan anak murid yang dengar cakap +peramah
dan cikgunya yang baik haty :)

Saturday, February 4, 2012

makan beger


jom makan beger !
hari ini tak tahu nak buat ape.

so keluar pekan ni cari kedai beger.
susah nak jumpe kedai beger kalau matahari masih ada
kene tunggu matahari tidur dulu.

kita, lyn n jaimah jalan sampai felda sg sibol.
tapi tak masuk sampai dalam lah.
sebab jalannya kecik.
takut baby pink tak muat masuk jalan tu.

jalan jalan jalan.
akhirnya nampak kedai beger.
kat taman sebelah

beger ! beger !
macam hape da. nak cari beger tak rety punya pasal.
bila da jumpe terlompat lompat.
nasib anak murid tak nampak lah kan.
kalau nampak, anak murid pun ikut cicer lompat lompat.

alhamdulillah.
sepanjang seminggu kat bandar tenggara ni,
insyaAllah xde benda buruk yang terjadi.

kene ganggu sikit sikit tu biasalah.
tempat orang.



tunggu beger.horey !

kedai beger ku !

ngan housemate. lyn..
j kat depan.
tengah gayut :p
*muke menjadi hitam disebabkan ada kat padang sampai kul 10.
beselah. nak dekat olahraga :)

link bersangkutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...