Saturday, February 11, 2012

Sambutan Maulidur Rasul SK Bandar Tenggara 2 (2012)

maulidur rasul di sekolah ini bukan mula hanya pada hari sabtu saja.
tapi sudah bermula pada hari jumaat.
dengan aktiviti merewangnya.

hari jumaat semua guru turun untuk merewang
petang pada jam 3 petang - 6.30 petang.

kemudian disambung pada malamnya.
jam 9 30 malam hingga selesai.

selesai kami tu jam 1230 tengah malam.
biasalah guru bujang keje kerja lebih masa  :)

agak takut nak balik sebab jam 1230 malam.
berdua pula tu.
nasib berdua kalau bertiga, naya,

sebelum balik rumah, sempat eskot kak Akma
sampai balik rumah dye.
sebab dye naik motor.
 bahaya naik motor sorangsorang bila dah lewat malam ni.

alhmdulillah, sampai juga rumah.
then.
tak boley tidur.
sebab nak prepare teks MC untuk majlis esoknya

bila dah penat sangat.
tak boleh nak tidur.
then besok bangun pagi,
mata pun merajuk takmo bukak.

so penyelesaiannya,
amik celak tonyoh kat mata.
konon nak bagi mata cantik.
padahal nak nyorok bengkak mata tak cukup tidur.

sabtu tu.
acara berarak
saya tak dapat nak ikut.
sebab kene stay di sekolah sebab jadi MC.

alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Amin ~

muka heaven ni :)

inilah kak Akma yang comel :)
bujang taw :)

muka tak cukup tidur.

ini kenderaan nak berarak.
comel kan !
tak pernah tgk..


macam ni lah cara pakainya..
kereta ni akan gerak slowslow..
sambil bacaan selawat..

warga SK Bandar Tenggara 2

"anak murid" yang paling tua tu...


cikgu Jaimah yang comel dengan anak muridnya :)

sesi ceramah di surau sekolah

kat sini kita ada share teks maulidur rasul tadi :)

Teks Maulidur Rasul 


KATA ALU-ALUAN
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celag pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirahmanirrahim…
Assalamualaikum.

Yang berusaha En Abd Hamid bin Redzuan, guru besar SK Bandar Tenggara 2,

Yang dialu alukan ustaz………………………………….

Barisan guru penolon kanan,
1.En Johan bin Suradei, Guru penolong kanan 1
2. Pn Hjh Jamiah bt Mohd Noor, Guru penolong kanan HEM
3. En Muhammad Sarif bin Kassim, Guru penolong kanan Kokurikulum

Barisan guru dan murid SK bandar tenggara 2 yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah izin dan kurnianya dapat sama sama kita berkumpul dan berhimpun untuk menghayati  satu program tahunan sekolah yang cikup besar iaitu MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK BANDAR TENGGARA 2, 2012

Pada kesempatan ini, majlis ingin mengalukan kedatangan tetamu jemputan khas kita pada pagi ini..
Selamat datang kepada ustaz………………………………………………
Semoga dengan kehadiran ustaz akan menambahkan lagi keceriaan kepada majlis ini khususnya.

Untuk makluman murid yang dikasihi, majlis sambutan maulidur rasul ini bukan disambut pada namanya dan bukan kerana tradisi. Tetapi sambutan yang kita harapkan ialah penghayatan sejati di sebalik kisah nabi Muhammad saw yang penuh dengan pengajaran dan juga sunnah Rasulullah saw yang menjadi amalan dalam kehidupan harian kita

InsyaAllah nawaitu kita pada pagi ini akan dipelihara Allah swt.




BACAAN DOA




Kalau pergi tanjung keramat,
Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat,

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barokah ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ……………………………………………….. untuk menyampaikan bacaan doa.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.

Amin, Ya Rabb al-Alamin. Semoga majlis mendapat keberkatan Robbul Izzati

BACAAN QURAN

Hadirin sekalian,
majlis pada pagi ini diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang akan disampaikan oleh adik ……………………………………………….
Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik ………………………… atas bacaan ayat suci Al-Quran itu tadi.
BACAAN BERZANJI

bagi meneruskan majlis, dengan ini dipersilakan adik ………………………………..untuk menyampaikan bacaan berzanji. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik …………………………………. Atas bacaan sebentar tadi.
UCAPAN PERASMIAN

kini majlis dengan sukacitanya mempersilakan yang berusaha ……………………………………. Guru Besar SK Bandar Tenggara 2, untuk menyampaikan ucapan. Dengan penuh hormat dan takzimnya, majlis mempersilakan.
CERAMAH

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis kita pada pagi ini dihangatkan dengan ceramah yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan kita..
Tetapi sebelum itu, bak kata pepatah “tak kenal maka tak cinta”. Jadi eloklah terlebih dahulu kita berkenalan dengan penceramah jemputan kita.
Untuk itu, majlis berbesar hati ingin membacakan sedikit biodata penceramah…

(biodata penceramah dibacakan)

Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Dengan ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan ustaz………………………………………………… untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk……………………………………………………
Dipersilakan..

Majlis merakamkan setinggi tinggi terima kasih kepada …………………………………………………. atas ceramah yang disampaikan itu tadi.
Syukran jazilan..

Penyampaian cenderahati
Sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah atas kesudian …………………………………………………………. Hadir memberi ceramah pada pagi ini, majlis mempersilakan …………………………………….. mengiringi yang berusaha En Abd Hamid bin Redzuan, guru besar untuk menyampaikan cenderahati kepada …………………………………………………… Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En Abd Hamid atas penyampaian cenderahati sebentar tadi.

*skip


PENUTUP
Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati  itu tadi, maka sampai di sini sahaja majlis kita pada hari ini..
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.

Majlis seterusnya mempersilakan En Abd Hamid mengiringi penceramah ke kantin untuk menikmati juadah makanan. Murid-murid sila tunggu sebentar



4 comments:

mohd hafidz said...

tahniah cik mc...

Mohd Zairy Firdaus Bin Mohd A'sri said...

cian, adk penat2. nmpak jgk la mate lebam x tdo tu... xpela, pengalaman mengurus majlis. insyaallah boleh dpt markah lebih praktikum ni.. ehehe

finiey said...

welkam :)
abg zairy, mmg mata lebam,, sbb pukul 1 pagi buat teks MC :)

Mohd Zairy Firdaus Bin Mohd A'sri said...

hehe, len kali kne cepat2 siapkn la keja sblm kul 1... :)

link bersangkutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...