Thursday, September 29, 2011

Resepi Inovasi #3 Goreng Pisang Jagung

Bahan –bahan :
4 biji pisang raja

Untuk batter sadur
2 cams tepung beras kering
2 cams tepung gandum
2 cams tepung jagung
Secubit garam dan gula
Beberapa titis pewarna kuning/ serbuk kunyit
4-6 camb air sejuk
secubit  kapur
1 tongkol jagung – direbus dan dipotong


Bahan-bahan lain
½ kuali minyak
Kertas serap minyak

Cara membuatnya

Persediaan batter
1. Rebuskan jagung. Letak ke tepi.
2. Ayakkan campuran tepung, garam dan gula ke dalam mangkuk yang besar
3. Kuak tepung ke tepi. Masukkan air di tengah tengah. Kalau adunan pekat, tambahkan air ½ camt demi ½ camt sehingga mendapat adunan seperti susu pekat.
4. Letakkan pewarna kuning
5. Letakkan pula jagung yang telah direbus.

Persediaan menggoreng
1. Panaskan minyak.
2. Ronyokkan kertas serap minyak kemudian alaskan pinggan enamel.

Persediaan pisang
1. Buangkan kulit pisang
2. Belah pisang secara memanjang. Kemudian, potong tiap-tiap sebelah kepada beberapa keping


Menggoreng pisang
1. Masukkan kapur ke dalam batter dan kacar rata
2. Celupkan kepingan pisang ke dalam batter sadur. Angkat pisang dengan garfu dan masukkan pisang ke dalam minyak yang panas.
3. Goreng sehingga berwarna keemasan 
4. Angkat pisang dan serapkan minyak dengan kertas
5. Aturkan goreng pisang jagung di atas pinggan bulat leper
6. Hidangkan pisang goreng panas-panas
7. Hias bersama sedikit jagung, coklat rice dan coklat cair.



kacau kacau batter anda ok.
kalau orang dah *ehem* pro boleh  kacau sambil pandang tempat lain 
seperti pikcer kat atas :)


potong jagung pulak

ini batter dan pisangnya. nanti batter ini akan salut kat pisang tu.
ini namanya batter pekat.
bukan batter cair *batter cair macam roti jala dll

apabila dah nampak warna emas dan pisang tu dah keluarkan cahaya yang menarik haty,
bolehlah angkat
*sebenarnya terguna warna oren. bukan warna kuning tu. hihi..

terbalik balikkan pisang dalam minyak.
selalu dengan minyak.
last last muka pun dah berminyak.
hoho..
*boleh save minyak masak :)

ini air twister soda laici.
buat layer tu.
nampak tak.
bawah soda and atas tu twister. :)

ni lah pisang nya.
hias dengan coklat rice dan jagung rebus.

meja hidangan Chef Finiey dan Chef Fatin.

*tetibe teringat macam mana nak exam amali masak sorang 3 jam nanty. Huhu... =.='

2 comments:

Lehrer Afiq said...

sedap2...suma dia msk sedap... :)

finiey said...

mekacih :)

link bersangkutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...