Wednesday, February 23, 2011

qoutes : di saat rasa lemah itu hadir.

 Assalamualaikum...
*ini post lain dari yang lain.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Memang.

rasa lemah itu kadangkala menyapa diri.
ujian yang datang bertimpa-timpa kadang kala boleh membuatkan kita rebah dan tersungkur.

Terkadang, cukup satu ujian yang menerpa,. Nanum beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah,
jika kita berjaya bangkit, dan kembali melangkah, Alhamdulillah.

namun kadang kadang, kejatuhan yang kita alami itu seperti merampas segala upaya kita. baki tenaga yang masih tersimpan hilang entah kemana, membuatkan hari esok seperti macam tiada.

bagaimana kita harus hadapinya ?

memang, menyuruh orang bersabar tatkala diuji jauh lebih mudah berbanding diri sendiri yang menhadapinya.

kata kata peransang dan semangat yang kita sering lafazkan kepada teman teman juga ada masanya tidak berkesan terhadap diri. keyakinan yang ada pun seperti tidak wujud.

bagaimana kita nak memotivasikan diri sendiri ?
pertama, kita mulakan dengan bersangka baik terhadap Allah.

berlapanglah dada kerana Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah (Firman Allah): "Janganlah takut, jangan berdukacita." (Al-Ankabut 29:33)

kita kena tahu bahawa tak semua yang kita suka adalah yang terbaik untuk kita. Kita mungkin tidak tahu ada benda yang kita tidak suka, tetapi benda itu adalah terbaik untuk kita.

Apa yang kita perlu buat, Yakin dengan janji Allah bahawa Dia akan menggantikan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.

kemudian, bersabar.

percayalah berkat kesabaran kita, insyaAllah ia akan membuahkan hasil yang bermanfaat. kerana kita tidak dapat sangka bahawa bila segala kesulitan ini dah dapat diatasi, kita akan dapat merenung kembali hikmah yang Dia aturkan itu, sambil diri kita tersenyum.

Allah did not promise that life would be easy,but He did promise to go with you every step of your life with Him by your side..

ketiga adalah kesilapan kita.

ada masa kita silap.
kita rasakan kita sudah cukup kuat, bagaikan kita sudah cukup kebal dari segala masalah.
kadang kadang kita rasakan kita mampu berdiri sendiri hinggakan kita fikit semua ujian mampu kita tanggung seorang diri.

bukan kita tidak boleh berdikari.
namun, kita sering lupa hakikatnya, kita ini hanya makhluknya yang serba lemah yang kekurangan. mampukah kita menanggung semua ujian itu dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan ?

Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah." - [Surah An-Nisa', 4: 32]

kita sering merasakan kita cukup kuat, berkuasa, 

sedangkan hakikatnya, kita sendiri tak punya kuasa jika Dia tidak mengizinkannya.

wujudnya saat muhasabah

manusia jarang sekali mahu muhasabah diri. 
tatkala disentap dengan ujian barulah wujud saat kembali berfikir apakah silap salah selama ini. itupun jikalau mereka sedar.

maka, salah satu hikmah dari ujian yang diturunkan adalah wujudnya masa dan terdetiknya hati untuk kita bermuhasabah.

Manusia itu selalu bersifat lupa diri tatkala diberi nikmat. Namun, tatkala kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita bersegara kembali mencariNya.

 Sungguh-sungguh kita mohon padaNya agar dipermudahkan segala kesulitan yang ada. Sedang selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat. Astagfirullah, hamba jenis apakah kita ini?

Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita.
Dia mahu kita kembali kepadaNya.
Dia mahu kita selamat di 'sana'.
Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali.

Jawab dengan hati kita. . .
Benarkah selama ini kita telah meletakkan Dia sebagai matlamat hidup kita?

Atau tanpa sedar kita meletakkan perkara-perkara lain (nikmat-nikmat yang Dia tarik itu mungkin) sebagai tujuan hidup yang mesti kita capai?



Fikirkan...



Jika sekarang kita sedang menangis, sebutlah ALHAMDULILLAH!

Jika sekarang kita sedang dlm kesakitan, sebutlah ALHAMDULILLAH!

Jika sekarang kita sedang bermasalah, sebutlah ALHAMDULILLAH!
Jika sekarang kita sedang mederita jiwa dan perasaan, sebutlah ALHAMDULILLAH!
kerana itu tanda Allah mengingati kita dengan menganugerahi dugaan yg mewah kpd kita..agar kita slalu berharap padaNya..meminta kpdNya..
tetapi 
Jika kita sedang bersenang hati, tersenyum menampakkn gigi, BIMBANGLAH HATI! kerana takut2 kita dilalaikan oleh Allah..Nauzubillah..wallahualam..
(hasil pembacaan Ilovislam)

2 comments:

TUN TIJAH said...

Ummi suka yang ini....
"apa yang kita perlu buat, Yakin dengan janji Allah bahawa Dia akan menggantikan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.".....amin

Unknown said...

suke entry ni ,,nice la akak

1st checkup adik Fathia (kantung kosong)

Tak tahu nak ceritakan dari mana. Genap usia Fathia 3 tahun, Ibu dapat tahu Fathia bakal menjadi kakak. Perangai Fathia pun lain macam s...