Friday, February 25, 2011

Kenangan bersama roomate

Assalamualaikum.hye.
 mari mari mari !
saya memperkenalkan rumate baharu saya. Fatin Liyana.

Err..
sebenarnya tak lah baru.
dah lama da jumpa satu belok.
tapi tahu tahu lah saya ni pemalu sikit. *tunjuk isyarat tangan sikit.
walaupun dengan perempuan :)
pernah nampak muka
tapi 
tak pernah lah sembang macam orang da knal dari tecik. 
sampai tito jam 4 pagi,
main main gala panjang,
main guli,
makan batu suma.
takde takde.

Fatin ni duduk sebelah bilik masa masing masing ada rumate.
Selalu pergi bilik dia sebab nak pinjam baju BIG dia :)
BIG (Bina Insan Guru)

dah 2 bulan bersama.
Fatin ini sangat *ehem baik.
dan sebenarnya kami ni sebaya walaupun dye junior.
kalau keluar dengan geng diorang, mesti terasa diri ini semakin muda.
sebab keluar dengan budak mudamuda belaka.

tiktiktik !
lif laluuu..
saya nak masuk lif tekan sendiri.

bakul tertinggal kat pasar.

nak cakap banyak tentang orang yang baru tinggal bersama pun tak tahu.
tak boleh puji banyak sebab nanti dye baca belog ni nanti dye pun nak masuk lif jugak :)
sebab dia pon ada belog yang tiyut jugak.

Tp over roll.tentang budak yang bernama Fatin ini adalah :
Dia baik.
dia kemas.
Suka tolong buang sampah.
suka basuh kain.
Jadi peneman cerita.
jadi peneman dengar radio.
suka main rambut orang lain.
walaupun suka buat2 tito masa kita tengah eksited nak cite. *berdengkur siap.:P
dan paling penting, dye matang dari kita. hikhik ^^

kita pula selalu tumpahkan air.
dekat satu sudut ni.
tak tahu kenapa tangan ni selalu nak tumpahkan air dari jag.
dari air kosong sampai air milo. 
semua pernah.*pernahke buat air lain selain air tu yeer ?
cakap je air ape yang tak pernah tumpah.
Air liur je tak pernah.
mentang mentanglah jag besar sebab tu jatuh *salahkan jag. :'(

selalu terkena tempat dye..
sampai dia pun bertabah haty 
terpaksa kosongkan dan letak barang lain yang kalis air. Hehe !
sory met. sengaja ! agaga

baru baru ini masih malu malu hamster.*kiut sikit.

insyaAllah kalau masih ada jodoh berumate lagi,
tahun depan kita dapat rumate lagi.
 lepas tu dye akan dapat rumate baru.
isk. isk. sebab kita dah habis belajar.


ps : bes tak rumate dengan kita. cepat cakap bes. Nyawa atau wang ? 

Wednesday, February 23, 2011

qoutes : di saat rasa lemah itu hadir.

 Assalamualaikum...
*ini post lain dari yang lain.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Memang.

rasa lemah itu kadangkala menyapa diri.
ujian yang datang bertimpa-timpa kadang kala boleh membuatkan kita rebah dan tersungkur.

Terkadang, cukup satu ujian yang menerpa,. Nanum beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah,
jika kita berjaya bangkit, dan kembali melangkah, Alhamdulillah.

namun kadang kadang, kejatuhan yang kita alami itu seperti merampas segala upaya kita. baki tenaga yang masih tersimpan hilang entah kemana, membuatkan hari esok seperti macam tiada.

bagaimana kita harus hadapinya ?

memang, menyuruh orang bersabar tatkala diuji jauh lebih mudah berbanding diri sendiri yang menhadapinya.

kata kata peransang dan semangat yang kita sering lafazkan kepada teman teman juga ada masanya tidak berkesan terhadap diri. keyakinan yang ada pun seperti tidak wujud.

bagaimana kita nak memotivasikan diri sendiri ?
pertama, kita mulakan dengan bersangka baik terhadap Allah.

berlapanglah dada kerana Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah (Firman Allah): "Janganlah takut, jangan berdukacita." (Al-Ankabut 29:33)

kita kena tahu bahawa tak semua yang kita suka adalah yang terbaik untuk kita. Kita mungkin tidak tahu ada benda yang kita tidak suka, tetapi benda itu adalah terbaik untuk kita.

Apa yang kita perlu buat, Yakin dengan janji Allah bahawa Dia akan menggantikan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.

kemudian, bersabar.

percayalah berkat kesabaran kita, insyaAllah ia akan membuahkan hasil yang bermanfaat. kerana kita tidak dapat sangka bahawa bila segala kesulitan ini dah dapat diatasi, kita akan dapat merenung kembali hikmah yang Dia aturkan itu, sambil diri kita tersenyum.

Allah did not promise that life would be easy,but He did promise to go with you every step of your life with Him by your side..

ketiga adalah kesilapan kita.

ada masa kita silap.
kita rasakan kita sudah cukup kuat, bagaikan kita sudah cukup kebal dari segala masalah.
kadang kadang kita rasakan kita mampu berdiri sendiri hinggakan kita fikit semua ujian mampu kita tanggung seorang diri.

bukan kita tidak boleh berdikari.
namun, kita sering lupa hakikatnya, kita ini hanya makhluknya yang serba lemah yang kekurangan. mampukah kita menanggung semua ujian itu dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan ?

Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah." - [Surah An-Nisa', 4: 32]

kita sering merasakan kita cukup kuat, berkuasa, 

sedangkan hakikatnya, kita sendiri tak punya kuasa jika Dia tidak mengizinkannya.

wujudnya saat muhasabah

manusia jarang sekali mahu muhasabah diri. 
tatkala disentap dengan ujian barulah wujud saat kembali berfikir apakah silap salah selama ini. itupun jikalau mereka sedar.

maka, salah satu hikmah dari ujian yang diturunkan adalah wujudnya masa dan terdetiknya hati untuk kita bermuhasabah.

Manusia itu selalu bersifat lupa diri tatkala diberi nikmat. Namun, tatkala kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita bersegara kembali mencariNya.

 Sungguh-sungguh kita mohon padaNya agar dipermudahkan segala kesulitan yang ada. Sedang selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat. Astagfirullah, hamba jenis apakah kita ini?

Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita.
Dia mahu kita kembali kepadaNya.
Dia mahu kita selamat di 'sana'.
Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali.

Jawab dengan hati kita. . .
Benarkah selama ini kita telah meletakkan Dia sebagai matlamat hidup kita?

Atau tanpa sedar kita meletakkan perkara-perkara lain (nikmat-nikmat yang Dia tarik itu mungkin) sebagai tujuan hidup yang mesti kita capai?



Fikirkan...



Jika sekarang kita sedang menangis, sebutlah ALHAMDULILLAH!

Jika sekarang kita sedang dlm kesakitan, sebutlah ALHAMDULILLAH!

Jika sekarang kita sedang bermasalah, sebutlah ALHAMDULILLAH!
Jika sekarang kita sedang mederita jiwa dan perasaan, sebutlah ALHAMDULILLAH!
kerana itu tanda Allah mengingati kita dengan menganugerahi dugaan yg mewah kpd kita..agar kita slalu berharap padaNya..meminta kpdNya..
tetapi 
Jika kita sedang bersenang hati, tersenyum menampakkn gigi, BIMBANGLAH HATI! kerana takut2 kita dilalaikan oleh Allah..Nauzubillah..wallahualam..
(hasil pembacaan Ilovislam)

Thursday, February 17, 2011

QOUTES : cinta dari mata ke hati.

"THE BEAUTY OF A WOMAN MUST BE SEEN IN HER EYES, 
BECAUSE THAT IS THE DOORWAY TO HER HEART - THE PLACE WHERE LOVE RESIDES"

Wednesday, February 16, 2011

AKTIVITI : Lawatan IPG Kampus Pendidikan Islam ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor

Assalamualaikum.
salam 1 Malaysia.
Hye. Koniciwa.

Entry ini memuatkan kisah 4 dalam satu.
Sesi membalas dendam kerana sudah lama tak menulis di sini.

KISAH 1

Untuk pengetahuan anda, birthday saya sudah pun lama ketingalan.
walaubagaimana pun, 
masih ada orang mahu beri saya hadiah walaupun dah semakin tua. tapi semakin comel.
Eh. lif mana lif ? nak masuk tekan sendirik.


ini setokin daripada Nis
kalau dah takde setokin nak pergi kuliah, boleh pakai ini saja.
Comel bukan ?

ini kasut Highheels . Beli di CS.
Daripada Angah. ( kakak saya)
wiwit.. nanti saya lagi tinggi. tak perlu minum kalsium :)



Ini Angah.
tak boleh cakap banyak banyak.
nanti dia baca kembang  tak kempis pula.
Hehe.
cakap nama je sudah. :)

KISAH 2.

Oleh kerana pada semester ini, RBT terpaksa membela seekor mamalia,
 mamalia yang paling murah+senang dijaga+senang dibiakkan 
dan yang penting comel,
maka dengan ini, 
saya telah membeli seekor hamster yang comel cukup sifat berwarna cokelat putih.
daripada kedai Pet Shiop belakang Mydin.
pada mulanya, hamster ini selalu berbunyi.
macam ni "cit cit cit"
dan malu malu hamster.
Mungkin sebab si dia stress sebab selalu orang pegang dia.

nak bagi nama Wira *ala ala yang edisi selamatkan binatang.
Tapi mak saya suruh panggil nama Jojo.
supaya bagi dia ceria.
tapi memang betul,
 2, 3 hari selepas tu, 
saya dah boleh pegang, belai belai Jojo. siap bagi dia naik beskal.

Masa tu dah mula sayang haiwan kecil ini.
walaupun tak sampai seminggu bersama.
*saya memang senang sayangkan haiwan tahu.

Tapi memang lumrah hidup.
Jojo (bukan nama sebenar) pergi dari hidup saya.
atas sebab jangkitan pada matanya,
Jojo mati weekend yang lepas.
kasi tacing. lepas tu kupas bawang bagi keluar air mata.



Jojo.
ini hamster jenis Syrian. 
jenis ini adalah gemok dan tidak mengigit dan bersifat malas bergerak.
mungkin disebabkan beratnya dengan kata lain obes.
tak mapu mengangkat badannya jugak.
Isk pemalas. Tapi comel.
walaupun hari hari buat aerobik, badannya masih temok.

KISAH 3.

Pada Hari Jumaat, sabtu dan Ahad yang lepas juga,
IPG KTI menerima lawatan daripada IPG Kampus Pendidikan Islam.

alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
walaupun institut mengadakan 
Program "syurga Cinta : mencari cinta Hakiki "
oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi (ketua Editor Majalah Solusi)
 pada hari yang sama iaitu hari ahad.

atas sebab bertanggungjawab menguruskan lawatan IPH KPI ini,
tak dapatlah saya mengikuti ceramah tersebut.



sebahagian daripada pelajar IPG KPI.
mereka semua sangat sporting.
Dapat juga mereka bawa balik Majalah Semaian Subur 2010 sorang satu :)

 Gambar ini semasa membuat lawatan kolaborasi di Masjid Jamek BBU,
Untuk pengetahuan ,
masjid ini selalu memenangi pertandingan antara masjid2,
sehingga mendapat Penganugerahan Anugerah Khas Masjid peringkat negeri Johor 
yang disampaikan oleh YAB Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman semasa Majlis Pelancaran Maal Hijrah 1429H

KISAH 4.

apa yang pelik dengan gambar di bawah ?

cuba tengok betul betul.

hidungkah. mulutkah. matakah ?

ya betul ! mataku !
Nah hambik 2 cekelat coka coki.

Ini dia cermin mata yang baru saja buat semasa cuty awal tahun.
saja nak tunjukkan muka yang tersangat mached bila pakai spek.
heheh


lepas ni bukan bermata dua dah.
sudah bermata empat.




PS : suka bela haiwan. tapi taknak haiwan tu mati boleh ?

Monday, February 7, 2011

Balik lah cepat.

Mood : sedih
Minggu ni hilang sorang kawan baik.
1minggu je.. bukan 1 bulan
Takde orang nak ajak makan terutamanya
Dia pergi makan angin kat laut.
dalam bahasa indahnya dia pergi Program Tunas Samudera.
*jerit kat laut ! "lyn hang bacalag belog kita ni. kita tulis tentang hang..dengar lahh "

Betul ni tengah sedih.
nanti takde sapa nak makan dengan kita taw
nanti kita kene makan megi tiap tiap hari taw

lyn sem 1

jadi minggu ni dan 3 bulan akan datang diri ini akan sensorang *ecece buat muke sedih sikit.

Tak habis minggu lepas Pengurusan Pelajar Baru,
minggu ni ada lagi 2 program yang saya kena uruskan.

Satu : sudut Pidato (kene buat kertas kerja) siap minggu ni
dua : lawatan oleh pelajar IPG Kampus Perguruan Islam.

Oh. harap harap boleh buat semua ni.
 Bertabahlah fini !


Thursday, February 3, 2011

Rabbit hidung merah jambu.

walaupun rupa tak macam rabbit,
tapi kalau tengok ekor yang bulat mesty sume faham kan :)

Ikut kalendar Cina, (bukan kalendar Purba ke hape ye)
tahun ini adalah tahun Arnab.
Tahun bagi kejayaan dan rezeki.
diharapkan semua mendapat limpahan rezeki dan kejayaan.
ingatlah.
semua yang kita dapat hanyalah daripada Allah.
jika Dia benarkan, InsyAllah kita akan dapat.

Contoh :
doktor hanya cuba mengubati pesakitnya dengan
memberikan ubat mengikut sukatan dan penyakit yang dihidapi.
Tetapi kuasa penyembuhan terletak di tanganNya.
jika penyakit sembuh. itu adalah dengan Izinnya.
Apa yang Dia telah tetapkan semuanya adalah yang terbaik untuk kita.
Percayalah :)

oke. 
ini cerita lain (tetibe teringat)

Pointer sem lepas sangat memberansangkan.
Sangat tak sangka kerana semua subjek dapat A.
(masih tak percaya sampai saat ni)
Percayalah susah nak dapat semua A walaupun bukan A bulat.

Walaupun sem lepas
sibuk menguruskan lawatan ke Kemboja
 bersama Hazwan Serman, Naib SU *mesty dye tengah cenyum sebab sebut nama dye*
 dan jpp yang lain.
Kongrats kepada Hazwan  juga kerana pointer naik.
susah nak jadi pelajar+JPP.
banyak sangat komitmen

"orang lain cuty. kami masih di kampus.
orang lain tidur, kami masih berlegar di HEP.
orang lain buat esaimen, kami masih membuat kertas kerja."

Alhamdulillah, Allah permudahkan kerja saya.
Tenkiu Allah
t kasih kepada Family dan kawan kawan saya yang sentiasa bantu saya.

Tak sabar mahu Praktikum bersama Jaimah :)

sayang semua ! ^^

ps : " apabila ALLAH makbulkan doamu maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang jauh lebih baik untuk mu. oleh itu, sentiasalah berprasangka baik kepada ALLAH dalam apa jua keadaan pun krn kasih syg ALLAH mendahului kemurkaanNYA


Tuesday, February 1, 2011

Cuti cuti takda buat ape, main game la.

Dewasa kini, ( ececeh. penanda wacana tak boleh tahan)
permainan internet semakin menjadi kegilaan anak remaja.
Mereka ni boleh dikata gila dek permainan ini.
bukan gila yang letak selipar kat tangan baldi kat kepala tu k.
ini gila Sampaikan 
boleh gelak sorang sorang.
nangis sorang sorang ( sebab ikan maty) 
Terkejut sorang sorang (sebab tetibe dapat duit banyak)

Nak tahu mainan ape yang saye suke dan tak suke ?
mari lah ye kite saksikan bersama sama.

Fashion World
Game ni baru main.
Cara nak main. kene jahit baju and then jual kat customer yang datang.
Sape yang impian tak kesampaian nak buat kedai sendiri.
boleh realisasikan impian anda kat cini. hee !
tapi bajunye lambat sangat nak siap.
Kene tidur.
Bangun balik.
Pastu tidur dan bangun balik tak tentu boleh siap lagi. Haih.

Mall World 
ini mainan terlama yang pernah dimainkan saye.
Neighbour yang paling setia, umi lah.
main send send gift, 
saya beli baju kat kedai mak saye,
mak saye beli baju at kedai saya
tweet tak ? ^^

Oke.
nak main game ini senang.
kene unlock semua baju lepas tu korang boleh level up.
korang boleh beli banyak baju yang cantik cantik.
tu. saya punye ada bela puppy *yang tengah pakai baju putih ^^

Lepas tu decorate kedai korang macam exclusive 5 bintang punye.
letak candelier hape ke jadah sume yang mahal mahal.
Pastu jual baju 15 hengget. hikhik ! :)

Happy Pets 
saye memang takut kucing. tapi saya suka kucing
tapi main game kucing suke lah.
tak dapa belai belai kucing kat dunia realiti,
dapat belai balai kat cini pun boleh.
nanty kalau kita belai belai kucing ini akan keluarkan duit.
kalau korang sentuh sentuh pegang pegang kucing tepi jalan hade kelaur duit ?
takdekan.
kalau ade, dah takde kucing tanpa tuan ka tepy jalan tu kan kan kan.

Pet Ville 
tak tau samada ini raksasa ke hape.
tapi kalau dah pakaikan costume baru kenal binatang hape. ^^
macam kat atas ni, costume Panda !
horey ! horey ! horey ! 
*macam Panda yang tengah lompat katil tu.
ini scenary kat bilik tidur.
ada ruang tamu, bilik air, tempat memasak dan banyak lagy.
kalau banyak duit, boleh beli barang dye.
Main pun sebab comel + sebab dye pakai costume Panda tuu !

Tadaaa !
City Ville
kalau tengok biasa biasa je.
Tapi mainan ni yang jadi kegilaan kawan kawanku.
sampaikan kalau habis class,

Ali : Abu, jom lah balik cepat.
Abu : Isk ko ni. balik cepat je. tau lah ko nak tito. Aku nak study ni (ini auta)
Ali : Bukan lah. ko ni selalu bersangka buruk kat kawan ko ni taw.
aku nak main City Ville. nanty kalau aku tak main penduduk bandar aku lari. 
nanti aku tak ada penduduk.
 *harapmaklum kerana ada pertambahan ayat bagi memurnikan dialog ^^

kalau orang yang tak pernah main dan tengok orang lain main,
dye akan kata : mainan hape lah kamu main.
tapi bile da main.
Terus ketagih. hik hik. ^^
kawan lalu sebelah pun buat tak tahu.

Anda akan terasa macam anda Datuk Bandar *seketika sahaja.
Sekian .
 t. kasih sudi baca ! ^^

ada lagi mainan yang saye main.
tapi nilah je yang saye nak bagitahu.

p/s : Oh. maaflah kebanyakan game adalah permainan
yang berunsur keperempuanan. 
tapi saye suke ! 

Awas ! main main jugak. Belajar jangan lupe taw !.
Selamat bermain.
kawan kawan, add lah saye sebagai neighbour anda !

1st checkup adik Fathia (kantung kosong)

Tak tahu nak ceritakan dari mana. Genap usia Fathia 3 tahun, Ibu dapat tahu Fathia bakal menjadi kakak. Perangai Fathia pun lain macam s...