Friday, November 16, 2012

MENARIK : kelebihan sinaran matahari



jangan terkejut bila mula mula lagi tengok muke kita penuh screen. hee

hari ni dah hari ketiga kita berjongging di Taman Saujana Hijau Presint 11,
lokasi ni dipilih atas sebab
sangat sangat sangat sangat sangat dekat dengan rumah. Yippie!

kita memang suka keluar jogging pagi pagi
sebab matahari tak terik sangat.
tapi kalau kat sini, 
orangnya suka jogging lambat.
dalam jam 8 baru la ada orang

kalau sebelum tu,
hanya kita dan bau rumput saje. hee

hari ni kita nak kongsi kelebihan sinaran matahari yang kita boleh dapat

kalau nak mandi cahaya matahari
jangan pergi berjemur pulak pukul 10 pagi tu hoi.
buat ape.
nanti keluar sihat, datang berpusupusu penyakit pulak.

jadi kalau nak dapat khasiatnya 
pergilah berjogging dalam jam 7.00 pagi hingga pukul 9.00 pagi paling lewat

nak tau kebaikannya?

1. Banyak vitamin D
Tahukah anda? 
bila kita terima sinar matahari 
selama 5 minit sama ertinya dengan memberikan 400 unit vitamin D pada tubuh kita. 
sedangkan vitamin yang dalam botol tu pun berpuluh puluh ringgit. 
siapa tak nak benda free kan? 

2. Baiki tulang
sinar matahari dapat meningkatkan penyerapan kalsium di dalam tubuh kita. seterusnya, ia dapat bentuk dan baiki tulang kita :) 
tulang sihat hidup bahagia. Oyeh !

3. Bunuh bakteria
Sinar matahari dapat membunuh bakteria penyakit, virus, dan fungus. 
Untuk merawat erysipelas, keracunan darah, peritonisis, pneumonia, mumps, dan asma,
 terapi sinar matahari sangat diperlukan. Bahkan beberapa dari virus penyebar kanser dapat dimusnahkan oleh sinar ultraviolet ini. funggus, dan bakteria di udara dapat dimusnahkan oleh sinar matahari.

4. Tingkatkan pernafasan
di sini, berlaku peningkatan kapasiti darah untuk membawa oksigen dan menyalurkannya ke jaringan-jaringan jumlah. Glikogen juga turut bertambah setelah berjemur di bawah terik matahari.

jom tarik nafas sama sama,
Fuh fuh fuh!

5. Jadi kebal
jadi kebal kat sini bukan lah korang boleh baring tengah jalan then tunggu lori lalu pijak korang
bukan bukan bukan !

kebal ni maksuhnya, 
kebal dari penyakit :)

tahu tak bila kulit kita kena sinaran matahari, sel darah putih bertambah.
*limfosit namanya.
limfosit ni memang tugasnya berperang dengan penyakit.
kira macam Super Man lah.
superr..
supperMan! 

secara tak lansung, antibodi kita akan meningkat.
Menurut penelitian, 10 minit di bawah matahari satu/dua kali seminggu dapat mengurangi risiko terkena selesema hingga 30-40%.

banyak lagi kelebihan sinaran mahari waktu pagi ni.
ini je yang dapat kite kongsi :)

Taman Saujana Hijau Presint 11


ps : Tahukah anda kalori yang terbakar saat kita berlari di pantai/pasir lebih tinggi jika kita berlari di trek jogging yang biasa :)





Thursday, November 15, 2012

MENARIK : Warna baju mempengaruhi mood

korang tahu tak warna baju kira pakai sebenarnya mempengaruhi kesan pada diri kita pada hari tersebut.

setiap hari sebenarnya terdapat 1 warna yang akan dominan menguasai alam
jadi, untuk mendapatkan ketenangan dan serasi dengan alam,
kita digalakkan pakai baju yang sama dengan warna yang menguasai hari tersebut.
di bawah ni menunjukkan warna yang dominan wujud pada setiap hari


isnin : putih
putih ni lebih merujuk kepada kesucian. mulakan minggu kita dengan mengenakan pakaian yang berwarna putih ataupun yang mempunyai warna putih. sebab warna ini mampu meransang semangat baru dan mencetuskan idea. bagi sesiapa yang nak buat course work atau paper work, boleh buat pada hari Isnin sebba pada ketika ni banyak idea yang akan muncul.

Selasa : pink/Ungu
Pink adalah warna kasih sayang. pakaian warna ni sesuai dipakai pada hari selasa kerana ia hari untuk kite ber emosi dan berkasih sayang dengan pasangan. hari selasa ni boleh keluar bersiar siar dengan orang yang tersayang *suami isteri

Rabu : Biru
pada hari rabu, sesuai pakai pakaian yang berwarna biru sebab berfungsi sebagai penyembuhan. ia juga beri kesan untuk kite berkomunikasi iaitu keyakinan untuk berucap dan sebagai.

Khamis : kuning
kuning adalah warna keceriaan. bila 3 hari dah bekerja, kita perlukan warna kuning ni untuk naikkan semula mod kita

Jumaat : Hijau
hijai adalah lambang kedamaian jiwa dan ketenangan. Untuk lelaki khususnya kalau nak pergi sembahyang jumaat, pakailah baju warna hijau. InsyaAllah walaupun ramai orang dan bersesak, tetapi pengaliran udara dan pernafasan kita akan sentiasa lancar.

Sabtu : Merah
selalunya kita akan berjalan pada hari sabtu. ini disebabkan warna merah ni melambangkan mod untuk bersuka ria. jadi hari sabtu adalah hari yang sangat sangat sangat sangat sangat sesuai untuk keluar jalan jalan bersama keluarga dan rakan rakan. 

Ahad : hitam.
selalu orang kaitkan hitam ni untuk berkabung atau lambang kesedihan. tetapi sebenarnya hitam ni mempunyai azimat untuk menyimpan tenaga sepanjang hari. Ia ibarat kita mengecas semula tenaga untuk minggu berikutnya. sebab tu orang jarang keluar hari ahad sebab ahad kita akan beristirehat di rumah.

Salam Maal Hijrah



Salam Maal Hijrah

*Gambar di atas kita ambil masa berjogging di Taman Saujana Hijau Presint !!.
dekat sangat dengan rumah

sempat tarik nafas dua kali je.
Fuh Fuh!
dah sampai ! :)

sempena tahun baru ni, 
kita nak berkongsi beberapa perkara
semoga kita semua beroleh keberkatan bersama.
amin



Abu Hurairah r.a. berkata :
"Setiap kali datangnya tahun baru
membuat aku risau dan resah kerana
semakin singkat umurku,
semakin dekatnya ajalku,
semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku,
semakin dekatnya dari perhitunganku.."


Saturday, November 10, 2012

Dilema mencari calon



“Faiz nak cari calon yang macam mana?” Saya bertanya sambil menghirup kopi yang masih panas. Tika suasana sejuk begini, setiap hirupan dirasakan cukup nikmat. Tambahan pula berbicara isu-isu tentang Baitul Muslim yang memerlukan fokus yang tinggi.

"Faiz sebenarnya taklah memilih sangat, tapi abang Hisham tengoklah senarai ini, mudah-mudahan ada yang punya ciri sepertinya. Kalau tidak semua pun, saya amat berharap 2/3 darinya dapat dipenuhi, kerana saya ingin melahirkan generasi yang bakal menyambung perjuangan Solahuddin." Ujar Faiz dengan bersemangat sambil menghulurkan sekeping kertas berlipat kepada saya.

"Wah! Serius sungguh nampaknya!" Ujar saya, tetapi hanya di dalam hati.

Saya menyambut kertas yang dihulurkan dan kemudian membukanya perlahan-lahan. Berkerut-kerut dahi saya membacanya.
1. Berkulit putih.

2. Punya lesung pipit.

3. Bertudung labuh

4. Berkaca mata

5. Berasal dari Kelantan, kalau boleh dari jajahan Kota Bharu atau Pasir Mas sahaja (mak saya minta supaya menantunya boleh makan budu).

6. Berketurunan Melayu.

7. Muda dua tahun dari saya.

8. Pandai memasak.

9. Lemah lembut.

10. Punya sifat keibuan yang tinggi.

11. Pandai mengambil hati orang tua.

12. Menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk al-Quran.

13. Komited dalam dakwah.

14. Rajin bertahajjud.

15. Tidak lebih tinggi dari saya. Tinggi saya 1.63 cm sahaja.

16. Bertubuh sederhana, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk.

17. Aktif bersukan.

18. Ramah-tamah.

19. Pandai memandu kereta.

20. Jangan anak sulung atau bongsu.

21. Sanggup untuk berhari raya pertama di kampung saya di Pengkalan Chepa.

22. Tidak ada sakit yang kronik, terutamanya sakit kulit.

23. Boleh juga bekerja untuk menambah pendapatan keluarga.

24. Subur, kerana saya mahukan sekurang-kurangnya enam orang anak dalam keluarga seperti Dr. Z.

Saya membaca senarai itu dengan mata yang berpinar-pinar, terasa seperti mahu tersembur air kopi yang sedang dihirup. Subhanallah, di mana harus saya cari bidadari seperti ini untuk menjadi pasangan hidupnya.

Sedaya upaya saya cuba mengawal diri, menahan tawa dan mengelakkan dari raut wajah saya berubah untuk tidak mengecilkan hatinya. Perasaan terasa bercampur-baur antara lucu dan kasihan. Sungguh 'hebat' fantasi anak muda 'dakwah' ini dalam menentukan kriteria pemilihan pasangannya.

Saya menghabiskan kopi yang panas sebelum memulakan bicara. Ada sesuatu yang harus saya katakan padanya. Namun perlu berhalus agar tidak mengusik hatinya. Dalam berdepan isu begini, kadang-kadang ikhwah mudah terasa hati.

"Akhi, anta sekarang dah hafaz berapa juzuk?" Saya menukar sedikit topik perbualan.

"Errr...baru hafaz juz 30 dan 29, itupun masih ada yang tak berapa lancar." Jelasnya jujur sambil tersengih menampakkan susunan giginya yang tidak sama.

"Macamana dengan kriteria yang saya bagi tu Abang Hisham, agak-agak ada tak akhawat yang seperti itu?" Tanya Faiz. Namun sekali lagi saya tidak menjawab soalannya dan bertanya lagi.

"Akhi, malam tadi anta solat tahajjud dan khatam 1 juzu' bacaan al-Quran tak?"

"Tak pula, letih sangat, malam tadi habis mesyuarat lambat sangat. Insya-Allah malam ni kami ada program Qiam bersama mad'u junior. Insya-Allah malam ni kami akan Qiam."

Saya mendengar jawapannya dengan bersahaja, kemudian bertanya lagi.

"Akhi, semalam berapa kali anta solat berjemaah di masjid?"

"Kenapa abang Hisham tanya soalan-soalan ni? Bukankah kita sedang berbincang tentang Baitul Muslim? Apa kena mengenanya?" Balas Faiz dengan wajah yang sedikit berubah dan suara yang agak sedikit keras walaupun masih cuba dikawalnya.

Jika kulitnya putih mungkin telah berubah menjadi kemerah-merahan tanda tidak puas hati. Tetapi kulit sawo matang melayu Kelantan yang diwarisi menyebabkan hanya kerutan yang kelihatan sedikit di dahi.

Saya hanya tersenyum.

"Beginilah Faiz, apa yang Faiz tulis dalam kertas tu bagus, cuma ia terlalu bagus. Abang Hisham yakin, dalam zaman sekarang ini, sepuluh bahkan seratus tahun mencari pun belum tentu Faiz akan berjumpa dengan calon seperti yang diinginkan jika semua kriteria tersebut harus dipenuhi."

"Tidak ada eh?" balas Faiz penuh persoalan. Keningnya diangkat sedikit.

"Kalaupun ada, mungkin dia dah kahwin dengan juara Imam Muda musim kedua agaknya. Hahaa" Saya menjawab sambil ketawa kecil. Cuba menceriakan suasana. Dia juga kelihatan tersenyum.

"Abang Hisham tanya soalan-soalan tadi supaya Faiz tahu yang Faiz pun tak sempurna mana, jadi dalam mencari calon isteri ni, tak perlulah terlalu memilih itu dan ini, sebab kita pun bukan setaraf Imam Ghazali, dengan peserta Imam Muda yang terkeluar pada pusingan pertama pun belum tentu." Jelas saya dengan bersahaja sambil merenung tepat ke wajahnya dan memberikan senyuman yang manis.

"Habis tu, bagaimana Abang Hisham?" Tanya Faiz, wajahnya kelihatan penuh ingin tahu.

"Beginilah, ...."

"Abang Hisham akan cuba tanyakan pada isteri, kalau-kalau ada calon yang sesuai. Insya-Allah, kami akan cari calon yang terbaik untuk Faiz, tapi bukan yang sempurna. Kami akan cuba tengok kalau-kalau kriteria tersebut boleh dipenuhi, tapi untuk memenuhi 1/3 darinya pun hampir mustahil."

"Anta kena ingat akhi, walaupun berada dalam sistem tarbiah dan usrah, tetapi akhawat itu tetap manusia dan tetap seorang wanita." Saya menjelaskan.

"Ada yang rupanya cantik, tapi pengamalan agamanya mungkin agak kurang."

"Ada pula yang rupanya agak sederhana dan hafazannya cuma satu juz sahaja tapi komitmen dakwahnya baik.

"Lemah-lembutnya mungkinlah tidak selembut Asyiela Putri pelakon Upin Ipin tu, tapi tidaklah pula sekeras dan se 'brutal' Kak Ros. Haha" saya menjelaskan lagi sambil tertawa. Kemudian saya menyambung bicara.

"Tentang memasak, usah dirisaukan, asalkan dia punya keinginan untuk belajar, Insya-Allah beres semuanya. Kalau nak cari yang makan budu, orang Kelantan pun tak ramai yang makan budu. Isteri ana orang Pahang, tapi hantu budu juga. Dulu ana tak makan tempoyak, tapi lepas kahwin dengan orang Pahang, ana jadi hantu tempoyak."

"Kemudian, tentang kesihatan, orang perempuan ni, ada masa dia sihat dan ada juga masa dia akan sakit, terutamanya bila mengandung."

"Tentang menghormati orang tua dan sifat-sifat mahmudah yang lain, perkara itu boleh ditarbiah dan sebahagian dari tanggungjawab suami setelah berkahwin adalah untuk membimbing isterinya dengan sifat-sifat mulia, bukan mengharapkan cinta dari bidadari syurga yang serba sempurna." Panjang saya 'mengomel'.

"Tak mengapa Faiz, nanti abang Hisham akan carikan calon yang terbaik untuk Faiz dan semestinya kriteria yang akan abang Hisham cari adalah yang paling baik agamanya."

"Banyakkanlah berdoa agar kita dipertemukan dengan jodoh yang terbaik, bukan yang tercantik dan bukan yang sempurna segalanya dan lupa juga meminta agar Allah memudahkan segala urusan untuk membina masjid ini. Ok, Faiz?" Saya menepuk bahunya dengan mesra. Anak muda sepertinya banyak perlukan bimbingan. Bukan leteran yang akan menghancurkan perasaan.

Perbualan di atas mungkin hanya rekaan, tetapi ia adalah hasil dari pengalaman saya dan rakan-rakan dalam mengendalikan urusan Baitul Muslim para pemuda-pemudi dalam dan luar negara selama beberapa tahun.

Ia kisah benar yang saya rangkumkan dalam satu perbualan. Mungkin agak ideal, tetapi itu sebahagian dari realiti ikhwah ketika mencari calon pasangan.

Dalam urusan memilih calon, harus diingat bahawa kita memilih calon di kalangan manusia, bukan Malaikat atau bidadari syurga.

Apabila pasangan itu namanya manusia, maka akan wujudlah kekurangan di sana dan di sini. Cuma satu pesanan yang ingin saya titipkan buat anak muda, pilihlah calon yang baik pengamalan dan penghayatan agamanya, Insya-Allah, rumahtangga akan dipenuhi dengan kasih sayang dan keberkatan dari Allah S.W.T.

Boleh sahaja kita memilih calon yang senegeri, yang sedap dipandang mata, punya sifat keibuan yang tinggi, pandai memasak dan sebagainya, tetapi harus diingat, bahawa kriteria pertama yang harus dilihat adalah bagaimana penghayatan agamanya, dan sejauh mana dia mengiltizamkan diri untuk membaiki diri menjadi manusia yang lebih baik.

Jika penghayatan agamanya baik, maka berlapang dadalah sedikit jika calonnya dari negeri seberang atau selang dua buah negeri atau mungkin rupanya tidak secantik dan secomel Mia Sara.

Tidak ada perkara yang tidak boleh dirunding dengan ibu bapa. Mereka hanya mahu yang terbaik untuk kita, rundinglah dengan baik dan penuh hikmah, Insya-Allah, jalan keluarnya pasti ada jika kita ikhlas ingin membina rumahtangga. Tidak ada ibu bapa yang inginkan kesengsaraan anak-anaknya.

Tentang kecantikan pula, jika calon yang dipilih adalah kerana kecantikan wajahnya, maka ketahuilah bahawa selepas berkahwin, wajah yang cantik akan menjadi biasa selepas hari-hari dipandang mata dan syaitan akan menghias wanita-wanita lain yang bukan mahram agar kelihatan lebih cantik di pandangan mata kita.

Akhirnya, yang kekal hanyalah akhlak dan pekerti yang mulia, juga keazaman untuk melahirkan dan membangunkan anak-anak singa pewaris Imaduddin, Nuruddin Zinki dan Solahuddin Al Ayyubi.

Usah terlalu gedik dalam memilih calon, tetapi biarlah realistik.

Akhir sekali, apa yang paling penting adalah bermesyuaratlah dengan ibu bapa dan orang-orang baik yang dipercayai dan berpengalaman.

Jangan lupa untuk beristikharah selepasnya agar segala keputusan mendapat panduan dari langit yang tertinggi. Insya-Allah.




sumber : google


Sunday, November 4, 2012

Perubahan 2007 - 2012

Assalamualaikum..

kini, kita senang menunggu untuk memasukkan barang yang telah di pek
dengan cantik ke dalam kereta saje.
walaupun barang tak banyak,
tapi dah siap bungkus sebab tak sabar nak balik. *lompatlompat

dalam gembira ni ade jugak sedih
sebab dah tiba masa untuk meninggalkan kampus..
setelah 5 tahun setengah kat sini.
banyak sangat kenangan kat sini.

masa first kite dapat IPG Kampus Temenggong Ibrahim ni,
takut jugak sebab tak pernah jauh macam dengan family macam Utara Selatan.
tapi kita kuatkan diri untuk cuba berdikari.

family kite jauh masa tu duduk kat perak.
kite sorang je yang study jauh jauh.
walaupun bukan overthesea.
tapi kalau naik bas dari perak ke johor ni, 8 jam.
tido bangun balik sebelasratuskali pun tak tentu sampai tau. huuu..

rasa macam baru je semalam daftarkan diri kat sini.
dengan pening pening lalat nak pergi daftar sorangsorang
angkut baldi, bantal busuk, beg baju, dan semua jenis beg naik bilik (^^)

sekarang
tak tahu nak buat ape kat bilik.
sebab exam dah habis.

hanya tunggu taklimat SPP hari selasa ni
dan ada lagi perkara *dokumen yang tak settle dengan HEP.

takut jugak sebab dengar banyak khabar angin yang tak baik
ape ape pun,
berharap semua bakal guru dapat dipostingkan.

jom kite imbas kenangan kite dulu.
daripada muka belasan tahun sampai lah umur 23 ni :)
tahun 2007 - 2008 
masa foundation. setahun setengah.
muka memang baru lepasan SPM.
bukan lepasan larian ye.

masa foundation ni memang banyak sangat aktiviti luar.
sampai warna kulit dengan warna tanah pun tak dapat beza. *bandingkan pikcer sebelah kiri sekali 

 tahun 2009
ini adalah semester 1 PISMP
waktu ni dah jadi senior sikit.
waktu ni kite agak aktif
sebab banyak program maktab

2009
masa ni pulak masih lagi kebudak budakan.
sebab gambar pun nak glitter glitter.
ala ala princess (^^)v 
 2010
muka sedang meningkat dewasa.
dah tahu tentang selok belok Jb.
dan dah tahu menjahit juga (^^) *motip?

2010
aktiviti tahun ni agak banyak
contohnya :
program anak angkat
raya korban kat rumah lecturer
camping PPIM

2011
tahun pertama kita buat spek (^^)

2011

2012
tahun ni lah kite alone.
kakak and abg kite dua dua kawin tahun yang sama. yeye! 
tak sabar nak anak sedara. :)

kalau tengok muka memang lain dari zaman dulu. sekarang dah matured sikit.

kita tak tahu nak komen ape (",)
2012

ting ting ting !
umur saya dah 23 tahun (^^)
insyaAllah akan menjadi cikgu dan anak yang baik.
AMIN..

hadiah paling terbaik


Friday, November 2, 2012

MENARIK : Makanan yang dipuji oleh Quran dan Hadis


kita bukan jenis yang suka baca novel
atau komik.

tapi ini bukan bermakna kita tak suka membaca.
cuma buku yang kita suka baca bukan buku yang jenis macam tu,
sebab nanti kalau kita baca novel, kite suka baca penghujung, 
lepas tu selak tengah,
lepas tu selak belakang balik.
lepas tu selak depan.
macam takde arah tuju.
lepas tu tak faham apa sebenarnya cerita yang berlaku. haha

kite jenis suka baca buku motivasi, pengetahuan am, atau sesuatu yang kita rasa kita dapat belajar.

.
masa masuk kedai buku.
takda arah tujuan pun.
lepas tu keluar daripada kedai tu tengok tengok dah terbeli 3 buah terus. *huhu
takpelah nasib baik buku.
ni salah satu buku yang kita terbeli tanpa niat
kat dalam buku ni ada banyak rahsia. hee.
kalau kite cerita, bukan rahsia dah.

tapi kita nak kongsi satu perkara,
iaitu salah satu makanan yang dipuji oleh Quran dan Hadis.
apa ni?
minyak zaitun :)

inilah supplement yang kita makan sejak bulan Julai dulu :)



sorry kita tak jual supplement ni.
cuma nak kongsi kebaikan yang boleh kita dapat
ini salah satu produk dari minsyam.

dalam buku ni pun ada disebutkan tentang minyak zaitun ni

“Kami tumbuhkan untuk kamu pokok yang asal tumbuhnya di Gunung Tursina yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang yang makan”
                                                                                                        (Surah Al Mukminun, ayat 20)

“Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya, minyak zaitun berasal daripada pohon yang diberkati”
                                                                                                            (Direkodkan oleh at-Tirmidzi)

“Makanlah zaitun dan berminyaklah dengannya. Ada penyakit yg dapat disembuhkan dengannya. Satu di antaranya adalah kusta.”
                                                                                                                                    (Abu Nuaim)


kebaikan :
Mempunyai kandungan lemak yang bermutu tinggi
Minyak terbaik daripada semua lemak yang dapat dimakan
Kaya vitamin E
Bersifat anti-oksidan
Mmpunyai polyphenols yang bersifat anti flamasi
Mampu melawan radikel bebas dan mencegah penyakit degeneratif seperti tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan strok, melabatkan proses penuaan melawan kanser dan alergi


kajian yang telah dibuat :
Sejumlah 16 pakar perubatan berkumpul di Rom pada 21 April 1997, bagi menerbitkan beberapa hasil kajian bersama mengeani tema “Minyak Zaiton dan Nutrisi Laut Putih Tengah.” Dalam pernyataan yang dibuat mereka menegaskan pengambilan minyak zaitun mampu melindungi tubuh daripada serangan sakit jantung, kenaikan kolestrol darah dan tekanan darah, penyakit diabetes dan obesiti. Di samping minyak zaitun juga berperanan mencegah terjadinya beberapa kanser

Terdapat kajian moden yang diterbitkan pada Februari 1996 di Universiti Barcelona, Sepanyol yang dillakukan kepada 40 orang wanita yang menyusu bayi, diambil sampel susu daripada mereka. Para pengkaji mendapati bahawa kebanyak lemak yang terkandung di dalam susu mereka adalah jenis lemak berantai tunggal (mono). Jenis lemak ini dikategorikan sebagai lemak terbaik yang patut dimakan oleh manusia. Itulah jenis lemak yang terdapat dalam minyak zaiton

sekadar berkongsi :)





kisah-kisah akhir Sem 8

sekarang tengah mod perpisahan.
maklumlah 
tinggal beberapa hari je lagi untuk meninggalkan kampus

rasa sayang dengan maktab.
mesti lah semua kenangan pahit, suka duka semua ada tersimpan kat sini.
sebab dah belajar kat sini 5 tahun setengah.
kalau ikut sekolah dah nak masuk darjah 6 da :)

semalam kiteorang makan di Malay Village
bersama tutor Mama Cheng dan pembantu TRT, Kak Nora
mula jamuan makan jam 5.00 ptg.
sampai jam 7.00 mlm.

depan malay village






muka pengharapan makanan akan sampai pada kadar yang segera



acara suap menyuap kek.
Happy Birthday Madam Cheng ! :) 
may God bless u

antara makanan yang ada :
sayur hijau

tomyam

ayam


nasi

ikan

lepas tu ramai ramai pergi Danga City Mall,
jalan macam lawatan sambil belajar budak tingkatan 5.
pergi main bowling.
sebab duit kelas ade lebih :)


tada.
kasut boling Saiz 3 ni.
tu pun terbukak bukak

balik bilik, 
tetibe Fas Comel bagi benda yang super comel ni !
rilaaaa !
dapat hadiah walaupun birthday kite dah lama lepas.

ni bekas Hp.
comel sangat.
rasa nak geget geget telinga Rila ni.


terima kasih Faz cayang :)

...
Dalam minggu ni jugak banyak benda terjadi.

cerita 2
dapat hadiah angah bagi sebab baru balik Korea :)
dapat stokin GangnamPink, brooche, Tshirt, dan Bear !

suke suke suke  
  
seksi kalau pakai stokin ni.

...
Cerita 3 
umi hilangkan tiket bas fini.
kelam kabut cari
lepas tu pergi balai polis buat report
untuk sahkan  memang betul hilang tiket.
then hari ahad hari tu, kite naik bas bukan guna tiket bas.
guna kertas report polis. hee
last balik Jb naik bas ni macam macam berlaku
yelah lepas ni tak tahu bila nak datang Jb lagi :)
dah habis belajar. 


...
cerita 4
lepas balik Jb,,
baca baca buku,
lusanya Exam.
2 hari berturut.
sampai tengok kertas nak study tu
macam tengok durian.
sebab kalernya kuning.. huuu

mata tak kelip kelip tengok kertas.
macam tu le jadinya

ni keadaan meja study week.

...
cerita 5
makan makan
hari tu angah bawak family pergi makan makan kat Khao.
untuk banje umi makan sempena birthday umi. 
Khao dalam bahasa Thai ialah Nasi :) 

kite dapat tangkap gambar chopstik saje :)

...
cerita 6
kisah kajian tindakan.

setelah pergi balik pergi balik jumpa lecturer
untuk semak Kajian Tindakan kita
akhirnya
kajian kita dah sedia untuk dijilid.
macam tak percaya *gosokgosok mata

lepas tu nak jilid,
nak print tu salah, buang, salah, buang
then jadi macam ni :)

katil jadi mangsa.

hasilnya !
kajian yang telah dijilid :)
Alhamdulillah

ok sekarang jom kite kemas barang ! :) 

ps : masih berada di kampus



1st checkup adik Fathia (kantung kosong)

Tak tahu nak ceritakan dari mana. Genap usia Fathia 3 tahun, Ibu dapat tahu Fathia bakal menjadi kakak. Perangai Fathia pun lain macam s...