kita bukan jenis yang suka baca novel
atau komik.
tapi ini bukan bermakna kita tak suka membaca.
cuma buku yang kita suka baca bukan buku yang jenis macam tu,
sebab nanti kalau kita baca novel, kite suka baca penghujung,
lepas tu selak tengah,
lepas tu selak belakang balik.
lepas tu selak depan.
macam takde arah tuju.
lepas tu tak faham apa sebenarnya cerita yang berlaku. haha
kite jenis suka baca buku motivasi, pengetahuan am, atau sesuatu yang kita rasa kita dapat belajar.
.
masa masuk kedai buku.
takda arah tujuan pun.
lepas tu keluar daripada kedai tu tengok tengok dah terbeli 3 buah terus. *huhu
takpelah nasib baik buku.
ni salah satu buku yang kita terbeli tanpa niat
kat dalam buku ni ada banyak rahsia. hee.
kalau kite cerita, bukan rahsia dah.
tapi kita nak kongsi satu perkara,
iaitu salah satu makanan yang dipuji oleh Quran dan Hadis.
apa ni?
minyak zaitun :)
inilah supplement yang kita makan sejak bulan Julai dulu :)
sorry kita tak jual supplement ni.
cuma nak kongsi kebaikan yang boleh kita dapat
ini salah satu produk dari minsyam.
dalam buku ni pun ada disebutkan tentang minyak zaitun ni
“Kami tumbuhkan untuk kamu pokok yang asal tumbuhnya di
Gunung Tursina yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang yang makan”
(Surah Al Mukminun, ayat 20)
“Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya,
minyak zaitun berasal daripada pohon yang diberkati”
(Direkodkan oleh at-Tirmidzi)
“Makanlah zaitun dan berminyaklah dengannya. Ada penyakit
yg dapat disembuhkan dengannya. Satu di antaranya adalah kusta.”
(Abu Nuaim)
kebaikan :
Mempunyai kandungan lemak yang bermutu tinggi
Minyak terbaik daripada semua lemak yang dapat dimakan
Kaya vitamin E
Bersifat anti-oksidan
Mmpunyai polyphenols yang bersifat anti flamasi
Mampu melawan radikel bebas dan mencegah penyakit
degeneratif seperti tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan strok,
melabatkan proses penuaan melawan kanser dan alergi
kajian yang telah dibuat :
Sejumlah 16 pakar perubatan berkumpul di Rom pada 21
April 1997, bagi menerbitkan beberapa hasil kajian bersama mengeani tema “Minyak
Zaiton dan Nutrisi Laut Putih Tengah.” Dalam pernyataan yang dibuat mereka
menegaskan pengambilan minyak zaitun mampu melindungi tubuh daripada serangan
sakit jantung, kenaikan kolestrol darah dan tekanan darah, penyakit diabetes
dan obesiti. Di samping minyak zaitun juga berperanan mencegah terjadinya
beberapa kanser
Terdapat kajian moden yang diterbitkan pada Februari 1996
di Universiti Barcelona, Sepanyol yang dillakukan kepada 40 orang wanita yang
menyusu bayi, diambil sampel susu daripada mereka. Para pengkaji mendapati
bahawa kebanyak lemak yang terkandung di dalam susu mereka adalah jenis lemak
berantai tunggal (mono). Jenis lemak ini dikategorikan sebagai lemak terbaik
yang patut dimakan oleh manusia. Itulah jenis lemak yang terdapat dalam minyak
zaiton
sekadar berkongsi :)
1 comment:
Memg spesial minyak zaitun sbb ade dsebut alquran
Post a Comment