Friday, November 12, 2010

Belajar bahasa : Kemboja

Assalamualaikum wbt..
Hari ini rase macam weekend.
Sebab tengok kampus senyap belaka.
Kira bunyi cengkerik menyanyi lagi bising lah.
Jam 8 dah ada di Pusat Kegiatan Pelajar (PKP).
Untuk kempen sumbangan barang terpakai.
Alhamdulillah.
Dapat sambutan yang hangat.
Kire berpeluhpeluh mengalir dengan lajulaju.
Hingga banjir PKP tersebut.
Over lah pule.


Baju sumbangan derma.

Terima kasih ye kepada individu yang menghulurkan sumbangan.
Insyallah semua amalan kita jika dilakukan dengan ikhlas akan dapat ganjaran.
Kita hanya perlu yakin dengan janjiNya.

Selepas tu,
Jam 4.00 petang pula ada Majlis Pelepasan Kontingen Program Solidariti IPG KTI di Bumi Kemboja.
Harap semuanya berjalan lancar.
Harap selamat perjalanan pergi dan balik.
Terima kasih kepada Tuan pengarah
kerana sudi meluangkan masa sebelum kami bertolak ke sana.

Majlis Penyerahan banner program oleh Tuan Pengarah.

Ahli kontingen Program Solidariti IPG KTI di Bumi Kemboja

Temenggong Ibrahim Boleh !

Baik.
Selepas itu,
Balik balik terus eksaited.
terus belarilari anak ke laptop.
Dengan rakusnya buka laptop dan
google tempat yang InsyaAllah kami akan lawat di sana dan ada beberapa perkara lagi lah.

Masjid Batambang

Toul Tompong Market

Laluan ke Phnom Bakheng

Terima kasih kepada Dekyah kerana telah mengajar kami bahasa kemboja.
Nak tambah lagi boleh ?

Boleh ?
kaseh !
tapi ini lain sket.
Tp still bahasa Khmer (bahasa Kemboja).
Samasama kita belajar.
dan siap diri secara mental dan fizikal ok.

Ucapan harian
Hai : Sua s'dei
apa Khabar? : Sohk sabbye tey
saya baik : Khnyohm sohk sabbye
maaf : Ot toh

Jawapan ringkas
Ya : baat (lelaki) , jaa (perempuan)
tidak : tey
Terima kasih : ahr coon
Tidak perlu, terima kasih : ot tey ahr coon

Frasa
Berapa harga? : Tlai bon mahn
minta berikan saya bil? :sohm kot loi

kata ganti diri
saya : khnyohm
awak : neah
kami : yeung

Kata kerja
jalan : daarl
hendak : djong
cakap : nieh yey
beli : jewel
lihat : meul
Makan : njahm
tidur : gain
tahu : skoal
faham : yol

Adjektif
murah : taup
mahal : tlai
panas : k'dau
cantik : s'aat
besar : tom
small : toit
gembira : sabbye
lapar : klearn

minuman
kopi : kaa fey
teh : dthai

nombor
1 : muy
2 : pee
3 : buy
4 : boon
5 : bprahm
6 : bprahm-muy (lima-satu)
10 : dohp


No comments:

1st checkup adik Fathia (kantung kosong)

Tak tahu nak ceritakan dari mana. Genap usia Fathia 3 tahun, Ibu dapat tahu Fathia bakal menjadi kakak. Perangai Fathia pun lain macam s...