Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ke-45 dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KTI akan mengadakan
"Program Solidariti IPG KTI di Bumi Kemboja"
Ini adalah merupakan aktiviti kemasyarakatan peringkat antarabangsa yang julung-kulung kalinya diadakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
Masih menghitung hari untuk kami berangkat ke Kemboja.
dengan membawa nama
Institit Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru
untuk berbakti kepada penduduk di sana.
Kami dijadualkan bertolak pada 17 Oktober 2010 dan dijangka pulang pada 23 Oktober 2010.
SUDAHKAN ANDA MENYUMBANG UNTUK KEMBOJA??
Sumbangan boleh dilakukan terus di Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KTI
ataupun hubungi nama-nama di bawah ini:
Sumbangan boleh dilakukan terus di Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KTI
ataupun hubungi nama-nama di bawah ini:
1. Saudara Malek Husaini Abdillah : 0137625689
(YDP JPP ke-45)
2. Muhammad Hazwan bin Serman : 0137975375
(YDP JPP ke-45)
2. Muhammad Hazwan bin Serman : 0137975375
3. Ishak Ridhwan b Che Mat Nawi : 0137599957
Berikut adalah serba sedikit tentang program yang akan dilaksanakan nanti.
RASIONAL
Program Solidariti IPG KTI JB di Bumi Kemboja merupakan usaha murni JPP 45 yang mewakili warga temenggong bagi menjulang dan mempromosikan nama IPG KTI ke mata dunia. Program ini bertujuan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di bumi Kemboja terutamanya umat Islam yang terhimpit dalam keperitan hidup. Aktiviti korban sempena Hari Raya Aidil Adha serta pembinaan Perigi Wakaf menjadi tunjang kepada program ini. Disamping itu, program ini turut mendedahkan guru pelatih kepada budaya, bahasa dan adat resam Kemboja dan seterusnya mampu membuka minda guru-guru pelatih agar lebih peka terhadap perkembangan budaya dunia.
Oleh itu, dengan adanya program ini, diharapkan semua ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dapat memanfaatkan serta menimba pelbagai ilmu baru yang mampu mematangkan pemikiran serta merealisasikan “Towering Personality” mereka. Segala kebaikan yang bakal diperolehi melalui program ini akan dapat mewujudkan hubungan yang akrab dengan masyarakat luar dan secara tidak langsung akan mengangkasa imej IPG ke peringkat antarabangsa.
Bagi melahirkan pendidik yang mempunyai ketrampilan dan daya saing yang tinggi, ia bukanlah suatu usaha yang mudah. Justru, melalui program yang bakal dilalui, ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dapat mengenali budaya, adat resam dan bahasa negara Kemboja yang berbeza lantaran dapat memantapkan jati diri mereka.
Program ini juga merupakan medium IPG KTI yang mewakili rakyat Malaysia bagi menghulurkan bantuan kepada masyrakat yang tersepit dengan kesengsaraan di peringkat antarabangsa. Disamping itu juga, program ini mampu memartabatkan lagi IPG KTI khasnya dan profesion keguruan amnya. Dengan kesempatan berada di bumi Kemboja, peserta mampu mematangkan diri mereka setelah melalui pelbagai pengalaman di perantauan.
OBJEKTIF
- Menjalin hubungan silaturahim antara pelatih-pelatih IPG Kampus Temenggong Ibrahim dengan masyarakat antarabangsa khususnya di negara Kemboja
- Meninjau suasana pembelajaran serta bertukar-tukar buah fikiran bersama sekolah-sekolah di Kemboja
- Menjadikan Sekolah yang dilawati sebagai sekolah angkat JPP IPG KTI, Johor
- Mempelajari adat dan budaya masyarakat Kemboja dan menjadikan pengalaman sebenar ini sebagai asas ketahanan diri dan jati diri dikalangan peserta rombongan.
- Melaksanakan ibadah Korban dan pembinaan perigi wakaf yang merupakan khidmat kemasyarakatan pada peringkat antarabangsa
- Membuka lembaran baru bagi mempromosi IPG KTI ke pentas antarabangsa
- Pelan Strategik HEP
2 comments:
well done!! good job!! semoga program ini berjalan dengan lancar..
well done jugak hazwan ( :
Post a Comment