Tuesday, January 31, 2012

hari pertama praktikum 3

Alhamdulillah selamat melapor diri di SK Bandar Tenggara 2.

Perkara pertama yang kita perlu lakukan adalah proses mengenali sekolah. pagi pagi lagi dah berbual dengan beberapa orang guru lain. bercerita tentang  pengalaman mereka dan nasihat mereka, sedikit sebanyak dapat memberi semangat untuk terus belajar dan mengajar di sini. Guru besar turut bagi nasihat. Cerita  sumpah sumpit contohnya. Sumpah sumpit ni akan berubah warna ikut persekitran sekeliling. Sama seperti guru, kene berubah mengikut persekitaran. Puan Jamiah juga banyak memberikan kata peransang seperti cara kita mengajar anak murid perlu seperti kita mengajar anak sendiri atau adik sendiri. Dan mengajar mestilah ikhlas. Jangan sesekali kata penat ibarat kita tutup pintu pahala kita.
               
Apa yang perlu kita lakukan sekarang, hanya berfikiran positif dalam apa jua yang berlaku. Mungkin itu dapat mematangkan kita J. bersyukur kerana kita dapat 8 waktu pada praktikum kali ini dan kat sini banyak orang yang boleh kita minta tolong.

Mungkin banyak perbezaan antara sekolah kawasan bandar dan tengah tengah antara bandar dan kampung. Dan saya percaya sekolah ini lebih banyak banyak banyak baik daripada buruknya. Ada hikmahnya kita ditempatkan di sini dan kita terima dengan ikhlas.
*Percaturan Allah itu sangat sempurna”

Harap pratikum kali ni dapat bekalkan kita dengan ilmu yang banyak sebagai guru yang berkualiti. Amin.

versi ayat cicer yang nak mengajar bm :) *tengs for read :)

2 comments:

Puan Seri said...

me likey.."jgn sesekali kata penat ibarat kita tutup pintu pahala"

finiey said...

setiap langkah kita kan pahala. kalau niat mengajar kerana Allah :)

link bersangkutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...