Saturday, May 7, 2011

Aktiviti : Karnival Sukan Tradisional

Semalam telah berlansungnya
Karnival Sukan Tradisional kelolaan PISMP semester 5.

karnival tersebut bermula jam 230 petang.
dan tamat jam 630 petang.
dirasmikan oleh Tn HJ Abu Bakar bin Sahari
Timbalan Pengarah Pengurusan 
IPG Kampus Temenggong Ibrahim

untuk karnival ini,
Semua siswa guru semester 5 dibahagikan tugas.
saya pula bertugas untuk AJK makanan.

peserta yang terlibat adalah :
pismp sem 3 kelas PJ
pismp sem 3 kelas Bm
pismp sem 3 kelas RBT1+2

Antara permainan yang dijalankan adalah :
ketinting,
tarik upih,
lari dalam guni,
kabaddi (permainan orang india)
terompah tempurung
sepak raga
baling tin

antara semua permainan, 
mesty ramai yang tak tahu apa itu permainan Kabaddi kan.

kat sini nak terangkan bagaimana nak main permainan ni.

 PERMAINAN KABADDI
  1. Setiap pasukan terdiri daripada minimum 10 dan maksimum 12 pemain. Tujuh pemain sahaja akan bermain  di gelanggang.
  2. Sekiranya pasukan tidak mencukupi tujuh pemain, pasukan lawan akan menang tanpa bertanding.
  3. Masa perlawanan adalah seperti berikut:
  • Lelaki : 20minit/ 5minit/20 minit              - (45 minit)
  • Perempuan :15minit/5 minit/15minit     - (35 minit)

(5    minit- masa rehat untuk setiap perlawanan
  1. Para pemain diwajibkan memakai kasut semasa bermain.
  2. Para pemain tidak dibenarkan sama sekali memakai barang-barang yang membahayakan pemain lain (anting, rantai,gelang).
CARA PERMAINAN KABADDI
  1. Terdiri daripada dua pasukan yang mempunyai 7 orang pemain.
  2. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya.
  3. Pemain yang harus menyebut “kabaddi” selama berada di kawasan pihak lawan.
  4. Setiap pemain hanya diberikan I minit (60 saat) untuk bermain di kawasan pihak lawan.
  5.  Pemain yang telah disentuh akan terkeluar .Pasukan lawannya akan mendapat satu mata dan mendapat  seorang pemain dalam gelanggannya(sekiranya ada pemain mati).
  6. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain untuk menangkap pihak penyerang.
  7. Manakala si penyerang ditangkap dan dijatuhkan sampai kehabisan nafas, bererti si penyerang tersebut keluar.pasukan pertahanan dapat satu mata serta seorang pemainnya akan dimasukkan ke dalam gelanggang sekiranya terdapat pemain yang mati.
  8. Pemain yang mengambil bonus akan mendapat satu mata.(Bonus hanya boleh diambil apabila ada 6 atau 7 pemain)
  9. Sekiranya mengosongkan mana-mana gelanggang, pihak lawannya akan mendapat lona(2 mata).
10.  Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang






antara permainan tradisional yang telah diajalankan.


kabaddi pun ada juga 

lelaki duduk.
perempuan tarik.
gagahnya :)

Ayunya main ketinting :)

Eh tetibe.
Ini pakaian pegawai untuk semalam.
wiwit !

4 comments:

Ila Aqilah said...

teringat time kitorangnye karnival permainan tradisional! thee..besh! kenangan ni :)

aien.. said...

waaa..ade sy la..huhu..
mmgla kk fini..keayuan msti dijge sentise..=P

Azam Sad said...

sedih sebab tak dapat masuk pertandingan nie...nak masuk tapi penyertaan terhad kepada 10 orang je...T.T

finiey said...

ka qilah : rasa macam dah tua. sebab dulu class fini yang masuk. n menang macam2..hihi..
Aien : ada ada.. ayu.. i loike :)
Azam : oh takpe. tahun depan ada lagi..boleh masuk n kumpul adiah banyak2.. boleh kongsi..

link bersangkutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...