Tuesday, March 29, 2011

Minggu kedua dan hari kedua praktikum.

 Praktikum pertama.
ini adalah praktikum pertama.
Sangat mencabar.
baru minggu pertama dah banyak benda yang berlaku.
Alhamdulillah minggu kedua ni dah ok.
Tenkiu umi abah bagi semangat.
Muaah ! lap u both.

ini gambar praktikum hari ini.
dapat kelas ganti untuk darjah2.
aktiviti seperti biasa. 
Mari Melukis !
apa lagi. mintak dorang lukis gambar cikgu dari kacamata dorang yang suci ni.
hua hua.

Ada yang tanya.
saya tak reti lukis gambar cikgu.
saya nak lukis labah labah.
saya nak lukis istana.
saya nak lukis gambar cikgu pegang pedang
saya nak lukis gambar ikan macam tu.

bila suma da siap suruh minta cerita sikit apa yang dorang dah lukis.
mula mula semua malu malu.
bila sorang dah bentang dan bagi cekelat,
 suma nak bentang sebab nak cekelat cikgu bagi.
sampai suruh cikgu datang balik kat kelas sambung melukis lagi.
oh tak boleh.
nanti habis cekelat bg kat kelas kamu je. :)

sama tak dengan gambar kat atas ? 
kiut sangat dorang lukis !
ni lukisan tempat pertama.


Ganti ganti jugak.
kelas jangan lupa.
Baiklah.
kelas dah mula projek elektronik (pengelip)
oleh yang demikian, ticernye kene buat dulu lah kan.
mula mula tak nyala.
lepas tu tak nyala sebelah.
lepas tu menyala tapi tak mengelip *kene mengelip sebab ini projek pengelip
lepas tak mengelip.
kelip kelip mata pulak. napa la jadi macam ni.
tak puas hati sebab tak menjadi, 
balik bilik, 
tukar perintang, tukar kutub tukar LED.
Tadaa !
akhirnya,
setelah lebih 5 kali percubaan. berkelip jugak lampu ini.
teruja sangat sampai terus amik Henfon siap buat video.
sampai pusing satu belok ni tunjuk kat suma orang yang ticer ni pandai buat lampu pengelip.
isk isk.

Saturday, March 26, 2011

QOUTES : kunci keburukan



Jauhilah olehmu sifat MALAS dan banyak MENGELUH, 
karena sesungguhnya kedua sifat tersebut 

merupakan kunci dari segala keburukan. 

Sesungguhnya jika engkau MALAS,
maka engkau tidak akan MAMPU melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak MENGELUH,
maka engkau tidak akan SABAR dalam melaksanakan kewajibanmu.

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin Ali bin Abi Thalib)

Friday, March 25, 2011

AKTIVITI : Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sg Pahang 2011 (edisi 2)

Dapat juga saya berakit di Sungai Pahang :)
tengoklah cerita kami. banyak lagi gambar nak uplod sebenarnya tapi terpaksa tunggu gambar dari rakan.


perhentian

memulakan ekspedisi berakit


sebelah kiri adalah rakit dari institut dengan membawa nama 'Wira Temenggong'

LAPORAN EKSPEDISI BERAKIT

Pengenalan
Ekspedisi ini telah bermula pada 9 Mac 2011 di Kg. Chenor, Maran dan berakhir di Bandar Pekan, Pahang pada 12 Mac 2011 yang lalu. Acara separuh lasak ini telah mengambil masa selama 4 hari 3 malam dengan jarak perjalanan lebih kurang 111 km. Sebanyak 3 buah kampung telah menjadi hentian ekspedisi berakit ini iaitu Kg. Serenkam, Kg. Pulau Manis dan Kg.Pulau Keladi. Acara tahunan ini telah dianjurkan oleh Tourism Pahang dengan kerjasama oleh Jabatan Pengairan dan Saliran dan juga Majlis Daerah Maran, Pahang.
Hari pertama
Kami bergerak jam 8 pagi dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim dengan menaiki van institut. Perjalanan yang mengambil masa kira kira 6 jam itu berakhir apabila kami sampai di tempat pendaftaran. Tidak sukar mencari tempat pendaftaran kerana terdapat banyak banner yang diletakkan sepanjang jalan.  Sesudah sampai dalam jam 3 petang, kami mendaftarkan diri dan mengambil barang barang yang telah dibekalkan seperti baju tshirt, makanan, dan lain lain. Kami membahagikan pelajar kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan akan menghias rakit dan kumpulan lain akan mendirikan khemah di tapak yag telah disediakan. Agak sukar mengangkat barang kerana hanya kami berenam kerana kami tiada pasukan sokongan yang membantu. Selepas siap menghias rakit, kami tidur awal kerana esok pagi kami akan memulakan ekspedisi. Malam ini terdapat aktiviti berkaraoke di Pekan Chenor ini

Hari ke-2
            Kami bangun seawal jam 6 pagi untuk solat, mengemas barang dan makan pagi. Kami dibantu oleh wakit daripada IPG Kampus Pendidikan Islam yang diwakili leh pensyarah mereka sendiri dari Jabatan Gerko. Mereka membantu kami mengangkat barang menggunakan van mereka ke Kg Serengkam. Selepas itu, kami dikehendaki majlis perasmian. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Ke bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.Kami mula berakit pada jam 8 pagi. Kami mula berakit dari Pekan Chenor ke Kg Serengkam. Perjalanan sejauh 38 km mengambil masa 8-9 jam.  Dengan semnagat ‘Wira Temenggong’ yang dibawa, kami berjaya berakit tanpa dibantu oleg bo laju untuk menarik kami. Walaupun kami adalah kumpulan terakhir yang sampai, perasaan dapat berakit amat gembira. Ini kerana banyak rakit yang terpaksa ditarik kerana penat dan sebagainya. Sesudah sampai, kami mendirikan khemah di tapak perkhemahan. Pada malam itu, tangan kami sakit sakit kerana seharian berakit tanpa henti. Hanya mintak panas sahaja yang dapat disapukan. Salah seorang ahli rakit kami mengalami sakit tangan yang teruk menyebabkan dia terpaksa diurut oleh rakannya kerana pasukan medic tiada di sana. Hanya pasukan RELA sahaja yang bertugas.
Hari ke-3
Sakit tangan yang dialami berkurangan kerana rehat yang cukup di malamnya. Selepas pengurusan diri dan makan pagi, ekspediri ini diteruskan dari Kg Serengkam ke Kg Pulau Manis. Perjalanan hari ini lebih panjang iaitu sejauh 45 kilometer. Perjalanan ini sangat memenatkan kerana kami berakit dari jam 9 pagi hingga jam 730 malam tanpa henti. Walau bagaimanapun, kami tersenarai dalam rakit yang tidak ditarik dari garisan permulaan zon perlumbaan ke checkpoint untuk tamat zon perlumbaan. Pada 5 kilometer terakhir, masing masing penat dan mengalami sakit tangan yang menyebabkan kami ditarik pada 5 kilometer terakhir. Selepas sampai, kami telah ditunggu oleh pasukan sokongan IPGPIS iaitu penyarah untuk membawa kami mandi dan solat. Jasa mereka sangat banyak kerana mereka sanggup membawa barang, mendirikan khemah, dan membawa kami mengambil makanan, mandi dan makan. Kami membayangkan jika tiada mereka, kami akan tidur dalam keadaan basah kerana pada malam itu hujan. Meraka membantu kami mendirikan khemah di pusat penempatan banjir di sama yang mempunyai atap, menyebabkan kami terhindar dari terkena hujan. Selain itu di sana juga terdapat air kerana di sekolah yang sepatutnya kami mendirikan khemah, tidak terdapat air. Kami sempat berkenalan dan berbual seketika kerana semua sudah penat. Di kampung ini dan kampung sebelumnya, terdapat aktiviti berkaraoke tetapi kami sudah terlelap disebabkan terlalu penat  dan mengantuk.
Hari ke 4
Ekspedisi diteruskan dengan perjalan sejauh 35 kilometer. Perjalan sepanjang hari ini sukar kerana hujan speanjang perjalanan. Arus yang deras dan angin meyebabkan kami sekar mengawal rakit menyebabkan rakit kami hampir terkandas di tebing. Pada hari ini, kami berakit dan sampai dalam jam 4 petang di kampung Pulau Keladi. Kami disambut dengan kuih dan kopi yang disediakan oleh orang kampung. Makanan kami pada setiap malam disediakan oleh penduduk kampung. Setiap malam, kami dihidangakn dnegan daging kambing. Kami tidak menjumpai hidangan ayam atau lembu. Makanan bagi semua kampung sedap mungkin kerana kami terlalu lapar dan letih. Makanan tengahari pada hari ini dan hari sebelumnya juga diberikan menggunakan bot laju yang menghantar makanan menggunakan bot lagu dari rakit ke rakit. Pengalaman makan di atas rakit bersama sama memang tidak dapat dilupakan kerana kami tidak pernah menyertai aktiviti seperti ini.
Hari ke-5
Ini adalah hari terakhir dan kami masih bersemangat untuk meneruskan ekspedisi ini. sebelum bergerak, pihak penganjur mengumumkan kedudukan rakit yang sampai. Kami mendapat tempat 35 daripada 59 rakit yang dipertandingkan. Kami rasa ini adalah satu pencapaian yang memberansangkan kerana ini adalah pengalaman pertama kami. Hari ini ekspedisi berakit mengambil masa kurang 1 jam disebabkan hanya 5 kilometer sahaja perjalanan kami ke Pekan Bandar Diraja. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Sri Hj. Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia bersempena perasmian Hari Air Sedunia 2011 Peringkat Kebangsaan. Hadir sama di majlis penyampaian hadiah ialah Y.B Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Y.B Dato’ Douglas Unggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Y.A.B Dato’ Sri Diraja Hj. Adnan bin Hj. Yaakob, Menteri Besar Pahang. Pemenang tempat pertama telah berjaya membawa pulang Piala Anugerah Tok Bahaman, Ekspedisi Berakit Sg. Pahang, wang tunai RM2,000.00 dan juga sijil penyertaan.Sebelum pulang, kami bersalam salaman dan mengucapkan terima kasih dengan orang yang banyak membantu kami iaitu pensyarah IPGKPIS. Kami tidak dapat membayangkan tanpa pasukan sokongan mereka dan pensyarahnya. Kami berharap, pada ekspedisi yang seterusnya hendaklah membawa pasukan sokongan sekurangnya 2 orang yang akan menguruskan barang peserta yang berakit.  Kami berterima kasih kepada pihak institut terutama pengarah, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Unit kewangan kerana memberikan kami peluang menyertai aktiviti lasak ini dengan bantuan kewangan yang telah diberikan. Kami selamat sampai di institut pada jam 5 petang menaiki van institut
            


Tuesday, March 22, 2011

praktikum pertama

hani ini hari kedua ticer Fini datang sekolah.
sangat mencabar sebab tak de transport.
kalau nak naik teksi takkan nak minta cam ni
 "pakcik ! berenti kedai tu. saya nak beli barang. pakcik tunggu 2 jam" *takdelah samapi 2 jam. menipu sangat lah tu kan.
kalau nak tumpang orang pula rasa macam menyusahkan saja. nak jumpa lecturer la..
jadi nak taknak,
terpaksalah naik teksi.
baru dua hari dah tertekan dengan hal ni dan lain lain masalah sebagai ticer ni.

oh. bertabahlah ye. =.='

hop semester depan dapat pakai kereta.
rasa bukan kehendak dah buat masa ni.
tapi dah jadi keperluan.

siang malam fikir macammana nak pergi sekolah
dan nak beli barang untuk mengajar.

ok.
hari ni sudah mula mengajar dan kene pantau dengan guru pembimbing.
Kak Azlina.
walaupun dan buat RPH lebih 5 jam,
banyak juga kene conteng kat buku RPH tapi perkara biasa kot sebab hari pertama
dan ni kan praktikum pertama.

Esok kene prepare lagi.

budak budak susah nak kawal.
rasanya banyak lagi nak kene baiki.

tapi kalau budak keluar kelas suka haty kita nak buat macammana ?
nak kunci pintu? nanti semua tak boleh keluar.

terpaksa guna cokelat untuk bagi umpan supaya dengar cakap.
kamu bersopan lah ye.
kalau kamu bersopan, cikgu bagi banyak cokelat lagy ok.

td bawabanyak cokelat dalam beg.
sampai budak budak ni bisik bisik kat kawan dye
"cikgu beli banyak cokelat. beli berplastikplastik cokelat"
.
kat sini nak share sikit apa yang kita buat dengan murid.
kita bagi dia batch.
kiranya sapa yang paling baik, dengar kata, dia akan pakai batch ni untuk seminggu.

buruk ke.
tapi suka ladybird ni :)

oh bertahan untuk 4 minggu lagi. tolonglah.

tengs 4reading !

Friday, March 18, 2011

holiday : Fiesta Belon Udara Panas Antarabangasa Putrajaya

hari ni saye dan Umi pergi ke Fiesta Belon Udara Panas Antarabangasa Putrajaya di Presint 2. semalam tengok berita ada Doremon terbang.
ingatkan hari ni dapat tengok Doremon terbang.
sambil saye lambai lambai dari bawah 
konon konon Doremon boleh nak babai balik kat kau lah ye. Teehee 

Tapi Doremon hari ni penat dan secara tiba tiba menjadi kurus =.='
mungkin makan pil kurus berlebihan.
Oleh yang demikian, *skema pulak. dapat lah tengok ada beberapa belon saja yang berjaya dinaikkan.


kat sana bukan saja boleh naik belon udara panas.
tapi ada.
pertandingan mewarna.
paintball.
panjat batu kecik kecik tu.
masuk dalam bola. *tak tahulah main macammana. tengok macam main langgar langgar.

seterusnya !
cerita keluar dari tajuk : 

Esok sudah terpaksa balik JB.
wuu..
praktikum pula tu.
mesty lepas ni sebuk sangat uruskan RPH dan BBM.
kene beli makanan ringan banyak banyak. sebagai umpan kepada budak budak supaya dengar cakap :)
orang besar pun suka cekelat. 
budak budak lagi suka kan?kan?kan?
Petua yang berguna. hee

belon nak landing atas kepala Umi :)

tak dapat naik belon. dapat tangkap gambar banyak banyak pun boleh.





1st checkup adik Fathia (kantung kosong)

Tak tahu nak ceritakan dari mana. Genap usia Fathia 3 tahun, Ibu dapat tahu Fathia bakal menjadi kakak. Perangai Fathia pun lain macam s...