Saturday, December 31, 2011

Selamat Hari Sabtu

Hari ni jalan jalan pergi rumah kenduri 
sambil pakai inner satin baru. dan shawl yang kita beli masa di Kemboja tahun lepas. :)
inner ni beli kat sini 
yang shawl tu murah je kat kemboja. 
*kemboja memang barangnya murah.
kita beli 2 dollar lepas minta tawar :)

inner ni kite yang beli tapi my mom yang bayarkan.
Tengkiu umi.
Lap you :)

review kita ttg inner ni : 
inner ni cantik dan senang nak pakai,
lembut, tak keras.
suke inner yang melekap kat muke macamnie
inner ni skali dengan inner neck. 
so tak perlu risau sebab nampak leher.
sebab inner ni dah tolong tutupkan.
itu je.
papai ! :)



lepas makan kenduri kawin,
makan roti kat Deli France pule..
sukenya makan..

yeye ! 
nak pergi makan.






a glass of milk. nyummy :)








tart buahan.*strawberry, kiwi and bluberry jem*
makan sekali dah habis. 
tapi memang sedap.
kalau campak kat laut tu boleh berenang pergi kutip balik

Tuesday, December 27, 2011

malaikat kecil

Salam semua,

         “Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain

         Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”
         Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya.             DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
          Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
         Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
         Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
         “Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

Friday, December 16, 2011

maksud bacaan dalam solat

banyak cara yang boleh dilakukan bagi mencapai khusyuk dalam solat.

antaranya dengan memahami setiap maksud bacaan dalam solat.

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.


samasama kita beroleh  manfaat. amin.

Wednesday, December 14, 2011

jalanjalan Putrajaya


Hye!
Assalamualaikum  !
kali ni kite nak bawak kamukamukamu jalan kat Putrajaya.
cuke tak ! *hangguk cepat.

ok.
jom jom masuk kerete Pink.

kita jalanjalan bagi terbakar sikit lemaklemak ni. >.<"

bestnye..
angin nye pun cedap
*terbangterbang


siapa terbang tadi.
taktau taktau. :)

Umiku cyg.. ngee :)

tangkap gambar berdua pulak.
wiwit !

Bersama binatang kesayangan
yang tak payah bagi makanminum
cuma perlu bawak jalanjalan naik kereta je.

cruisecruisecruise !
sapa nak banje kite.
Phelisshh !


laut Putrajaya.
Im survive.

Diner.
1 udang, 1 nasik, 1 air untuk 2 ORANG :)
kite ngan mak kite memang suke kongsi kongsi.
memangla kata sweet.. kiki :))

jom lah ke Putrajaya :) 
orang kat sini memang suka jalanjalan petang

Monday, December 12, 2011

My sister Big E-Day

Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang:
"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." 
(Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai

Sayang ketat ketat kat girl of the day "Ili Syazwani"

Alhamdulillah,
semuanya berjalan lancar walau agak penat.
baru update post ni sebab sekarang ni baru boleh bezakan garfu dengan sudu. *haha. over tau

So, inilah petunangnya
comel kan.
comel tu bukan kite.
tapi kakak kite.
kalau kite, kite lari laju laju kat lif pastu tekan sendiri lee..

to both of you :
"semoga bahagia hingga jinjang pelamin, seterusnya ke anak cucu. amin" :)


Muka ada sama sama sikit kan kan kan kan :)
bagai pinang dicincang duapuluh satu pun tetap sama jek :p

ini lah hantaran dari pihak perempuan.
semua buat sendiri.

saya diapit kazen yang muda muda. so secara automatiknya, saya terasa saya pun mude jugaklah.. mau mau:)
*maafle..tudung tak rupa orang dah.

tempat sarung cincin. 

rombongan pihak lelaki selamat sampai.


muka "lip lap" sarung cincin.

Her engaged dress of the day.



dah sarung cincin kenelah kish kish sikit.
muahh !


p/s : cedihnye takde pikcer dengan petunang kat pelamin yang tiyut tu. takpe tunggu kawen lah yee. yey !

Wednesday, December 7, 2011

DIY box

hye my name is Pis.
*kempis* actual name :)

Happy belated birthday kat satunya abang saye
Semoga panjang Umur dan Murah Rezeki yee :) 
i lap u .. ngee
*iki cepat balik ada adiah* kiki

so, for his prezent.
i gave him tis 
.
.
.
.
.




box.
apa pendapat korang tengok box ni?
bored?
Simple?
Pudar?
yes.
itu yang kite nak dengar.

tapi sekarang tak lagi.
Box ni dah jadi kotak yang paling cantik di dunia *overnya :)

.
.
.

cantik kan ?
siap ada nama Iki,
love love,
munge munge
tiyutnye..* ni adiah untuk diri sendiri ke untuk iki ni ?

bahan-bahannya : 


kain felt yang dah gunting alphabet


gam panas.

dan sedikit kreativiti :)
done !

susah jugak kalau budak dah terlebih kretif.
sume bende dye nak tukar.
termasuklah 
.
.



phone case ni.



caranya : 
kain tunang kakak kite yang lebih,
kite potong cantikcantik keliling bunga.
then glu dekat phone case 
siap !

*see, senang je boleh dapat barang yang takde jual kat kedai :)

ni rupa dulu dye.
tanpa hiasan.
*google*

link bersangkutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...