Wednesday, May 26, 2010

masa

Dengan tugas seorang pelajar + seorang JPP agak berat bagi ku.. lagi pula, sekarang ney adalah minggu exam.. tambah dengan aktiviti yang perlu pula diuruskan. Nk study sambil jalankan tanggungjawab..mmg ajak membebankan... tp ini lah tanggungjawab yang perlu saya jalankan. yang telah diamanahkan.

Masa cuty terpaksa dikorbankan. Masa peribadi terpaksa dipinjam. Masa kuliah terpaksa dicuri.

*bile nk balik.. umi rindu..

ayat yang biasa didengar tapi cukup untuk membuatkan aku tergesa-gesa nk balik. nak menjengok mak ayah..tp apakan daya. ada hal yang masih belum diselesaikan. tanggungjawab. tugas. semua tu perlu diambilkira.

Namun masih ada segelintir yang masih menggangap diri ini lemah dan tidak berguna. Jika boleh, aku ingin tukarkan tempat dengan mereka. Tengok langit tinggi dan rendah. Mampukah mereka nk uruskan? bukan membangga diri cuma kite perlu munasabah diri. Masih menyalahkan orang lain tetapi diri sendiri masih serba kekurangan. Alhamdullilah walau sibuk manapun, masih sempat mencari masa untuk bersamaNya. Masih sempat merayu, menangis supaya ditenangkan hati ini dan dipermudahkan urusan.

Ibarat nampak kuman di seberang sungai. Tetapi gajah di depan mata tidak nampak.


Kadang kadang terasa diri ini tak mampu nk melangkah walaupun 1 langkah. Dengan sisa semangat yang masih lagi berbaki, hidup dan tanggungajwab ni cuba jugak diteruskan. S0 untuk munasabah diri ini..saya ingin berkongsi cerita dengan anda tentang masa:

*sama-sama kita hayati dan renungkan (^^)v

___________________________________________________________

Seorang pensyarah di Kolej Safir yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan.

Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh. Kemudian, Dr. Izwan bertanya, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". Para pelajarnya menjawab, "Ya, balang kaca itu sudah penuh".

Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan bertanya lagi,"Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya", jawab para pelajarnya.

Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca tersebut. Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi,, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya", jawab para pelajarnya yang nampaknya agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan.

Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca tersebut dengan air kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil. Suasana di dalam dewan kuliah mula hingar-bingar seketika. Dr. Izwan sambil tersenyum sinis bertanya,"Adakah balang kaca ini sudah penuh?. Para pelajarnya menjawab, "Ya, sudah penuh".

Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil bangun dan bertanya,"Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?". "Baiklah saya akan terangkan sebabnya... balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kamu seperti agama kamu, amal ibadah, pelajaran, ibubapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kamu tetap juga penuh. Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kamu seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan kamu", jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.

"Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan remeh... pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat", Dr. Izwan menyambung.

Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, "Habis... air kopi tu melambang apa pula?". Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu semua, ketahuilah bahawa kamu masih lagi punya waktu untuk minum secawan kopi bersama ibubapamu.

Wahai kawan-kawanku sekalian... jika anda berasa kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga anda merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup... sebenarnya anda silap! Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati... tentukan yang mana satukah prioriti. Jangan lupa fahami sedalam-dalamnya tafsiran surah Al-'Asr!!!.

* sem0ga boleh dijadikan panduan. InsyaAllah (:

Saturday, May 22, 2010

exam..


seperti biasa, n0w is exam week + study week.
mesty sume org tgh sebok studying, eating, dating etc..
me?
writing lar..Hehe!
pernah tak time2 macam ney, k0rang dijangkiti satu penyakit iaitu MALAS ?

Allah berfirman dalam Surah Ar-Ra'd (13:11):

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

Mean, kita ada pilihan samada nak malas atau nak rajen..Terpulang pada kita. Kita sendiri yang tentukan. anda macammana?


Dalam konteks perasaan malas, saye cadangkan we can start a few easy steps :

1) Fikirkan secara positif bahawa anda tidak malas dan hendak menjadi rajin.


2) Setiap kali selepas bangun dari tidur, yakinkan diri bahawa anda akan lakukan tugasan-tugasan.
(Contoh: basuh baju, siapkan tugasan...).Anda boleh membuat bayangan minda bahawa anda akan melakukan tugasan itu.

3) Sentiasa cabar diri.

Kadangkala saya gunakan pendekatan ini bila rasa nafsu malas sudah berada di tahap kritikal. Cuba cabar diri sendiri contoh: Kalau kau (nama sendiri) tak siapkan juga tugas ni, maksudnya memang la aku tidak tahu bersyukur, jadi sebagai denda, kurangkan masa 1 jam untuk tengok tv dan tambah sejam lagi untuk siapkan tugas). Ini hanya sebagai contoh, kadangkala manusia boleh jadi terkehadapan dengan cabaran dan tekanan pada diri.

4) Banyakkan muhasabah mengapa kita dibelenggu sifat malas.

Mungkinkah kita banyak melakukan dosa-dosa kecil atau besar hingga Allah tutup hati kita untuk membuat kebaikan? Adakah kita kurang merancang kehidupan hatta untuk sehari pun? Ingatlah setaip dosa menambah satu titik hitam dalam hati kita.
5) Mohon doa yang berpanjangan kepada Allah supaya dijauhkan sifat malas ini.

Seperti salah satu doa yang biasanya dibaca semasa membaca Al-Mathurat (himpunan doa-doa yang digalakkan untuk dibaca pada waktu pagi dan petang) iaitu maksudnya:

"Allahumma, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan; dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil; dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"

Jadi, marilah kita bersama2 sama berubah. berubah kerana Allah. InsyaAllah semua apa yang kita lakukan dapat manfaat dan redhaNya. InsyaAllah..


seribu langkah bermula dengan langkah pertama..

*ingatan untuk diri ini juge... (^^)v

Thursday, May 20, 2010

Alhamdulillah.


Alhamdullillah syukur ke hadrat illahi dapat juga saye menyiapkan blog saye ini..

*cam refleksi esaimen pule. Hehe!

1st 0f all, nk tw kenapa letak ice cream and c0la? even b0th adalah junk funk serta xmenyihatkan, tp ada perbezaan antara kedua-dua junkf0d ini..
sebab ice cweam adalah mkanan paling kite suke n c0la adalah minuman yang kite xske.

sm0ga kita dapat memanfaatkan bl0g ini untuk kebaikan bersama. Bukan sahaja untuk hiburan malahan untuk renungan dan motivasi kepada anda.

saye suke bagi kata hikmah kat kawan untuk ingatan kepada semua

*termasuk kite juge! (:


"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

*s0ry ayat xberapa bt0l n agak skema..Hehe! amateur baru..



bl0g ney mungkin bukan bl0g yang paling cantik n paling best yg penah anda tgk, tp insyaAllah byk ilmu yang anda akan dapat and kite b0leh manfaatkan bersama.. InsyaAllah (:




1st checkup adik Fathia (kantung kosong)

Tak tahu nak ceritakan dari mana. Genap usia Fathia 3 tahun, Ibu dapat tahu Fathia bakal menjadi kakak. Perangai Fathia pun lain macam s...