Saturday, May 22, 2010

exam..


seperti biasa, n0w is exam week + study week.
mesty sume org tgh sebok studying, eating, dating etc..
me?
writing lar..Hehe!
pernah tak time2 macam ney, k0rang dijangkiti satu penyakit iaitu MALAS ?

Allah berfirman dalam Surah Ar-Ra'd (13:11):

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

Mean, kita ada pilihan samada nak malas atau nak rajen..Terpulang pada kita. Kita sendiri yang tentukan. anda macammana?


Dalam konteks perasaan malas, saye cadangkan we can start a few easy steps :

1) Fikirkan secara positif bahawa anda tidak malas dan hendak menjadi rajin.


2) Setiap kali selepas bangun dari tidur, yakinkan diri bahawa anda akan lakukan tugasan-tugasan.
(Contoh: basuh baju, siapkan tugasan...).Anda boleh membuat bayangan minda bahawa anda akan melakukan tugasan itu.

3) Sentiasa cabar diri.

Kadangkala saya gunakan pendekatan ini bila rasa nafsu malas sudah berada di tahap kritikal. Cuba cabar diri sendiri contoh: Kalau kau (nama sendiri) tak siapkan juga tugas ni, maksudnya memang la aku tidak tahu bersyukur, jadi sebagai denda, kurangkan masa 1 jam untuk tengok tv dan tambah sejam lagi untuk siapkan tugas). Ini hanya sebagai contoh, kadangkala manusia boleh jadi terkehadapan dengan cabaran dan tekanan pada diri.

4) Banyakkan muhasabah mengapa kita dibelenggu sifat malas.

Mungkinkah kita banyak melakukan dosa-dosa kecil atau besar hingga Allah tutup hati kita untuk membuat kebaikan? Adakah kita kurang merancang kehidupan hatta untuk sehari pun? Ingatlah setaip dosa menambah satu titik hitam dalam hati kita.
5) Mohon doa yang berpanjangan kepada Allah supaya dijauhkan sifat malas ini.

Seperti salah satu doa yang biasanya dibaca semasa membaca Al-Mathurat (himpunan doa-doa yang digalakkan untuk dibaca pada waktu pagi dan petang) iaitu maksudnya:

"Allahumma, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan; dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil; dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"

Jadi, marilah kita bersama2 sama berubah. berubah kerana Allah. InsyaAllah semua apa yang kita lakukan dapat manfaat dan redhaNya. InsyaAllah..


seribu langkah bermula dengan langkah pertama..

*ingatan untuk diri ini juge... (^^)v

1 comment:

TUN TIJAH said...

Salam..........da ada blog sendiri ekk. Bleh nak link ke.
MALAS...bagus topik ni. Ummi pun slalu rasa malas. Tapi malas ini sangat merugikan...

1st checkup adik Fathia (kantung kosong)

Tak tahu nak ceritakan dari mana. Genap usia Fathia 3 tahun, Ibu dapat tahu Fathia bakal menjadi kakak. Perangai Fathia pun lain macam s...