Saturday, February 23, 2013

Ekspo Buku Islam Putrajaya 2013

pada hari kita nak buat statement untuk gaji di Maybank,
tetiba ternampak banner ekspo buku.

terus rasa nak lompat lompat sebab teruja sangat.
ekspo ni pertama kali kita pergi kat Putrajaya.
kalau tak datang kat Maybank tu mesty tak tau =.= 

bila selesai urusan statement tu,
kita lari lajulaju ke Dewan Cempaka Sari.

masuk masuk terus rambang mata
sebab banyak sangat buku.
yeha! 

rasa macam taknak keluar dari tempat tu. *pegang pintu

kenapa korang kene pergi ekspo ni?

ini antara ekspo buku terbesar di tanah air yang pernah diadakan 

banyak kemudahan.
contohnya banyak tempat parking terutama belakang Maybank dan Masjid besi.
kalau tak cukup duit,
cucuk je kad kat dinding bangunan Maybank tu.
boleh beli buku banyakbanyak

dan yang penting
dapat diskaun ! 

saya bersama buku buku yang telah diborong.
tak cukup buku di tangan,
dalam beg tu ada lagi buku yang dah beli ^^





jom jom ! 

tak rugi beli buku ^^



Tuesday, February 19, 2013

DIY Car Tissue Holder


hari ini projek felt yang dah dibuat adalah tissue holder 
versi kereta.

asik asik yang tecik je
ini kita buat yang besa kebambom.
baru puas hati.

untuk buat projek ni, 
kene guna tali yang boleh tarik tarik tu
kain felt 
dan bunga bunga.

bunga ni susah nak dapat warna comel macam ni.
ni pun beli kat ipoh.
kat putrajaya memang tak jumpa lah benda ni.
bangunan and pokok bunga banyak lah kat putrajaya ^^

projek ni dah lama siap.
maklumkan diri ini sekarang kerja sambilan.
3 bulan sebagai guru ganti Prasekolah.

jadi masa diisi dengan memikirkan apa aktiviti nak buat esok 
dan sesi mendownload lagu kanak kanak ^^

sekarang marilah kita beramai ramai dalam barisan *macam pra pulak
untuk melihat projek Tissue holder versi kebambom.

kita guna warna baby blue dan pink.
dan sedikit manik

kain felt beli di Daiso. 


sebelum letak manik

kan bertambah seri bila letak manik manik ni

ini lah gambaran bila dah letak kat kereta
lepas takde lah kelam kabut nak cari tisu

angkat tangan terus capai ^^

Tengs for reading ^^

Monday, February 18, 2013

DIY Owl Key Chain Holder

gembiranya hati bila dah dapat mesin jahit baru Singer.
nanti kita upload pikcer beby Singer kita ^^

Singer ni untuk gantikan mesin jahit kita yang tecik tu
yang kalau masa kita jahit tu rasa satu taman boleh dengar mesin jahit tu.
ketung ketang ! 

dengan adanya mesin jahit baru
makanya, mudahlah kita menjahit.
Miahaha ! ^^

ini projek pertama kita.
guna jahit biasa dan jahit zigzag. 
rasa nak jahit sume pakai  ziqzaq 

mesin jahit ni ada banyak corak.
ada 7 corak kesemuanya.

jom kita tengok hasilnya

ini template untuk buat muka burung hantu ! 



potong potong
jahit jahit
jadilah Si Burung Hantu yang supercomel ! ^^
jomlah kita bersama sama naik lif tekan sendiri







itu sahaja.
terima kasih baca 

Ps : takutnya nak temuduga SPP 5 Mac 2013 >< doakan saya ye kawan ^^





Sunday, February 17, 2013

Holiday Cameron Highland + Birthday

assalamualaikum.
walaupun cuty bulan 12 sudah lama berlalu,
masih lagi gagahkan diri nak update juga.
miahaha

pada 27 Januari 2013
kami sefamili 3 orang pergi berjalan di Cameron.

dulu masa duduk Ipoh selalu pergi Cameron.
ini dah duduk Putrajaya, dapat tengok kabus Cameron dari jauh je.. hikhik ! 

kami pun bergerak pagi sebab takut jem.
tapi memang setiap kali cuti pun memang akan jem kat sana. hehew

sampai dalam petang.
bila malam nak beli  makan pun dalam hujan.
sangat sejuk.
rasa nak cecah kaki kat toilet pun tak nak.
air masa tu adalah musuh ketat

Hotel yang kami duduk tu Hotel Rossa Passadena.
depan hotel ni kalau malam parkingnya penuh.
kalau siang memang banyak kosong.

kita orang cari makan pun senang. 
jalan kaki je pergi makan kat foodcourt 









dari tingkap bilik kami ^^

kan. sentiasa hujan sampai malam. Grr..

subuh esoknya,
umi ngan abah nyanyikan lagu Negaraku. eh. lagu Happy birthday.
kebetulan naik tu hari jadi saya ! *tepuktangan

so ini adalah pertama kali sambut birthday kat tempat tinggi 
selain kat hostel yang ada tingkat 3 tu.

jadi di hari yang berbahagia ni.
kami pun berjalan jalan sekitar cameron.
dapatlah makan icecream strawberry, strawberry cekelat dan keychain starwberry.
untuk bawak balik hanya keychain strawberry 
sebab kalau buah strawberry nanti tak sedap dah kalau makan kat bawah.
kene makan kat sana baru sedap *jilat lidi dan bekas icecream hingga licin


muka bahagia dengan umur yang semakin meningkat ^^

Hadiah daripada Umi and Abah.
pergi mencari Rila sampai Teluk Intan. Weehee ! 
masuk je kereta Rila ni penuhkan semua tempat duduk.

strawberrycoklat. sedap sangat ! 

Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk hidup
hingga 24 tahun ini.
semoga kita dapat  menjadi muslimah,
 berjaya dalam hidup dan akhirat
dikurniakan rezeki umur dan kesihatan yang baik.
InsyaAllah. 
Amin.

Bye ! 
Assalamualaikum ^^

link bersangkutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...