Wednesday, November 13, 2013

Tutorial wide shawl

kali ni nak share macam mana nak pakai wide shawl..
sekarang memang  trend wide shawl sebab belit belit pun masih boleh tutup bahagian dada.
love it : )

tutorial ni bukan kita yang buat. thehee..
just nak share macamana nak lilit jenis wide shawl.
dapat video ni dari you tube by Fiza. 
tengs Fiza ! ^^


Monday, November 4, 2013

Amani Ar Zahrah

 Hye ! 
Assalamualaikum.

Nama saya Amani ! 
Atok Opah Maksu selalu panggil saya Amira, Amanda, Imani, Iman, Sinchan, Ulat beluncas *last tu Maksu saya tambah sendiri. hihik
tapi saya tak kesah.
sebab saya sayang mereka.
Muahh !

sekarang saya suka kene pelok.
kalau ada orang pelok saya,
saya tutup mata rapat rapat.
*pura pura tido
lepas tu jeling jeling pastikan ada orang sebelah saya.

kalau dorang letak saya,
saya akan kayuh lajulaju.
*mintak dukung lah tu : p

maksu rajin.
suka bagi saya cantik.
lalu dia buatkan saya headband purple ni.
dia jahit guna tangan dia.
*yela. takkan guna kaki.
kalau nak beli, sila pergi FB, search Nur Affini tau 
*promote ni. mata berkaca kaca. thehee!

tapi saya tak boleh pakai lagi sebab kepala saya kecik.
headband besar.
jadi untuk tak kecilkan hati Maksu, 
saya pakai dalam rumah je *sambil senyum senget senget.. hihik

gambar kat bawah ni Maksu yang sangat masam 
baru balik sekolah
dia balik sekolah terus
bagi salam,
cium saya,
pelok saya bawak tangkap gambar.

saya sayang maksu saya so saya layankan aje.
tapi saya letih sangat.
*letih tido

sebab tu semua gambar saya tutup mata
Sorry Maksu.

tapi,
saya tetap sayang Maksu tau !

bye. lots of love. muahh !
Assalam.












SKDT : Bengkel Mengecap Batik


Assalamualaikum kesayangan
dah lama tak update.
*kalau update ada orang baca ke. wuu

alhamdulillah. 
dah bergelar seorang GURU
di SK Desa Tasik, Kuala Lumpur.

edisi guru baharu nanti.
ini edisi kreatif menconteng kertas lukisan
dengan lilin.
thehee !

bengkel ni sebenarnya aktiviti budak intership dekat
sekolah kita ni.
jadi apa lagi. 
terus join laju laju.

nasiblah dapat cikgu tak pernah mengecap batik sendiri.
selalu tengok dari jauh. *nyorok belakang pokok kelapa

banyak lukisan yang terhasil.
kita sorang je buat corak ikan.
lain seua buat corak tumbuhan.

err, kalau buat kain batik corak ikan ada orang nak pakai ke?
*geleng geleng
  











kalau korang tengok ada lima orang kan satu gambar.
haa ! 
itulah cikgu yang baru posting sama sama. 
blur sama sama. thehee!

Sayang korang ! 

1st checkup adik Fathia (kantung kosong)

Tak tahu nak ceritakan dari mana. Genap usia Fathia 3 tahun, Ibu dapat tahu Fathia bakal menjadi kakak. Perangai Fathia pun lain macam s...