Monday, March 25, 2013

DIY RPH Cover

nampaknya hampir 2 bulan daku sudah menjadi guru ganti
di SK Putrajaya Presint 18(1)
sebagai guru prasekolah.

suka dengan gelagat budak budak yang memang sangat sangat sangat sangat comel.
walaupun nakal, tetap ada manisnya.
sampaikan kalau satu tahap
tetibe tepuk tepuk dahi,
gelak sorang sorang.

pagi pagi datang sekolah,
"cikgu2 ! semalam saya pegi Kedah lepas tu pergi Johor.. lepas tu.. bla bla"
"cikgu saya datang awal dari cikgu. selalu cikgu datang dulu" *sambil buat muka kiut.

then ada sorang budak ni suka pegang pipi cikgunya sambil kata "cikgu cantik" ! 
*sambil lompat lompat nak pegang pipi

walau mana mana kita pergi,
orang akan panggil cikgu.
sampai maty orang panggil cikgu ^^
itu lainnya cikgu.

walaupun gajinya hanya RM 43.00 ringgit saja.
ikut hari pula tu.
tapi tetapkan niat dalam haty.
nilai tu hanya nampak pada dunia sahaja.
tapi pada akhirat kita dah terbayang banyak pohon pohon kebaikan.
dalam mendidik umat nabi Adam ini ^^

ok. lari tajuk !
miahaha. tak tetap pendirian betul budak ni.

baiklah.
berbalik kepada tajuk utama
jadi sebagai guru, buku RPH ibarat nyawa.
kegagalan sedia dokumen ni merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, sesorang itu boleh didenda tidak kurang daripada RM500 - berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan)1997 (P.U.A.531) *duit melayanglayang

jadi memang kena bawa ke mana sahaja. *kalau boleh nak tidur pun pelok
jadi memang haruslah buku RPH ni dibuat cover supaya mudah untuk kita bawa ke sana ke mari *berjalan dengan riang gembira

jadi kat bawah ni kita ada buat cover buku RPH kita.
siap ada poket kecik kat depan.
and ada pelekat supaya boleh tutup buku RPH dengan kemas.
selalu kalau orang on9 buat takda pun pelekat ni.
jadi nampak lain sikit lah dengan orang lain ^^








*gambar selingan*
bersama Aishah. 
sangat sangat sangat sangat pandai mewarna ^^ *warna pekat pekat

tengs for reading ^^

5 comments:

Rina Ellisa said...

nice dear :)

selamat mjdi cikgu pada ank2 murid mu :)

ELeEa said...

cikgu mmg comel...patut ank murid sayang =)

Nur Affini said...

Rina Ellisa : tq dear ^^ insyaAllah
Eleea : anak murid lagy comel ^^

Mila@Rimbun said...

Salam Affini, boleh tak nak dapatkan saiz RPH ni? ingatnya nak buatkan satu untuk cikgu kelas anak utk hari guru akan datang nih

Mila@Rimbun said...

Salam Affini, boleh tak nak dapatkan saiz RPH ni? ingatnya nak buatkan satu untuk cikgu kelas anak utk hari guru akan datang nih

link bersangkutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...