assalamualaikum.
walaupun cuty bulan 12 sudah lama berlalu,
masih lagi gagahkan diri nak update juga.
miahaha
pada 27 Januari 2013
kami sefamili 3 orang pergi berjalan di Cameron.
dulu masa duduk Ipoh selalu pergi Cameron.
ini dah duduk Putrajaya, dapat tengok kabus Cameron dari jauh je.. hikhik !
kami pun bergerak pagi sebab takut jem.
tapi memang setiap kali cuti pun memang akan jem kat sana. hehew
sampai dalam petang.
bila malam nak beli makan pun dalam hujan.
sangat sejuk.
rasa nak cecah kaki kat toilet pun tak nak.
air masa tu adalah musuh ketat
Hotel yang kami duduk tu Hotel Rossa Passadena.
depan hotel ni kalau malam parkingnya penuh.
kalau siang memang banyak kosong.
kita orang cari makan pun senang.
jalan kaki je pergi makan kat foodcourt
dari tingkap bilik kami ^^
kan. sentiasa hujan sampai malam. Grr..
subuh esoknya,
umi ngan abah nyanyikan lagu Negaraku. eh. lagu Happy birthday.
kebetulan naik tu hari jadi saya ! *tepuktangan
so ini adalah pertama kali sambut birthday kat tempat tinggi
selain kat hostel yang ada tingkat 3 tu.
jadi di hari yang berbahagia ni.
kami pun berjalan jalan sekitar cameron.
dapatlah makan icecream strawberry, strawberry cekelat dan keychain starwberry.
untuk bawak balik hanya keychain strawberry
sebab kalau buah strawberry nanti tak sedap dah kalau makan kat bawah.
kene makan kat sana baru sedap *jilat lidi dan bekas icecream hingga licin
muka bahagia dengan umur yang semakin meningkat ^^
Hadiah daripada Umi and Abah.
pergi mencari Rila sampai Teluk Intan. Weehee !
masuk je kereta Rila ni penuhkan semua tempat duduk.
strawberrycoklat. sedap sangat !
Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk hidup
hingga 24 tahun ini.
semoga kita dapat menjadi muslimah,
berjaya dalam hidup dan akhirat
dikurniakan rezeki umur dan kesihatan yang baik.
InsyaAllah.
Amin.
Bye !
Assalamualaikum ^^
3 comments:
nak rilakuma !!! arghh jeles baca entry ni sebab ade rilakuma tu :( .. btw, putrajaya presint berapa?
Smoga pertambahan amal soleh seiring dgn pertambahan usia :)
hihik ! sy presint 11. awk duduk putrajaya jugak ke MISS SUE? :)
Mohd Hafiz. insyaAllah
Post a Comment