Friday, May 17, 2019

1st checkup adik Fathia (kantung kosong)

Tak tahu nak ceritakan dari mana.

Genap usia Fathia 3 tahun,
Ibu dapat tahu Fathia bakal menjadi kakak.
Perangai Fathia pun lain macam sikit bila dapat tahu dia nak jadi kakak.

Untuk 2nd ni takde pergi scan awal awal.
Masa Fathia je bila dapat tahu 2 line, terus pergi klinik scan nak tengok betul ke tak.
Maybe anak pertama semua mcm tu kan. Hihi

Pada 24/4/19, pergi lah ke Klinik PPUKM di Bandar Sri permaisuri untuk buka buku
Bila nombor dipanggil, masuklah ke bilik doc
First, doc scan kata “too small, patut dah ada heartbeat”
“Sekarang patut dah 10 weeks patut dah ada hearbeat”
“Kejap ye sy panggil doc pakar sy.”
Then doc pakar pun datang untuk scan kali-2.
Tapi result nya sama.
Baby tak nampak. Nampak kantung sahaja.

Masa ni jantung dah tak tentu hala.
Sebab dahulu fathia semua ok.

Doc bagi 2 sebab je iaitu salah bagi date atau sebenarnya dah gugur tapi tak perasan.
Tapi doc tu tenangkan kita dengan cakap “ tapi belum miscarriage lagi ni sebab kantung awak nampak cantik je bulat. Tak ada lekuk lekuk.”
Ibu pun berharap macam tu.
Doa semoga Allah dapat pinjamkan dia lama lagi.


So doc pun bagi date lagi 2 minggu untuk second scan.
Klinik PPUKM tang bestnya, setiap kali kita checkup kita akan jumpa doc.
Layanan pun memang mesra sangat. Daripada guard depan pintu sampailah ke kakitangan, nurse & doc. Superb!
Kalau KK biasanya ada minggu tertentu je yg kita akan jumpa.
Most of all jumpa dengan nurse je.
Balik dari klinik rasa sedih terus beli icecream.
Alasan nak makan icecream konon lah tu. Hihi

Balik dari Klinik selepas ambil Fathia,
Ibu ceritakan semuanya kat ayah.
Ayah pun nervous bila dengar ibu kata doc nampak kantung kosong
Terus ayah bertukar jadi Mr Google.
Tak pernah pernah ibu nampak ayah begitu tau.

1st checkup adik Fathia (kantung kosong)

Tak tahu nak ceritakan dari mana. Genap usia Fathia 3 tahun, Ibu dapat tahu Fathia bakal menjadi kakak. Perangai Fathia pun lain macam s...