(Aliff)
Assalamualaikum w.b.t.
Saya bagi pihak majlis
mengalu-alukan kehadiran semua hadirin ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung
PIBG SK Desa Tasik tahun 2015.
Majlis akan bermula sebentar
lagi. Para hadirin dipersilakan
mengambil tempat duduk masing-masing.
Bagi pihak urusetia, saya ingin
menyampaikan beberapa makluman kepada para hadirin.
-
Aturcara
majlis adalah seperti yang tertera pada buku program.
-
Mohon
kerjasama daripada hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit
atau meletakkan nada ’silent mode’ bagi melancarkan majlis kita pada pagi
ini.
-
Mohon
kerjasama para hadirin agar berdiri semasa perarakan masuk tetamu kehormat
kerana sebaik sahaja Tetamu kehormat mengambil tempat di pentas, kita akan
menyanyikan Lagu Negaraku. Harap maklum
|
*5 minit
sebelum majlis
|
(kak Affini)
Mengumumkan ketibaan
Yang Berbahagia En Norazman bin
Siron, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Desa Tasik,
En Nor Azmi Amin b Abd Rahman Naib
Yang dipertua PIBG diiringi oleh
En Azhari b Haji Omar, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Desa Tasik
|
Ketibaan tetamu kehormat
|
****PERSEMBAHAN TARIAN SELAMAT DATANG
(kak Affini)
Begitulah persembahan yang penuh
bersemangat iaitu tarian Selamat Datang daripada wakil murid murid SK Desa
Tasik di bawah bimbingan Pn Maslina
|
Persembahan tarian selamat datang
|
(kak Affini)
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum salam sejahtera
Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan bicara
Semoga majlis disambut ceria
1.
Yang Berbahagia, En Norazman bin Siron, Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Desa Tasik
2.
Yang berusaha, En Noor Azmi Amin b Abd Rahman, Naib yang
Di-pertua PIBG
3.
Yang Berusaha, En Azhari b Haji Omar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
DesaTasik.
4.
Yang Dihormati, En.Syukli Noor Azmin bin Mior Yahya, Guru
Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,
5.
Pn. Hanita binti Ahmad Basri, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid,
6.
Pn Salmah binti Sulaiman,Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
7.
En Muhammad Rizal bin
Manaf, tugas Guru
Penolong Kanan PPKI,
barisan
para guru, AJK PIBG, ibu bapa dan hadirin hadirat sekalian.
Alhamdulillah,
setinggi-tinggi kersyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
izin dan kurnianya, kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi menjayakan Majlis
Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Desa Tasik bagi tahun 2015.
Pihak
sekolah mengalu alukan kedatangan tetamu kehormat kita pada hari ini, iaitu
-
Yang Berbahagia En Norazman bin Siron, Yang
dipertua PIBG SK Desa Tasik dan
-
En Noor Azmi Amin b Abd Rahman, Naib Yang
Dipertu PIBG ,
-
Dan ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG SK
Desa Tasik yang ke 15 pada hari ini.
(Aliff)
Hadirin
yang dihormati,
Kecemerlangan
dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah
keluarga. Lantaran itu, permuafakatan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan
Justeru,
kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh ibu bapa dan guru amat penting
untuk melahirkan murid yang cemerlang.
Untuk itu,
objektif mesyuarat agung PIBG SK Desa Tasik kali ke-15 ini diadakan adalah
untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga serta guru berbincang,
berkolaborasi, berunding dan bekerjasama antara satu sama lain berkenaan
dengan cara memperbaiki taraf pendidikan murid sekolah ini. Diharap mesyuarat
yang akan kita adakan nanti berjalan dengan lancar dalam suasana yang
harmoni.
|
Kata aluan pengerusi majlis
|
(kak Affini)
Hadirin yang
dimuliakan,
Bagi memula dan memuliakan majlis,
marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat dan memohon berkat agar
segala urusan mendapat rahmat. Untuk
itu, majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Mohd Fuad B Ahmad Tajuddin untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan
*********** (Doa)
(Aliff)
Amin Amin Ya
Rabbal `Alamin,
Majlis
mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Fuad di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita akan
mendapat rahmat dan hidayah sehingga ke penghujungnya.
|
Bacaan doa
|
(Aliff)
Makan
durian bersama pulut,
Duduk
bersembang di atas serambi
Tampillah
tuan kami menjemput,
Bersama
ucapan kata perasmi
Untuk itu, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Yang Berusaha En Azhari
b Haji Omar, Guru Besar SK Desa Tasik untuk menyampaikan ucapan,
seterusnya menyempurnakan majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Desa Tasik
kali ke-15.
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
*********Ucapan/perasmian GB SKDT
Hadirin yang dihormati sekalian,
Rasmilah sudah Mesyuarat Agung PIBG
SK Desa Tasik yang ke 15 pada hari ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
ucapan terima kasih atas kesudian tuan merasmikan majlis kita sebentar tadi.
|
Ucapan Perasmian oleh En Azhari b Hj
Omar
|
Seterusnya dipersilakan En Amiluddin Haji Latip selaku pengurus
besar Korporat dan Perhubungan Awam untuk menyampaikan ucapan seterusnya
menyempurnakan sesi penyerahan cek kepada PIBG SK Desa Tasik. Majlis
mempersilakan.
*** Ucapan
Dijemput EN Norazman b Siron selaku
YDP PIBG SK Desa Tasik diiringi oleh EN Azhari b Hj Omar untuk menerima
sejumlah cek.
*** sesi penyerahan cek
Jutaan terima kasih diucapkan kepada
En Amiluddin Hj Latip di atas
ucapan dan sumbangan cek sebentar tadi.
|
Ucapan pengurus besar dan penyerahan
cek
|
Seterusnya dipersilakan En Norazman b Siron YDP PIBG untuk
menyampaikan ucapan.
*** Ucapan
T kasih diucapkan kepada En Norazman b Siron atas ucapan
sebentar tadi.
|
Ucapan YDP
|
(Aliff)
Majlis
diteruskan lagi dengan Penyampaian Sijil kepada ahli Jawatankuasa Persatuan
Ibu Bapa dan Guru Sesi 2014/2015 yang telah mengembleng tenaga dalam
menerajui persatuan PIBG
Untuk itu,
majlis menjemput En Azhari b Haji Omar, Guru Besar SKDT untuk upacara penyampaian sijil. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
**********(Rujuk senarai nama AJK PIBG)
Bagi kategori AJK Guru, dipersilakan..
-Dimulakan dengan..
-Dipersilakan *nama* selaku *jawatan*..
Bagi kategori AJK ibu Bapa, dijemput..
(kak Affini)
Majlis
mengucapkan terima kasih kepada En Azhari b Haji Omar di atas kesudian menyempurnakan penyampaian
sijil sebentar tadi.
|
Penyampaian cenderahati/sijil oleh
En Azhari
|
(kak Affini)
Seterusnya, majlis mempersilakan Cik
Siti Elina untuk taklimat ringkat I Think. Majlis mempersilakan.
(Aliff)
Terima kasih diucapkan kepada Cik
Siti Elina di atas taklimat ringkas i Think itu tadi. Diharapkan ibu bapa dan
hadirin dapat memperoleh maklumat di atas info I Think sebentar tadi.
|
Taklimat i Think
|
(Aliff)
Sebelum kita meneruskan majlis
dengan mesyuarat Agung PIBG, marilah kita sama sama menyaksikan persembahan
coral speaking yang terdiri daripada wakil pengawas tahun 4 dan tahun 5, SK
Desa Tasik. Dipersilakan.
*** PERSEMBAHAN CORAL SPEAKING
(kak Affini)
Majlis mengucapkan ribuan terima
kasih kepada kumpulan choral speaking
sebentar tadi. Untuk makluman, persembahan koir itu tadi dibimbing
oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal murid, Puan Hanita bt Ahmad Basri.
|
Persembahan koir
|
Tambahan :
Untuk makluman, wakil Bank Rakyat
berbesar hati ingin menyerahkan sumbangan plak kepada PIBG SK Desa Tasik. Untuk
itu, dijemput En En Norazman bin Siron YDP PIBG diiringi Guru Besar SK Desa Tasik
untuk menerima sumbangan tersebut.
***TERIMA SUMBANGAN
Jutaan terima kasih diucapkan kepada
wakil Bank Rakyat di atas penyampaian sumbangan sebentar tadi
|
Penyampaian sumbangan
|
(kak Affini)
Madah diungkap santun bicara
Pantun dilantun mengusik hati
Salah dan silap tutur biacara
Pohon diampun seikhlas hati
Oleh itu, berakhirlah
majlis perasmian kita pada hari ini. Sekalung penghargaan yang tidak
terhingga diucapkan kepada yang Berbahagia En Norazman b Siron, Yang Dipertua
PIBG SKDT dan En Nor Azmi Amin bt Abd Rahman, Naib YDP PIBG atas kesudian
meluangkan masa menghadiri majlis kita pada hari ini.
(Aliff)
Ucapan terima
kasih juga kepada tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan berseta Ahli
Jawatankuasa PIBG sesi 2014/2015 dan ahli jawatankuasa pelaksana Mesyuarat
Agung kali ke-15 serta mereka yang terlibat secara lansung atau tidak lansung
bagi menjayakan majlis ini.
Majlis akan
diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG SK Desa Tasik kali ke-15. Untuk itu
saya menyerahkan majlis kepada Yang Berusaha En Azhari b Hj Omar, Guru Besar
SKDT untuk meneruskan mesyuarat agung pada hari ini.
Sekian sahaja dari kami. Kami akhiri
dengan lafaz yang mulia Wabillahitaufikwalhidayah.. wassalamualaikum wbt.
|
Bersurai
|
Sunday, March 8, 2015
TEKS MC MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 SK DESA TASIK 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)
1st checkup adik Fathia (kantung kosong)
Tak tahu nak ceritakan dari mana. Genap usia Fathia 3 tahun, Ibu dapat tahu Fathia bakal menjadi kakak. Perangai Fathia pun lain macam s...
-
sejak akhir akhir banyak betul dapat jemputan majlis kahwin senior dan batch sendiri. tapi tak dapat nak pergi sebab semua masa cuty ia...
-
Pada jumaat yang lalu, sebagai buah tangan untuk bengkel KH kesayangan kami, bertempat di SK Taman Mutiara Rini, Johor, saya dan J...
-
korang tahu tak warna baju kira pakai sebenarnya mempengaruhi kesan pada diri kita pada hari tersebut. setiap hari sebenarnya terdapat ...