Thursday, November 12, 2015

Resepi ikan masak taucu

Hye kesayangan
Harini entry lebih bersifat surirumah. 
Disebabkan en husband suka makan di rumah nampaknya kalau ada masa lapang kenelah wife memasak.
 Sebenarnya takut nak cuba resepi google sebab tak semua resepi kita holeh pakai. Tapi resepi ni kita da masak and en suami suka sangat. Sampai bertambah pinggangnya. Wiwi. 
Kali ni nak share resepi ikan masak taucu.

BAHAN - BAHANNYA :-)
4 kepingan ikan parang, cuci bersih dan perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
1 1/2 camca besar taucho
1 camca besar sos tiram
1 cawan air
Secubit gula
Sedikit sos ikan
1 biji bawang besar hiris
3 ulas bawang putih, titik
1/2 inci halia, dititik
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan digoreng hingga kuning keemasan, tapi jangan terlalu garing. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan taucho dan sos tiram tumis hingga harum, guna api kecil.
  2. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ikan, cili belah dan secubit gula, biar mendidih hingga pekat. Masukkan sedikit sos ikan, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...

link bersangkutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...