Friday, March 25, 2011

AKTIVITI : Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sg Pahang 2011 (edisi 2)

Dapat juga saya berakit di Sungai Pahang :)
tengoklah cerita kami. banyak lagi gambar nak uplod sebenarnya tapi terpaksa tunggu gambar dari rakan.


perhentian

memulakan ekspedisi berakit


sebelah kiri adalah rakit dari institut dengan membawa nama 'Wira Temenggong'

LAPORAN EKSPEDISI BERAKIT

Pengenalan
Ekspedisi ini telah bermula pada 9 Mac 2011 di Kg. Chenor, Maran dan berakhir di Bandar Pekan, Pahang pada 12 Mac 2011 yang lalu. Acara separuh lasak ini telah mengambil masa selama 4 hari 3 malam dengan jarak perjalanan lebih kurang 111 km. Sebanyak 3 buah kampung telah menjadi hentian ekspedisi berakit ini iaitu Kg. Serenkam, Kg. Pulau Manis dan Kg.Pulau Keladi. Acara tahunan ini telah dianjurkan oleh Tourism Pahang dengan kerjasama oleh Jabatan Pengairan dan Saliran dan juga Majlis Daerah Maran, Pahang.
Hari pertama
Kami bergerak jam 8 pagi dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim dengan menaiki van institut. Perjalanan yang mengambil masa kira kira 6 jam itu berakhir apabila kami sampai di tempat pendaftaran. Tidak sukar mencari tempat pendaftaran kerana terdapat banyak banner yang diletakkan sepanjang jalan.  Sesudah sampai dalam jam 3 petang, kami mendaftarkan diri dan mengambil barang barang yang telah dibekalkan seperti baju tshirt, makanan, dan lain lain. Kami membahagikan pelajar kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan akan menghias rakit dan kumpulan lain akan mendirikan khemah di tapak yag telah disediakan. Agak sukar mengangkat barang kerana hanya kami berenam kerana kami tiada pasukan sokongan yang membantu. Selepas siap menghias rakit, kami tidur awal kerana esok pagi kami akan memulakan ekspedisi. Malam ini terdapat aktiviti berkaraoke di Pekan Chenor ini

Hari ke-2
            Kami bangun seawal jam 6 pagi untuk solat, mengemas barang dan makan pagi. Kami dibantu oleh wakit daripada IPG Kampus Pendidikan Islam yang diwakili leh pensyarah mereka sendiri dari Jabatan Gerko. Mereka membantu kami mengangkat barang menggunakan van mereka ke Kg Serengkam. Selepas itu, kami dikehendaki majlis perasmian. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Ke bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.Kami mula berakit pada jam 8 pagi. Kami mula berakit dari Pekan Chenor ke Kg Serengkam. Perjalanan sejauh 38 km mengambil masa 8-9 jam.  Dengan semnagat ‘Wira Temenggong’ yang dibawa, kami berjaya berakit tanpa dibantu oleg bo laju untuk menarik kami. Walaupun kami adalah kumpulan terakhir yang sampai, perasaan dapat berakit amat gembira. Ini kerana banyak rakit yang terpaksa ditarik kerana penat dan sebagainya. Sesudah sampai, kami mendirikan khemah di tapak perkhemahan. Pada malam itu, tangan kami sakit sakit kerana seharian berakit tanpa henti. Hanya mintak panas sahaja yang dapat disapukan. Salah seorang ahli rakit kami mengalami sakit tangan yang teruk menyebabkan dia terpaksa diurut oleh rakannya kerana pasukan medic tiada di sana. Hanya pasukan RELA sahaja yang bertugas.
Hari ke-3
Sakit tangan yang dialami berkurangan kerana rehat yang cukup di malamnya. Selepas pengurusan diri dan makan pagi, ekspediri ini diteruskan dari Kg Serengkam ke Kg Pulau Manis. Perjalanan hari ini lebih panjang iaitu sejauh 45 kilometer. Perjalanan ini sangat memenatkan kerana kami berakit dari jam 9 pagi hingga jam 730 malam tanpa henti. Walau bagaimanapun, kami tersenarai dalam rakit yang tidak ditarik dari garisan permulaan zon perlumbaan ke checkpoint untuk tamat zon perlumbaan. Pada 5 kilometer terakhir, masing masing penat dan mengalami sakit tangan yang menyebabkan kami ditarik pada 5 kilometer terakhir. Selepas sampai, kami telah ditunggu oleh pasukan sokongan IPGPIS iaitu penyarah untuk membawa kami mandi dan solat. Jasa mereka sangat banyak kerana mereka sanggup membawa barang, mendirikan khemah, dan membawa kami mengambil makanan, mandi dan makan. Kami membayangkan jika tiada mereka, kami akan tidur dalam keadaan basah kerana pada malam itu hujan. Meraka membantu kami mendirikan khemah di pusat penempatan banjir di sama yang mempunyai atap, menyebabkan kami terhindar dari terkena hujan. Selain itu di sana juga terdapat air kerana di sekolah yang sepatutnya kami mendirikan khemah, tidak terdapat air. Kami sempat berkenalan dan berbual seketika kerana semua sudah penat. Di kampung ini dan kampung sebelumnya, terdapat aktiviti berkaraoke tetapi kami sudah terlelap disebabkan terlalu penat  dan mengantuk.
Hari ke 4
Ekspedisi diteruskan dengan perjalan sejauh 35 kilometer. Perjalan sepanjang hari ini sukar kerana hujan speanjang perjalanan. Arus yang deras dan angin meyebabkan kami sekar mengawal rakit menyebabkan rakit kami hampir terkandas di tebing. Pada hari ini, kami berakit dan sampai dalam jam 4 petang di kampung Pulau Keladi. Kami disambut dengan kuih dan kopi yang disediakan oleh orang kampung. Makanan kami pada setiap malam disediakan oleh penduduk kampung. Setiap malam, kami dihidangakn dnegan daging kambing. Kami tidak menjumpai hidangan ayam atau lembu. Makanan bagi semua kampung sedap mungkin kerana kami terlalu lapar dan letih. Makanan tengahari pada hari ini dan hari sebelumnya juga diberikan menggunakan bot laju yang menghantar makanan menggunakan bot lagu dari rakit ke rakit. Pengalaman makan di atas rakit bersama sama memang tidak dapat dilupakan kerana kami tidak pernah menyertai aktiviti seperti ini.
Hari ke-5
Ini adalah hari terakhir dan kami masih bersemangat untuk meneruskan ekspedisi ini. sebelum bergerak, pihak penganjur mengumumkan kedudukan rakit yang sampai. Kami mendapat tempat 35 daripada 59 rakit yang dipertandingkan. Kami rasa ini adalah satu pencapaian yang memberansangkan kerana ini adalah pengalaman pertama kami. Hari ini ekspedisi berakit mengambil masa kurang 1 jam disebabkan hanya 5 kilometer sahaja perjalanan kami ke Pekan Bandar Diraja. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Sri Hj. Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia bersempena perasmian Hari Air Sedunia 2011 Peringkat Kebangsaan. Hadir sama di majlis penyampaian hadiah ialah Y.B Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Y.B Dato’ Douglas Unggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Y.A.B Dato’ Sri Diraja Hj. Adnan bin Hj. Yaakob, Menteri Besar Pahang. Pemenang tempat pertama telah berjaya membawa pulang Piala Anugerah Tok Bahaman, Ekspedisi Berakit Sg. Pahang, wang tunai RM2,000.00 dan juga sijil penyertaan.Sebelum pulang, kami bersalam salaman dan mengucapkan terima kasih dengan orang yang banyak membantu kami iaitu pensyarah IPGKPIS. Kami tidak dapat membayangkan tanpa pasukan sokongan mereka dan pensyarahnya. Kami berharap, pada ekspedisi yang seterusnya hendaklah membawa pasukan sokongan sekurangnya 2 orang yang akan menguruskan barang peserta yang berakit.  Kami berterima kasih kepada pihak institut terutama pengarah, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Unit kewangan kerana memberikan kami peluang menyertai aktiviti lasak ini dengan bantuan kewangan yang telah diberikan. Kami selamat sampai di institut pada jam 5 petang menaiki van institut
            


No comments:

1st checkup adik Fathia (kantung kosong)

Tak tahu nak ceritakan dari mana. Genap usia Fathia 3 tahun, Ibu dapat tahu Fathia bakal menjadi kakak. Perangai Fathia pun lain macam s...