Thursday, October 25, 2012

Anugerah Khas Ketrampilan Pelajar dan Majlis Makan Malam Sejambak Budi 2012


Bismillahirahmanirrahimm..

pertama sekali terima kasih diucapkan kepada
HEP dan JPP 47 kerana telah mengadakan
Majlis Anugerah Ketrampilan Pelajar dan Jamuan Makan Malam Sejambak Budi 
pada 24 Oktober 2012

oleh kerana ini adalah jamuan terakhir di kampus.
maka kite 
mintak tolong dengan Asilah untuk di metapkan.
siap dah cop seminggu sebelum.
sebelum dia dirampas orang len. Thehee

kita mintak gaya gyaru style.
kalau korang search kat google ade :)
kite memang suka metap gyaru ni.
tapi tak rety.

oleh kerana masjlis mula pukul 830 malam,
pukul 630 tu kita dah bergerak ke blok si Penyolek yang tomey.

lepas tu. dalam jam 7 dah mula mekap.
lepas tu Lyn pun nak mekap.
lepas tu datang pula Nisrin.

untuk mintak Asilah tolong metapkan.
sampai sakit pinggan jugak lah dye 
sebab tunduk tunduk untuk solekkan kiteorang
nasib tak baring baring.


pada malam tu, ada laksa johor,
me rebus,
soto nasi/bihun,
dan makaroni.
pada malam itu jugak,
ada cabutan bertuah yang memang bertuah.
daripada tupperware sampai ke coffe maker dan kipas.
dapat tengok je siswa guru lain yang dapat barang cabutan bertuah tu

ni menu kita untuk malam tu. 
bihun :)

sambil sambil makan, 
ada nyanyian muzik keroncong.

ini x praktikum mate kite.
Orang Sarawak.
cantikkan.

ni lah Si Penyolek yang tomey tu. (kanan)
kiri tu Lyn. Dye pun nak main solek solek jugak

me dan asilah






tengs kepada BFFs kita
Lyn, Asilah, Fatin, Nisrin, Jaimah dan Nazirah


my make up of the day
*gyaru 

majlis makan malam ni juga ada diserikan dengan Anugerah Khas Ketrampilan Pelajar.

Alhamdulillah,
kita mendapat anugerah khas tersebut.
tak sangka sebab kita rasa kite tak layak pun.
banyak lagi perkara yang perlu kita belajar.

terima kasih kepada Umi dan Abah,
sebab dah menunggu selama 5 tahun setengah

family, 
terutama iki dan angah :) 

terima kasih jugak kepada mentor, pensyarah pensyarah,
yang banyak mengajar kita
dan classmate yang sentiasa layan karenah dan kebingungan kita. Haha.



Piala dan sijil Anugerah Khas Ketrampilan Pelajar
terima kasih kepada HEP dan JPP :)



inilah mentor kami.
Madam Cheng :)

kita dengan penerima anugerah Pencapaian Terbaik Kokurikulum,
Nazirah Rozar :) 
tahniah Nazirah. Bangga sangat bila ada kawan yang berjaya.

inilah Fasliyana.
hot ok.
bukan sebab dye pakai baju merah.
tapi memang hot :)

kesimpulannya,
memang gembira pada pada malam tersebut.
harap sebarang penambaikan pada makan tersebut boleh diperbaiki
Tahniah JPP 47.



Sunday, October 21, 2012

Jamuan Perpisahan Blok A

Pada minggu lepas, 
warga blok A telah membuat satu jamuan perpisahan untuk semua senior semester 8
berasa sangat terharu.
sebab walaupun junior kami tak dapat buat untuk kami,
tapi ada juga yang mengingati kiteorang.

terima kasih diucapkan 
kepada adik adik junior yang susah payah beli makanan dan beli hadiah untuk kiteorang.

ILAP U ALL :)

malam tu kiteorang pakai cantik cantik.
sebab nak tangkap pikcer.
selalu pakai baju t shirt je pergi jamuan.. heee

makanan malam tu pun sedap sampai kite pergi amik lagi satu.
buat muka macam tak makan lagi.

tengs for all the sweet memory :)













Wednesday, October 17, 2012

Hari Terbuka Asrama 2012


"jom jom jom
pakat singgah gerai RBT ! 
semua ada ! "

pelik kan tetibe ada Garage Sale sume.

Sebenarnya, RBT 1 telah buat jualan lelong
semasa Hari Terbuka Asrama 2012

ada sebahagian duit  ini disalurkan ke dalam duit kelas untuk
beli hadiah pensyarah :)

biasalah,
bila nak habis belajar ni,
banyak barang barang yang kita tak guna dah.

contohnya, masa praktikum beli board, kertas, fail, mainan dan alatan yang pelik pelik.

alhamdulillah, hampir 70% barang dibeli,
terutama yang paling laku,
fail fail.
kami jual limapuluhsen satu!
kedai lain mane dapat :)
tak sampai 2 jam, 
dah habis semua,
dorang beli banyak banyak.
sebab memang untung.

kebanyakan barang jual dengan harga singgit dan dua hengget.
murah gilak !

kiteorang bukan jual barang  lelong je,
tapi jual nugget, marsmellow, hotdog dan jagung cik adik manis.

kat atass sekali tu poster kiteorang.
kite yang buat. kikiki.

enjoy the picture :)


antara barangan yang dilelong.







adik manis jual jagung manis.
Beli beli beli
beli 10 percuma enambelas :)

p/s : alhamdulillah, berkat kerjasama semua, kami dapat untung RM 2++ :)
percaya tak ?

Majlis Tamat Gerko IPGKTI 2012

Bila dah nak habis belajar ni,
macam macam event akan ada,
macam cendawan tumbuh di kala hujan renyai renyai. Ecece

dari semalam dan hari ni,
masih demam.
tapi takpa,
demam demam kita masih boleh melompat.

susah nak duduk diam.
melainkan kat situ ada Vitagen. :)

Hari ni
17 Oktober 2012, telah diadakan Majlis Penutupan Gerko
untuk siswa guru semester 8 dan KPLI
bertempat di Dewan Terbuka IPGKTI

kami disajikan dengan beberapa persembahan daripada
adik adik semester 6 dan ada juga daripada semester 8.

walaupun hujan agak lebat *memang lebat pun.
tapi majlis masih lancar berjalan.

pakaian untuk hari ni adalah baju uniform unit unifom masing masing.
memang terpaksa pinjam rumate 
terima Kasih Fatin! :)
sebab memang hampir semua barang dah hangkut balik rumah.
tak sabar nak balik le katakan. Hee




angin yang menyebabkan tudung dah kelepekkelepek




ps : perasan tak muka kita nampak lebih putih. 
nanti ada masa kita update apa kita pakai. 


link bersangkutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...