Monday, May 28, 2012

warna-warni weekend pertama cuti sekolah


salam!

tengok. tak sempat nak bagi salam dah tempek gambar sendiri dulu.
haha
Over kau.

ini aktiviti kita sepanjang minggu ni.
walaupun hari ni baru hari isnin.

nak cite ni..
Weekend hari tu kita sempat pergi kat sini ! 

sampai sampai je tempat ni
memang penuh.
parking pun kene jalan jauh.
sebab tak pernah pergi lah kite pergi.
alang alang dah duduk putrajaya 
nak tahu jugak ape tu himpunan jutaan belia kan :)
lepas tu esoknya pergi ke kajang, shah alam.
settle kan baju kahwin angah yang macam nak pakai pergi tidur je.

sampai sampai butik je terus cari tempat duduk. :p

ni antara salah satu baju yang kita pakai.
 Eh. kite ke nak kawin?

ni sebab nak tengok figurenye
tapi oleh kerana badan pengantinnya agak comel kebambom gitu,
jadi kita lah yang jadi modelnye :p
baju ni baru masuk majalah JELITA.
tapi modelnya bukan kite lah.
nak sewa baju ni je bukan kemain.
RM 1+++
ishk ishk.

ni baju lelakinya.
kain songket
perempuan punya tadi pun songket jugak

ini buat masa perhimpunan jutaan belia.
haih. makin konfius sapa pengantinnya.


kasut sama :)

ini le bride to be nye.
bulan 6 ni.
pastu abang kita lak.wee~

adiknye yang bukan kemain lagi.
suka dapat orang baru nanti. 
Muahaha

ps : esoknya, baru dapat Pas PETUGAS untuk hari belia tu.
kalau dapat sehari sebelum, mesti tade main keja keja parking.

Wednesday, May 23, 2012

MENARIK : Perut berbunyi?

ini ada info sains yang menarik yang kita perlu tahu.
mengenai perut berbunyi.
tadi masa duduk diam diam.
tetibe perut berbunyi Rawr !

kalau budak kecik mesty ingat
 cacing kat perut dorang menjerit mintak makanan.

kenapa perut berbunyi ye?

salah satu sebab adalah perut tengah buat proses pembersihan

selalunya pembersihan di lakukan ketika perut kita tengah kosong . 
dalam usus kecil kita time tu cuma ada gas dan cecair . 
so , senang lah kerja pembersihan dilakukan sebab dah takde makanan dekat situ cuma hanya perlu menyapu semua sisa makanan yang tertinggal dari proses pencernaan je.
ingat tak korang membuang tadi? 
tulah sebabnye korang dengar bunyi kriuk kriukk tu  :)
so no wonder lah
berpuasa adalah satu cara kita detoks badan kita :)

Indahnya Islam

hye my nama Kagoneko
makanlah pisang selalu :)

Tuesday, May 22, 2012

Selamat Datang 1 Rejab


Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)
Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.
Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.
Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

Sunday, May 20, 2012

Tanjung Balau 2


ini sambungan untuk percutian 1 hari semalam.
bukan 2 hari 3 malam.
tapi satu hari dah penuh satu entry.
nampak sangat eksited
tak penah pergi pantai
huuu
...
lepas makan, 
terus lari laju laju kat air pantai tu.
sampai ketam pun takut nak keluar dari lubang.
sebab ingat ada raksasa lari.

kite tak mandi pun.
sebab ayah kite tak bagi
so jadi tukang jaga beg.
tukang jaga ayam,
semua tukang jaga lah.
kira boley buat kerja part time ni :)

lepas tu dorang  naik darat
makan.
lepas tu sambung balik lari lari kat air.
masa ni kita jain pergi celup celup ibu jari je.
bayangkan airnye sangat jernih.
dorang kata, dah rendam had ketiak pun masih agak jelas lagi

lepas habis main kocak kocak air, 
pergi mandi dan beli ice kelim 2 ringgit
kalau 2 tingkat.
kalau nak 3 tingkat kene bayar 3 ringgit :)

sebelum balik,
jalan jalan jap kat area sini.
ada chalet *tapi tak pergi la
ada muzium.
pergi kat luar je. sebab macam dah tutup
tak bagi kami masuk

lepas tu, 
konvoi semula ke maktab.
balik dalam jam 730 malam.
alhamdulillah.

dapat tengok tanda kebesaranNya
dan dapat nikmatinya.
Amin.

pusing pusing sekitar pantai

hari yang indah !

guling gulingkan ayam barbeque

mula mula sampai

tunggu ayam masak


lama betul tunggu ayam masak

mano la api den ni
tak muncul muncul
Ishk.

beli air hulk

depan Muzium Tanjung Balau

sekian ! 
(^^) v

Saturday, May 19, 2012

Bercuti di Tg Balau, Desaru

Bila dengar esok*mean hari ni maktab takde elektrik,
terus jadi celik akal nak pergi keluar maktab.

sebab takkan nak duduk maktab.
kipas kipas guna tangan
 dari pukul 9 pagi sampai 7 malam pulak  kan.

memang tangan pun nenti pergi mana mana macam sentiasa nak kipas je.
sebab tak boleh berhenti kipas secara automatik.

jadi hari ni,
kite, nis, lyn, fatin, jaimah dan fasliyana *nama kau paling panjang. haha
 pergi bercuti di Tanjung Balau.

mula mula nak pergi Desaru.
tapi tak jadi sebab pantai nye macam bahaya sikit nak berenang

lepas tu cadangan nak ke Air Papan.
tapi jauh sangat 2 jam dari JB.

so bila dah google Tanjung Balau.
macam ok sebab ramai kata Tanjung Balau ni 
antara salah satu pantai yang paling cantik kat JB ni

so jam 8 pagi gerak keluar dari maktab.
makan makan roti tampal jap,
lepas tu gerak.
kereta kat depan tuuu.
laju sangat sampai masuk Woodland (Singapore)

nasib kiteorang sempat pergi lorong kiri.
masuk simpang lain.
lepas tu satu kereta masuk singapore
satu kereta masuk simpang lain.
kan dah celaru.

lepas tu depa pergi Uturn balik,
akhirnya,
bertemu juga.
di tepi jalan lepas Jusco Tebrau
yey !

masa sampai tu.
matahari dah tak segan segan naik.
kalau pergi sidai kain,
tak sempat nak pejam dah kering.

lepas tu pergi carik carik tempat nak Barbeque.
ada rupanya.
itupun satu.
nasib ada.
sebab memang dah bawak dari maktab
ayam dan hotdog yang dah siap perap,
nasik putih
cikedis
air gas.
botol sos
dan 
topi berkhelah ! 
eh, termasuk jugak ye. 
hee

penat jugak nak hidupkan api.
akhitnya api tu berjaya makan arang tu.
so memang ayam tu joget joget lah atas pemanggang tu.

lepas barbeque,
terus semua terkam ayam tu untuk makan tengahari.
setelah penat gelak gelak sebab api takmo hidup
 main kipas kipas, tiup tiup api tu,
bersihkan pantai sebab pergi kutip semua daun kering.

masa makan memang semua macam dalam dunia masing masing.
main pakai jeling jeling je :)

...

oke.
penat kite cerita.
esok kita sambung la ye :)

menunggu kereta rempit yang termasuk Woodland

Pemandu Jelita edisi 2 :p

mula mula memang main lari lari teduh bawah pokok.
takut panas.
ni Miss J :)

tengok pemandangannya.
bersih.

laut biru.
dan sangat jernih
ini antara pantai tercantik kat JB

kipas-susah-mati

ayam panggang

ayam hasil usaha sendiri

 my lunch :)

makan.
grrr..

lyn nak jugak masuk :)


jom mandi pantai.

celup celup kaki udahle :)

meh la datang :)

sekian.
tunggu Edisi 2 tau

Friday, May 18, 2012

makan malam

lame dah tak keluar makan malam.
selalu makan petang.
 pukul 7 je dah jadi ular sawa sebab kenyang
tadi ingat nak makan kat cenderawasih je.
tapi tutup.
kechewa tau..

sebab minggu ni jumaat memang tutup.
jadi kene la makan kat tempat lain.

ingat nak makan kat Gazebo.
tapi ingat ingat lupa jalan.
main cuba cuba je jalan.
akhirnya samppai.
yippie !

kat sini sedap jugak.
dulu datang first time makan kueytiaw tomyamnye sedap,
malam ni pun makan kueytiaw tomyam dengan air milo ais.
datang balik makan benda yang sama :) 
kt sini boleh makan duduk or bersila.
mana mana pun boleh.

selalu dating dengan rumate kite.
tahun ni je nak dating.
sebab tahun depan kite dah posting.
InsyaAllah :)

ni rumate kite !

ni kite ! :)

sekian.

Thursday, May 17, 2012

DIY Paper Bag

sejak akhir akhir banyak betul dapat jemputan majlis kahwin senior dan batch sendiri.
tapi tak dapat nak pergi sebab semua masa cuty
iaitu masa cuty tu pun sis kita nak kawin.
jadiknya
kita sendiri pun otomatik akan sibuk lah.
ecece macam kita lak nak kahwin :p

bila nak kahwin ni,
mesty sibuk fikir pakaian nak sanding lah.
hantaran lah.
makannya lagi.
kan kan kan.

tak tertinggal goodies utk tetamu

kat sini kita ada cara nak buat beg goodies sendiri.
dalamnya pandai pandai la nak isi apa.
cake.chocolate. or benda yang sedang sedang je.

masa kita dah nak habis praktikum hari tu,
kita tak beli pun beg cantik cantik utk bagi hadiah kat kumpulan kumpulan.
kita beli beg kertas then isi choclate utk kumpulan tu.

kalau satu kelas tu kita buat 6 kumpulan.
setiap kumpulan ada 7 or 6 orang.
so masa tu kite sumbatkan lolipop, layer cake. jelly dalam beg kertas tu
habis seronok budak budak tu dapat cekelat tu sume :)
tapi kita hias biasa je. 
sebab nak buat utk 3 kelas.

lepas tu terfikir beg kertas yang biasa ni 
sebenarnya boleh jadi sangat cantik kalau kita kreatif.
kalau nak buat goodies untuk tetamu masa majlis kahwin pun boleh.

sebab kita beli beg kertas(saiz sederhana) tu baru RM 4.90/100 pieces kt Bandar Tenggara
lepas tu kita beli cokelat kat Mydin Kulai
macam jelly, lolipop, layer cake utk 3 kelas
yang purata satu kelas tu 30 lebih murid.
harganya kurang RM 50 utk semua makanan ringan tu.
haa..
ringan tak ringan jugak lah bajet cikgu  :)

so andaikan ada 90 murid kos untuk hadiah dalam RM 50 ringgit je :)
jimat tak jimat tak.
angguk kepala cepat

 so kat sini kita nak share ada beberapa idea yang korang yang nak kahwin tu 
untuk buat goodies bag
kita nanti kahwin nak buat macam ni jugak.
jimat
buat ape nak membazir kan :)

ini hias dengan Doili.
ala yang selalu alas kek tu *boleh beli kat kedai jual barang buat cake
putih memang cantik

ini hias dengan Reben.
kalau nak hias dengan reben, pastikan warna reben tu terang
untuk naikkan seri beg tu.


letak nama korang kat beg tu :)

kalau nak lagi kreatif letak bunga kecik kecik then buat pasunya.
letak penyepit kayu. murah cantik ! :)

simple and nice


turqoise :)

letak huruf pun ok. 

warna merah

guna button pun boleh

reben kotak kotak dan polkadot pun sangat cantik

guna kertas biasa pun boleh
tapi pastikan warnanya kontras


Doily hias kat tepi.
lepas tu letak reben merah :)


gunting hujung paper beg
then ikat dengan tali pos.
murah kan :)

ini bentuk panjang sikit
Copkan nama korang kat bawah. :) 

ini hasil kita yang pertama :) 
ini untuk satu kumpulan punye.
dalam ni ada banyak cokelat. 
nyumnyum 
kita guna gunting yang corak corak utk buat label tu *pinjam gunting Aida :)

link bersangkutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...