Tuesday, January 31, 2012

hari kedua praktikum 3

Hari ini lebih stabil.

Dapat masuk ke kelas BM dan tengok PNP BM di kelas 5 UM.
Dapat banyak juga Ilmu tentang BM.
Rasa dalam fikiran ni BM tak tahu nak ajar apa dan macamana.
Nak kene tahu ayat tunggal, ayat majmuk, ayat gramatis..
Baru boleh mengajar murid.
Kalau kita pun ‘tingtong’ macamana nak ajar murid.
Nnty murid pun jd sengal.
 Alhamdulillah.
Bakal murid kali ini lebih baik tetapi agak ‘slow’
Tapi tak apa.
Slow2 tapi dengar cakap tapi boley ajar.
Kalau slow lepas tu kurang ajar tu yang susah sikit.

sebelum tu, dapat jugak masuk kelas yang sama subjek KH.

masa rehat, dapat makan bapak ikan tongkol.
sebab ikan tu besar sangat.
rasa satu minggu tak payah makan ikan. kiki

Esok tak dapat pakai uniform Puteri Islam
Sebab akan pakai bju PJ.
Untuk tengok budak budak buat Olahraga J

hari pertama praktikum 3

Alhamdulillah selamat melapor diri di SK Bandar Tenggara 2.

Perkara pertama yang kita perlu lakukan adalah proses mengenali sekolah. pagi pagi lagi dah berbual dengan beberapa orang guru lain. bercerita tentang  pengalaman mereka dan nasihat mereka, sedikit sebanyak dapat memberi semangat untuk terus belajar dan mengajar di sini. Guru besar turut bagi nasihat. Cerita  sumpah sumpit contohnya. Sumpah sumpit ni akan berubah warna ikut persekitran sekeliling. Sama seperti guru, kene berubah mengikut persekitaran. Puan Jamiah juga banyak memberikan kata peransang seperti cara kita mengajar anak murid perlu seperti kita mengajar anak sendiri atau adik sendiri. Dan mengajar mestilah ikhlas. Jangan sesekali kata penat ibarat kita tutup pintu pahala kita.
               
Apa yang perlu kita lakukan sekarang, hanya berfikiran positif dalam apa jua yang berlaku. Mungkin itu dapat mematangkan kita J. bersyukur kerana kita dapat 8 waktu pada praktikum kali ini dan kat sini banyak orang yang boleh kita minta tolong.

Mungkin banyak perbezaan antara sekolah kawasan bandar dan tengah tengah antara bandar dan kampung. Dan saya percaya sekolah ini lebih banyak banyak banyak baik daripada buruknya. Ada hikmahnya kita ditempatkan di sini dan kita terima dengan ikhlas.
*Percaturan Allah itu sangat sempurna”

Harap pratikum kali ni dapat bekalkan kita dengan ilmu yang banyak sebagai guru yang berkualiti. Amin.

versi ayat cicer yang nak mengajar bm :) *tengs for read :)

Saturday, January 28, 2012

Selamat Hari Tua :)

Assalamualaikum..

alhamdulillah 
kerana masih lagi diberikan kesempatan
untuk hidup pada hari ini.

28 Jan.
mungkin orang anggap biasa.
tapi hari ni adalah hari lahir kita :)
kita lahir jam 5.00 pagi :)

t kasih kepada yang wish birthday 
terutama family dan rakan :)
I LAP U :)

oleh kerana sambut di Johor, bukan di Putrajaya,

maka, sambut bersama Megy tersayang
bukan kek tersayang :)


kat JB ni semua dah takde sebab semua sibuk nak balik rumah sewa.

almaklumlah :)
kami bakal pendidik kene berkhidmat di Felda felda dan kota raya...ecece..


jadi hostel ni macam rumah kosong.

tak kesah pun tak sambut ke or sambut.
yang penting,
bangun tidur tadi..
perkataan pertama yang keluar.
"alhamdulillah"
sebab masih diberi kesempatan untuk hidup untuk ke 23 tahun :)

perkara pertama kenelah celebrate dengan Allah.
baca Al Mathurat awal pagy :)
tunjuk syukur kepadaNya 
bukan nak menunjuk kita alim.
tapi sekurangnya ada beberapa benda bermakna yang kita buat untuk hari yng bmakna ni.

esok akan ke Bandar Tenggara.
praktikum di SK Bandar Tenggara 2. :)
doakan kite berjaya dan selamat ye

beg praktikum *umie cyg banje :) 
sumbat semua baju.
pastu duduk atas beg, baru zip.
betapa padatnye :)


bunga rumate buatkan sebelum cuty.
cweet kan.. anyonyonyo..
*rumate,  i ada letak note kat meja u tau :)

Friday, January 20, 2012

Entry sedih oo..

awal awal lagy dah tunjuk muke sedih T.T

kenapa sedih sedih ni?
putus cinta ke? cinta pun takde macamana nak putus kan? isk..
ini sebenarnya entry untuk rumate kesayangan sy skang ni.

lama tak lama sebenarnya dah setahun kami berumate (tapi rasa macam dah 4 tahun bersama)
nanges gembira sama.
tido katil sama,
gado gado manja sama.
minum bekas sama.
makan sama.
share megy bersama.
semua saya buat ngan dye.

tapi, 
jodoh kami tak panjang.
mungkin dye akan dapat rumate baru.

sebab kami yang senior ini 
akan keluar IPG
untuk berkhidmat untuk anak bangsa. :)
ini praktikum saya yang terakhir.
iaitu selama 3 bulan
kat Bandar Tenggara.
dah last year rupanya:)

jarak masa dari IPG ke Bandar Tenggara dalam lebih kurang 1 jam tiga puluh minit
*kalau rempit.
kalau pemandu berkhemah macam kite ni,
dua jam lebih kot :)

bandar tenggara ni jauh sikit dari kawan kita yang lain.
lalu Felda Taib Andak. 
tapi depan lagi,
masuk ladang kelapa sawit.
dan dekat SK Bandar Tenggara 2 tu ada pekan kecil yang sangat comel.

ok.
berbalik pada cerita yang dah tterpesong lebih ni,
apabila kita balik dari praktikum, 
tak dapat nak bermanja dengan rumate kite ni,
sebab mungkin dye akan dapat rumate baru 
iaitu GSTT yang akan masuk kali ke2.

rumate :
rindu kite tau nnty bila kita jauh,
kalau rindu kite, dye tgk pensel box yg kite buat utk dye tu taw,
itu je kenangan yang kita dapat bagi dye.

Maceh banje kite Pizaa td:)
advance birthday la katakan :)
sedih sangat nak tinggalkan dye,
suka dye jd rumate kite.
harap kite dapat jumpa lagi ye.
IMISS U SO MUCH

ini pikcer kami dating kali terakhir sebelum saya berpraktikum


pizaa Fortune :) nyum nyum

kite dengan rumate kita yang tiyut sangat tu :)

air mocha !

pizaa Udang besar,

ini lah budak tecik yang banje kita makan tu :)

Tak nak cakap bnyak banyak 
nanty kite nangis.
waaa T.T

jumpa lagi ye Fatin :) 
babai *lambai lambai.

apakah dialog paling pendek di dunia?

jawapannya : 
?


(sumber, En Arif) :)

Saturday, January 14, 2012

Bercinta bukan bercouple

Ramai manusia percaya bahawa cinta itu adalah sebuah anugerah dan fitrah. Namun tidak ramai yang sanggup menerima bahawa cinta itu adalah amanah dari Allah. Allah sematkan dalam hati kita untuk mencintai seseorang. Dalam masa yang sama juga Allah telah menggariskan peraturan-peraturan yang sesuai dengan kehidupan kita sebagai hamba. Cinta yang direstui adalah melalui perkahwinan. Cinta yang tidak mengikut garis panduan Islam ialah dengan bercouple.
Cinta itu ialah rasa yang istimewa dalam hati. Bercouple pula ialah perbuatan menzahirkan kasih sayang antara wanita dengan lelaki yang bukan mahram dengan bermesej, berdua-duaan, berkasih sayang dan seumpamanya. Jika itu berlaku, ia bukan lagi cinta sejati, tetapi cinta yang telah dikotori hawa nafsu.
Apabila kita mencintai seseorang, kita tidak akan tergamak membawa dirinya ke kancah maksiat. Tidak sanggup membuatkan dirinya bergelumang dengan dosa. Sebagai seorang muslim, cinta kita tidak sama dengan cinta seorang non-muslim. Cinta kita di batasi syarak. Cinta mereka tiada batasan melainkan meluahkannya semata-mata. Oleh itu cinta kita perlukan pengorbanan, bukan sekadar merasai nikmat bercinta.
Apabila kita menyukai seseorang, kita dibenarkan untuk mengenalinya dengan ta’aruf. Samada lelaki atau perempuan, masing-masing boleh berkenalan. Boleh sms jika perlu untuk mengenali hati dan budi bicara masing-masing. Namun bukan bercouple. Selepas kita saling menyukai antara satu sama lain, teruskan ikatan dengan bertunang. Bertunang itu ringkas. Cukup sekadar lelaki bertanya dan wanita bersetuju untuk dijadikan sebagai isteri. Maka sahlah wanita dan lelaki itu sebagai pasangan tunang. Tidak perlu persetujuan ibu bapa, tidak perlu rombongan dan sebarang hantaran. Itu semua sekadar adat Melayu.
Bertunang itu penting kerana dalam tempoh itu, tiada lelaki lain boleh mengganggu atau merisik untuk mengenali pasangan kita. Dalam Islam memikat atau melamar tunang orang hukumnya adalah haram. Andainya semua umat Islam faham akan hal ini, maka tidak akan berlaku istilah rampas kekasih orang.
Jaga batasan-batasan pergaulan ketika bertunang. Jika mahu keluar bersama, bawa sekali seorang mahram seperti adik atau abang kepada perempuan itu. Membawa budak kecil bersama tidak dikira sebagai membawa mahram. Mahram yang dimaksudkan ialah seorang yang waras, boleh mengenalpasti hukum halal haram dan mempunyai kekuatan untuk menegur.
Setelah melalui tempoh bertunang, tentukan samada kita dengan si dia sesuai bersama atau tidak. Jika sesuai teruskan kepada perkahwinan. Jika tidak putuskan tali pertunangan itu dengan baik. Tiada istilah malu apabila berputus tunang. Islam sudah menganjurkan kepada kita bahawa semasa bertunang, usah dikhabarkan hal pertunangan kita itu pada orang ramai. Bertunang itu lebih baik dibuat secara diam-diam. Bukan dengan rombongan cik kiah yang masyarakat Melayu amalkan sekarang.
Sabda Nabi s.a.w: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Bertunang itu adalah ikatan pengenalan, bukan kepastian. Hubungannya boleh diteruskan dan boleh juga diputuskan. Jika ramai yang mengetahui dan ikatan itu putus maka akan membawa malu besar kepada diri sendiri dan keluarga. Jika tiada orang tahu maka perkara seumpama itu tidak akan berlaku. Aturan Islam itu sangat mudah dan indah. Cuma kita sahaja yang kurang memahaminya.
Penerangan di atas berlaku jika kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang. Bagaimanapun jika salah seorang tidak bersetuju, kita dibenarkan untuk terus berusaha memikat hatinya tetapi jangan melampau. Cukuplah sekadar 2-3 kali percubaan bertanya samada tanya sendiri kepadanya atau kepada orang tuanya, atau meminta bantuan orang ketiga untuk berbuat demikian. Jika berterusan ditolak, maka abaikanlah saja si dia. Itulah perngorbanan kita dalam bercinta.

Andai benar kita mencintainya, cukuplah sekadar melihat si dia bahagia dari terseksa mengikut kehendak hati kita. Mencintai seseorang tidak bermakna kita turut akan dicintainya. Mencintainya juga tidak menjamin bahawa kita akan memilikinya. Bahkan ramai pasangan suami isteri yang telah berkahwin atas dasar saling mencintai juga tidak dapat mengekalkan perkahwinan mereka sehingga akhir hayat kerana tiada kesefahaman. Perkahwinan mereka diakhiri dengan perceraian.
Oleh itu usahlah bersedih dan bermuram durja terlalu lama setelah cinta ditolak. Mulakanlah langkah untuk mencari cinta dengan insan lain. Pencarian itu biarlah kerana kita ingin berkahwin dengannya. Bukan sekadar bercouple dan berkasih-kasih semata-mata. Maksud ingin berkahwin yang saya nyatakan ini adalah seperti proses yang dinyatakan di atas. Taaruf, bertunang dan teruskan kepada perkahwinan. Jika belum bersedia untuk berkahwin, maka usahlah melibatkan diri dalam hal-hal percintaan seperti bercouple. Kerana ia hanya akan mengundang dosa dari menghampiri pahala.

Sunday, January 1, 2012

yang halal untukku


Ya Allah
aku berdo’a untuk seorang lelaki
yang akan menjadi sebahagian dari hidupku

Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau

Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting
yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan

Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya

Ya Allah
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu

Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Ya Allah
aku juga meminta
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo’a untuknya
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan :

Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin Ya Rabbal ‘alamin


link bersangkutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...