Thursday, September 29, 2011

Get well soon umi cayang :)


selamat sembuh demam.
jangan demam lama lama taw.
jangan lupa makan ubat.



cayang umi sangat ! 
muahh !
*ni tangan finiey taw :)

Resepi Inovasi #4 Kek Neslo



:: akan datang ::

Resepi Inovasi #3 Goreng Pisang Jagung

Bahan –bahan :
4 biji pisang raja

Untuk batter sadur
2 cams tepung beras kering
2 cams tepung gandum
2 cams tepung jagung
Secubit garam dan gula
Beberapa titis pewarna kuning/ serbuk kunyit
4-6 camb air sejuk
secubit  kapur
1 tongkol jagung – direbus dan dipotong


Bahan-bahan lain
½ kuali minyak
Kertas serap minyak

Cara membuatnya

Persediaan batter
1. Rebuskan jagung. Letak ke tepi.
2. Ayakkan campuran tepung, garam dan gula ke dalam mangkuk yang besar
3. Kuak tepung ke tepi. Masukkan air di tengah tengah. Kalau adunan pekat, tambahkan air ½ camt demi ½ camt sehingga mendapat adunan seperti susu pekat.
4. Letakkan pewarna kuning
5. Letakkan pula jagung yang telah direbus.

Persediaan menggoreng
1. Panaskan minyak.
2. Ronyokkan kertas serap minyak kemudian alaskan pinggan enamel.

Persediaan pisang
1. Buangkan kulit pisang
2. Belah pisang secara memanjang. Kemudian, potong tiap-tiap sebelah kepada beberapa keping


Menggoreng pisang
1. Masukkan kapur ke dalam batter dan kacar rata
2. Celupkan kepingan pisang ke dalam batter sadur. Angkat pisang dengan garfu dan masukkan pisang ke dalam minyak yang panas.
3. Goreng sehingga berwarna keemasan 
4. Angkat pisang dan serapkan minyak dengan kertas
5. Aturkan goreng pisang jagung di atas pinggan bulat leper
6. Hidangkan pisang goreng panas-panas
7. Hias bersama sedikit jagung, coklat rice dan coklat cair.



kacau kacau batter anda ok.
kalau orang dah *ehem* pro boleh  kacau sambil pandang tempat lain 
seperti pikcer kat atas :)


potong jagung pulak

ini batter dan pisangnya. nanti batter ini akan salut kat pisang tu.
ini namanya batter pekat.
bukan batter cair *batter cair macam roti jala dll

apabila dah nampak warna emas dan pisang tu dah keluarkan cahaya yang menarik haty,
bolehlah angkat
*sebenarnya terguna warna oren. bukan warna kuning tu. hihi..

terbalik balikkan pisang dalam minyak.
selalu dengan minyak.
last last muka pun dah berminyak.
hoho..
*boleh save minyak masak :)

ini air twister soda laici.
buat layer tu.
nampak tak.
bawah soda and atas tu twister. :)

ni lah pisang nya.
hias dengan coklat rice dan jagung rebus.

meja hidangan Chef Finiey dan Chef Fatin.

*tetibe teringat macam mana nak exam amali masak sorang 3 jam nanty. Huhu... =.='

malam senandung bahasa 2011

Alhamdulillah.
mendapat gelaran naib johan Malam Senandung Bahasa 2011

walaupun pada awalnya masuk saja suka suka.
akhirnya dengan kerjasama semua rakan kelas.
latihan berjalan lancar
walaupun ada ketikanya
tersekat juga. :)
beselah tu. bukan namanya hidup kalau sentiasa senang kan :)
bermula dengan saringan sebanyak 11 kumpulan.
akhirnya berjaya mendapat 5 kumpulan terakhir yang dapat ke final. *lompat lompat
dengan tajuk : 
kusangka panas hingga ke petang..
2 hari saja kami berlatih untuk memantapkan persembahan sedia ada untuk dibawa ke final.
yang paling berbeza adalah pakaian koirnya.
kalai dulu masa saringan pakaian masak. 
pakaian tahi cicak*hitam putih
 tapi masa final
macam2 jenis baju yang keluar
baju kaum cina, India, Sabah, Iban.

pakaian Jaimah lah yang paling cantik sebab dye pakai yang ade kat atas kepada.
tiyut sangat tau !
saya pula pakai pakaian orang sabah.
yang kaler hitam tu.
kainnya kain baldu.
walaupun nampak tebal.
sebenarnya  tak panas lansung :)

koir

semangat oo.. :)

nilah pelakon pelakonnya 

pakaian saya :)

dengan budak comel >.<

tengok lah kat kepala tu.
teringin nak pakai pergi jalan kat sopping kompleks :p

Friday, September 23, 2011

happy birthday umi cayang

umi..
pini kat sini.
tak dapat nak bagi hadiah kiss pelok kat umi..
Doakan semoga umi panjang umur
murah rezeki dan 
bahagia dunia akhirat.
cayang umi..
HAPPY BIRTHDAY !




ni masa me and my mom pergi minum kat Secret Resepi.
cweetnye kan :)

Tuesday, September 20, 2011

Resepi #2 makaroni bakar

untuk kali ini,
tiada inovasi yang saya lakukan.
cuma ikut bulat bulat resepi yang ada
dah siap baru teringat.
tak letak garam.
chenck balik resepi,
mana tau kot kot tertinggal.
rupanya resepi tak tak kata suruh letak garam.
>.< sedihnye.
lain kali kene letak garam sikit supaya ada rasa.

untuk slot masakan hari tu,,
resepi kami :
biskut chip coklat
makaroni bakar 
dan Air Punch Buah-Buahan *letak soda nyumnyum


inilah makaroni bakar.
atas tu garing tau.
sebab letak Cheese.


macam biasa hiasan meja bila dah selesai masak 
*kad menu. bekas air.pinggan hidang.pinggan makan.bekas biskut.gelas.kutleri

fini dengan buah tembikai susu untuk air Punch Buahan dan atin dengan biskot Cip Coklatnye.
sedaap !

oke.
ini resepi untuk makaroni bakar ::


Bahan-bahan :
100 gram makaroni (direbus, tos dan gaulkan dengan marjerin)
60 gram daging kisar
1 biji bawang besar(didadu)
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 hiris halia (dimayang)
100 g sayuran campur dingin beku
150 ml susu UHT
3 biji telur
1 camb marjerin
1 cams serbuk kari (dijadikan pes)
30 g keju parut
Secubit garam

Hiasan
2 batang daun bawang, daun sup
1 biji cili merah (dihiris halus)


Cara Penyediaan

1.   Menyediakan bahan
a.   Basuh dan potong semua sayuran.
b.   Rebus makaroni, toskan dan gaulkan dengan marjerin

2.  Memasak makaroni bakar
a.   Panaskan marjerin, tumis bawang dan halia.
b.   Masukkan pes serbuk kari dengan sedikit air dan garam. Apabila bau naik, masukkan daging dan sayuran. Apabila masak campurkan dengan makaroni.
c.   Bancukan susu dan telur fan tuangkan kepada makaroni yang telah dicampur dengan daging. Kacau rata.
d.   Tuangkan ke dalam mangkuk pyrex yang telah di gris. Bakar dalam ketuhar 180 0c selama 30 minit

3.  Menghidang makaroni bakar
a.   Taburkan daun sup, daun bawang dan cili potong. Picitkan sos  cili dengan menarik

Resepi Inovasi #1 Buah Melaka Pelangi Badam


ini adalah masakan untuk inovasi masakan saya yang pertama.
tak tahu nak ubah apa, cuma ubah warna dan salutannya saja.
tukar kelapa kepada badam yang dah dihancur kasar.

sapa sapa yang nak try buat, senang je.
kat bawah ada bagi cara nak membuatnya.
oleh sebab menu kali ni senang, mudah cepat nak buat, 
saya dan Fatin buat slow slow.
Atin buat cake Bebola Chocolate.
Air kiteorang buat air Punch Buah-Buahan.


fini dan Fatin sibuk buat resepi inovasi masing masing.
minggu ni apa pulak ye.
pisang goreng nak inovasi jadi ape ye?
tunggu... :)

ini hiasan meja kiteorang
kalau tengok kedudukan telinga cawan, 
mesti telinga tu tunjuk pukul 4.
kalau makan guna sudu.
kalau makan tak guna sudu
letak telinga cawan pukul 8
kenapa?
 jeng jeng jeng :)




ini adunan yang telah dibulatkan
cantik kan kaler die?
cuma biru tu kene letak sikit je kaler.
nanti tak ade sapa nak makan.
sebab warnanya menakutkan.



hasilnye :))
bakul tu buat sendiri.
macam bakul bawak pergi pasar dah.
Isk isk >.<'


muke gigih tekan doh kaler pelik
tangan pun berwarna warni.
oke.
cara nak buatnye adalah seperti berikut:

Ramuan :


untuk doh


3 camb tepung pulut kering
Secubit garam
4-6 camb air
¼ camt esen daun pandan
pewarna biru-beberapa titis
pewarna kuning-beberapa titis
pewarna merah-beberapa titis

untuk inti
1 camb penuh gula melaka yang telah dicincang
1 camt gula pasir

Untuk menyadur kuih
4 camb serbuk badam (yang telah digoreng)

Bahan bahan lain sehelai daun pisang segiempat berikuran 17 cm/17 cm (untuk bakul kuih)

Thursday, September 15, 2011

masih di panjangkan umur.

PHNOM PENH (Kemboja): 
Pasukan penyelamat, semalam meredah sungai berlumpur untuk mencari ramai lagi mayat ketika Kemboja meratapi tragedi kematian 378 rakyatnya manakala beratus-ratus lagi cedera akibat dipijak beribu-ribu pengunjung festival. 



Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyifatkan ia tragedi terbesar negara itu sejak tragedi pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Khmer Rouge pada 1970-an.

SEORANG pengunjung cuba menyelamatkan diri dari celah timbunan tubuh yang tidak sedarkan diri.

MAYAT pengunjung bergelimpangan di atas jambatan.
Beribu-ribu pengunjung panik yang meraikan festival berakhirnya musim hujan di sebuah pulau di tengah sebuah sungai cuba untuk melarikan diri melalui jambatan yang sempit di Phnom Penh pada lewat malam, semalam. 

Ramai pengunjung yang dipijak ataupun jatuh ke dalam sungai. Mangsa yang keliru pula cuba untuk menyelamatkan diri di tengah-tengah lautan manusia dengan menolak sesama sendiri di setiap arah. Selepas insiden pijak-memijak itu, beratus-ratus mayat bertindihan antara satu sama lain di jambatan berkenaan, sementara pasukan penyelamat memenuhi kawasan itu. 

Operasi mencari mayat di dalam dan sepanjang Sungai Bassac diteruskan, semalam. 

Kejadian mengerikan malam itu yang disiar di televisyen kebangsaan menunjukkan mangsa sama ada yang masih hidup atau sudah mati bertindihan sesama sendiri. 

Sesetengahnya pula menghulurkan tangan sambil menjerit meminta tolong dan ada yang menarik tangan petugas penyelamat yang bersusah-payah membantu mereka yang terperangkap.

Tidak dapat dipastikan apakah punca ynag menyebabkan insiden pijak-memijak itu berlaku. Pihak polis dan saksi kejadian mendakwa jambatan sempit itu tidak menyediakan laluan keluar masuk yang cukup luas ke pulau itu. 

Dua ahli perniagaan warga Singapura yang mengendalikan sistem bunyi dan lampu untuk festival itu berkata, pihak berkuasa menutup laluan di jambatan lain sejak awal-awal lagi hingga memaksa berpuluh-puluh ribu pengunjung menggunakan satu laluan saja. 

Seorang saksi berkata, insiden mengerikan itu bermula apabila beberapa pengunjung pitam akibat ditolak dalam kesesakan itu. Seorang lagi saksi yang terselamat pula berkata, dia mendengar siren polis sebelum pengunjung mula panik.

“Saya benar-benar terkejut. Saya sangka saya akan mati di situ juga. Mereka yang kuat dapat menyelamatkan diri tetapi ramai wanita dan kanak-kanak terkorban,” kata Chea Srey Lak, seorang wanita 27 tahun yang ditolak oleh ribuan pengunjung yang panik di jambatan itu. 

Dia berjaya menyelamatkan diri tetapi memberitahu seorang wanita tua berusia 60 tahun yang terbaring di sebelahnya mati dipijak beratus-ratus pengunjung yang berlari menyelamatkan diri. 

“Saya dengar banyak tangisan dan jeritan meminta tolong di mana-mana saja, tetapi kami tidak dapat membantu antara satu sama lain. Semua orang hanya berlari,” ujar Chea di Hospital Calmette, di mana dia menerima rawatan di kaki dan tangannya yang tercedera. 

Sementara itu, van ambulans bergegas pergi dan balik berulang kali dari tempat kejadian ke hospital selama beberapa jam. Hospital Calmette yang menjadi pusat perubatan utama di Phnom Penh dipenuhi dengan mayat mangsa, selain mereka yang cedera hingga ada yang terpaksa dirawat di ruang masuk utama, manakala sanak-saudara mencari orang yang tersayang



..........

berita ni dah dah lama dalam november 2010


waktu ni saya di Kemboja sedang menyertai satu program kemanusiaan
iaitu Program Solidariti IPGKTI di Bumi Kemboja


pada malam kejadian saya dan beberapa orang lagi rakan sedang berjalan jalan di bandar ini dengan menaiki tuk tuk, *kenderaan yang macam beca tak beca tu
biasala datang negara orang mesti lah nak tinjau tinjau keadaan kan
tapi kami balik awal.


pagi keesokan harinya,
masa sarapan di hotel,
terdengar berita tentang kematian ni,
pensyarah minta kami bagitahu family katakan kami selamat.
masa on the way perjalanan balik ke kampus, rakan saya sempat kol tanya khabar semata nak tanya saya selamat ke tak. maceh Nisrin :)


*sebenarnya kami lalu juga kat sana. tapi bahagian luar je.


Alhamdulillah.
semua rombongan selamat. 
tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua yang membantu menguruskan projek mega ini.
Anda memang hebat. *lagi berita Program Solidariti







Wednesday, September 14, 2011

murid SK Taman Mutiara Rini

tetibe teringat murid SK taman Mutiara Rini.
Rindu sangat.
dalam nakal nakal tu ada jugak yang baik.
dalam yang baik tu ada jugak yang nakal nakal

ada satu sifat yang saya suka tentang murid kat sana.
kalau kita ada banyak barang or bawak sebatang pen pun,
diorang akan berebut nak bawa untuk cikgu.
sampai kalau boleh kene buat giliran.
carta giliran angkat barang cikgu.
 suka sangat.
tapi kenapa ye selalu tengok murid sekolah rendah je yang rajin tolong cikgu.
kalau dah naik sekolah menengah masing2 buat hal sendiri.

tengs to warga SKTMR

budak2 main camera cikgunya 
tangkap gambar sendiri
cikgunya pasrah oleh kerana last day.
siap conteng tangan and then tunjuk kat ticernye.

3 orang ni teman cikgu dye sampai balik.
sebab dah hari terakhir kat sekolah (4 Ogos)

cikgu aini dengan murid kesayangannya

murid saya :)

manusia nak jadi kucing

suasana dalam kelas hingar bingar
dengan suara Palun *terutamanya :p
dan geng geng belakang.

lecturer pula tiada di kelas.
sebab hari ini ada seminar Kajian Tindakan RBT.

takut jugak tengok senior buat pembentangan.
dengan banyak soalan yang terpaksa dijawab untuk pertahankan kajian kita.
 kalau saya kat depan,
pergi geget microfon.
tak cukup microfon geget laptop, LCD, and  wayar.
last2 dewan tu tinggal sejarah.

coop.
 ni dah lari topik.
sebenarnya nak cerita topik apa yang berlaku kat kelas tadi je.

misai cantik tak :)
hangguk kepada cepat.

tak cukup dengan misai, letak misai kat kening
lepas tu
buat misai kucing pule tu.
mauw mauw !

*edited

Saturday, September 3, 2011

tweet tiyut tomey

makcik punye anak buah semuanya comey comey.
makcik dah ok :)
ada yang muke cina. orang futeh,  jepun. semua adalah.

kalau orang cina tu mungkin lah
Tapi tak tahu gen orang putih n jepun tu datang dari mana.
dengan rambut perang
mata sepet.
dah la tecik.
kiut sangat.
kalau lah boleh pinjam pipi gebu tu pergi bawak johor.
pastu bila da puas guna baru pulang balik. boleh?



anak buah belah mak.
ce tengok yang belakang.
suka makan 

pandang ape tu. frenchfries dye lah tu

dah dapat.
nyumnyumnyum..
sedapnye.
bagi aunty sikit.

muke sedih sebab fries dye dah jatuh. mak ngah dye buat.
cian dye.
caption forgive me tu saje je.
sebab nampak muke sangat innocent sangat

ini anak sedara belah ayah.
pipinya gebu sangat.
sampai suke picit sampai kempis.
muke nak kene cubit pipi lagi.
suke ye. :)
onyo nyo nyo.. comeynyeee


link bersangkutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...