Saturday, November 13, 2010

Cinta craft giveaway.


w0owowowowowow !
sampai..

*cakarcakar dinding.
*tariktarik rambut.
*lompatlompat kegirangan

sebab terlampau terujaa tengok giveaway tu.
saya sangat cinta kepada kraf.
hingga sapu tangan pun boleh buat doll. 
hingga kain cadar boleh buat dress..
hingga ubat stapler boleh buat gelang.
Oleh yang demikian lah.
saya sangat merariktertarikhebatgempak dengan giveaway ini tahu !
Sila angguk sekali.


g. away ni dibuat oleh sis yang baik herty iaitu cinta-craft

syarat penyertaanya :
Uols kene jadi follower beliau.
buat satu entry khas mengenai give away tersebut dan copy gambar di atas.
letakkan cinta-craft dalam belog list korang sekali yee.
jangan lupe atau buatbuat lupa untuk letak link dalam entry beliau supaya senang nak kesan bau korang.
cepat cepat join. 
ada masa 7 hari lagi.
sebelum giveaway ney jadi milik orang lain.



sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat suke !
sampai tak tahu nak cakap ape dalam masa 2 minit.
(senyap)

*1 minit

*2 minit

oke sudah ( :
kalau dapat ni, habis, sume bantal, pensel case, selendang, beg akan letak button ney.
sampai tak cukup.beli lagi. habis dan beli lagi 
sampai orang yang jual ney dah jemu asek tengok muke yang same beli barang dye.

nak tag orang juge.


kesimpulannye.
saye sangat sukee !


Friday, November 12, 2010

Belajar bahasa : Kemboja

Assalamualaikum wbt..
Hari ini rase macam weekend.
Sebab tengok kampus senyap belaka.
Kira bunyi cengkerik menyanyi lagi bising lah.
Jam 8 dah ada di Pusat Kegiatan Pelajar (PKP).
Untuk kempen sumbangan barang terpakai.
Alhamdulillah.
Dapat sambutan yang hangat.
Kire berpeluhpeluh mengalir dengan lajulaju.
Hingga banjir PKP tersebut.
Over lah pule.


Baju sumbangan derma.

Terima kasih ye kepada individu yang menghulurkan sumbangan.
Insyallah semua amalan kita jika dilakukan dengan ikhlas akan dapat ganjaran.
Kita hanya perlu yakin dengan janjiNya.

Selepas tu,
Jam 4.00 petang pula ada Majlis Pelepasan Kontingen Program Solidariti IPG KTI di Bumi Kemboja.
Harap semuanya berjalan lancar.
Harap selamat perjalanan pergi dan balik.
Terima kasih kepada Tuan pengarah
kerana sudi meluangkan masa sebelum kami bertolak ke sana.

Majlis Penyerahan banner program oleh Tuan Pengarah.

Ahli kontingen Program Solidariti IPG KTI di Bumi Kemboja

Temenggong Ibrahim Boleh !

Baik.
Selepas itu,
Balik balik terus eksaited.
terus belarilari anak ke laptop.
Dengan rakusnya buka laptop dan
google tempat yang InsyaAllah kami akan lawat di sana dan ada beberapa perkara lagi lah.

Masjid Batambang

Toul Tompong Market

Laluan ke Phnom Bakheng

Terima kasih kepada Dekyah kerana telah mengajar kami bahasa kemboja.
Nak tambah lagi boleh ?

Boleh ?
kaseh !
tapi ini lain sket.
Tp still bahasa Khmer (bahasa Kemboja).
Samasama kita belajar.
dan siap diri secara mental dan fizikal ok.

Ucapan harian
Hai : Sua s'dei
apa Khabar? : Sohk sabbye tey
saya baik : Khnyohm sohk sabbye
maaf : Ot toh

Jawapan ringkas
Ya : baat (lelaki) , jaa (perempuan)
tidak : tey
Terima kasih : ahr coon
Tidak perlu, terima kasih : ot tey ahr coon

Frasa
Berapa harga? : Tlai bon mahn
minta berikan saya bil? :sohm kot loi

kata ganti diri
saya : khnyohm
awak : neah
kami : yeung

Kata kerja
jalan : daarl
hendak : djong
cakap : nieh yey
beli : jewel
lihat : meul
Makan : njahm
tidur : gain
tahu : skoal
faham : yol

Adjektif
murah : taup
mahal : tlai
panas : k'dau
cantik : s'aat
besar : tom
small : toit
gembira : sabbye
lapar : klearn

minuman
kopi : kaa fey
teh : dthai

nombor
1 : muy
2 : pee
3 : buy
4 : boon
5 : bprahm
6 : bprahm-muy (lima-satu)
10 : dohp


Thursday, November 11, 2010

Sesi jawab soalan kene tag


saye telah di tag oleh Fatin. Mesty dye da lame nak tengok jawapan yang tak kunjung tiba ni.
Sabar ye.

Ini dia soalannya. Jeng jeng jeng.

Apa benda paling penting dalam hidup korang?
Cinta !
Cinta kepada Allah.
Cinta Kepada Rasul dan Nabi.
Cinta kepada Keluarga.
Cinta kepada Diri sendiri dan orang lain.

Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
Air milo seringgit enam.
Bukan beli seringgit dapat enamlah.
kalau macam tu saye pun nak beli sampai kedai Milo tutup kedai.

Di manakah tempat korang akan melangsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
Saye masih belajar lah. Tunggu lah
banyak mase lagi ( :

Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Perlu ke nak jawab soalan perangkap ni ? No komen.
(macam artis pule. aww ! )

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Hingga nyawa tercerai dari badan. ( kenal tak ayat sape ney. kenal tak. kenal tak. )

Di mana korang selalu jumpa kekasih korang?
Jumpe jarang. Terjumpe banyak kali. ( :

Novel/buku/majalah terakhir yang dibeli?
SOLUSI.

Apakah nama penuh korang?
Powepuff girl.
Sile muntah dari jauh.
Nam tipu tapi tak pandai.
Ni nama saye.
Nur Affni bt Mohd Mashudi

Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
Suke dua dua. No kompromi.
Cume umi suke bawak jalanjalan. Sukee !

Namakan orang yang betul-betul korang nak dalam hidup korang?
Hidup saye dah lengkap.
Tak baik tamak. ( :

Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Mesin basuh yang basuh.
Sebab mesin basuh sayang saye lebih.
sebab tu tolong basuhkan.
Sayang mesin !
selagi u tak rosak ok (:

Di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
Untuk yang dah bayar duit tiket segala,
mestilah kat Kemboja.
Here i come !
Terbaang !

Pilih salah satu, peluk atau cium?
Pelukcium.*dah jadi satu perkataan* (:
Suke duadua. Jangan mara saye

5 benda yang paling disayangi dalam hidup?
Gelangdancincin umi bagi.
Kasut Clarks
Kamera pinky winky.
Printer
Mesin jahit saye !
Eh. da habis ?
Boleh tak kalau nak buat menjadi 10 ?
tak boleh ?
Ok. Bye !

5 lagu yang paling suka dan selalu dengar?
Lagu Maher Zain.
Seperti diatas
Baca nom 1
Baca lagi.
baca sampai pengsan.
Pastu bangun dan sila pengsan lagi.

Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
28 Januari 1989.
Dekat Angsana. Tarikh sama dapat Elaun.
Terus serbu Pizza. ape lagi.
Serbuu !

Blogger yang korang nak tag?

Siap !

Tuesday, November 2, 2010

Holiday : Taman Istana

(kakiku cantik !)


Ini bukan produk kesihatan ke ape ke jadahnye.
Ini betul betul.
bukan main main.
Akhirnye hari yang ditunggu tiba.
eh macam nak kawen je.
Bukanlah.
Sebenarnya,
Esok kaki ku akan ku jejakkan di Putrajaya.
Akhirnya !
Walaupun ada lagi 4 paper yang perlu dihabiskan sebelum cuty semester.
Tapi sempat balik.
Sebab Raya Haji tak dapat pulang ke rumah halaman.
Jadi inilah satunya masa yang sempat.
Tadi.
sempat berjalanjalan kat taman.
Taman ini sangat cantik.
berjalan dengan 2 orang kawanku yang cantik juge.
sampai sudah lupe nama taman sebab kecantikannye.
Haha !
sampai macam tu sekali.

Menggunakan camera henfon yang cuma ada 2 megapiksel.
inilah hasil yang valing vouge yang dapat dirakamkan.

Inilah Nisrin !

Inilah Fatin !

Inilah saye ! wiwiitt !
Haha. Perluke buat bunyi macam tu.

Full length shot. Untuk tangkap pikcer pemandangan
Teringat exam tadi pule kan.

Antara pengunjung/pengguna yang ada.

Tempat ini best.
tapi ada yang tak bes.
tempat ini ditutup kepada orang awam jam 6.45 petang.
So, sape nak jdi princess masuk lepas tu lah.
Jadi kami pun keluar jam 644 petang.
Ok lah.
satu minit sebelum gatenye tutup.
Percaye ke.
Tak sempat
nak pusingpusing
nak golekgolek
nak menikmati keindahan
satu taman.
Sebab tamannye besar.
besarlah dari taman kat rumah saye tu kan.
kalau dapat golek sampai hujung taman sane.
Mate, kaki, tangan ntah ke mana.
sebab penat sangat sampai anggota pun cabut lari !
Haha !
over sungguh.
sebab tak larat sudah.

Oke.
mase untuk kemas beg.
Sebab esok akan naik binatang yang kaki 12 tuh.
teka je. Tak penah pulak kira berapa kaki.

salam.
Jumpe lagi.

*Kepada sesiapa yang sambut Deepavali,
Happy Deewali.
Happy holiday kepada yang bercuty.
termasuk orang ini ye.

Qoutes : Hidup tak selalu indah.

to :




Segala cobaan
terus menghadap.
semua itu datang dariMu
Ya Allah.
Aku percaya.
kau maha kuasa.
Semua ku pasrahkan padaMu.
Ya Allah.
Rinduku cintaMu Ya Allah.
Aku ikhlas dengan apa yang kau beri.
Rinduku cintaMu Ya Allah.
aku akan selalu bersabar.
(vegetoz, rinduku cintaMu)

Hidup ini tak selalu indah.
Adakala kita akan sedih.
adalakala kita akan gembira.
Manusia sentiasa melakukan kesalapan sama ada sedar atau tidak.
Tidak boleh dari melakukan kesilapan.
Oleh itu,

sila maafkan saya.
kalau ada salah. sila betulkan saya.
Jangan mara yee...



Monday, November 1, 2010

Aktiviti : Program Solidariti IPG KTI di Bumi Kemboja




Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ke-45 dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KTI akan mengadakan

"Program Solidariti IPG KTI di Bumi Kemboja"

Ini adalah merupakan aktiviti kemasyarakatan peringkat antarabangsa yang julung-kulung kalinya diadakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
Masih menghitung hari untuk kami berangkat ke Kemboja.
dengan membawa nama
Institit Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru
untuk berbakti kepada penduduk di sana.
Kami dijadualkan bertolak pada 17 Oktober 2010 dan dijangka pulang pada 23 Oktober 2010.





SUDAHKAN ANDA MENYUMBANG UNTUK KEMBOJA??

Sumbangan boleh dilakukan terus di Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KTI
ataupun hubungi nama-nama di bawah ini:



1. Saudara Malek Husaini Abdillah : 0137625689
(YDP JPP ke-45)
2. Muhammad Hazwan bin Serman : 0137975375
3. Ishak Ridhwan b Che Mat Nawi : 0137599957



Berikut adalah serba sedikit tentang program yang akan dilaksanakan nanti.

RASIONAL

Program Solidariti IPG KTI JB di Bumi Kemboja merupakan usaha murni JPP 45 yang mewakili warga temenggong bagi menjulang dan mempromosikan nama IPG KTI ke mata dunia. Program ini bertujuan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di bumi Kemboja terutamanya umat Islam yang terhimpit dalam keperitan hidup. Aktiviti korban sempena Hari Raya Aidil Adha serta pembinaan Perigi Wakaf menjadi tunjang kepada program ini. Disamping itu, program ini turut mendedahkan guru pelatih kepada budaya, bahasa dan adat resam Kemboja dan seterusnya mampu membuka minda guru-guru pelatih agar lebih peka terhadap perkembangan budaya dunia.

Oleh itu, dengan adanya program ini, diharapkan semua ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dapat memanfaatkan serta menimba pelbagai ilmu baru yang mampu mematangkan pemikiran serta merealisasikan “Towering Personality” mereka. Segala kebaikan yang bakal diperolehi melalui program ini akan dapat mewujudkan hubungan yang akrab dengan masyarakat luar dan secara tidak langsung akan mengangkasa imej IPG ke peringkat antarabangsa.
MATLAMAT
Bagi melahirkan pendidik yang mempunyai ketrampilan dan daya saing yang tinggi, ia bukanlah suatu usaha yang mudah. Justru, melalui program yang bakal dilalui, ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dapat mengenali budaya, adat resam dan bahasa negara Kemboja yang berbeza lantaran dapat memantapkan jati diri mereka.
Program ini juga merupakan medium IPG KTI yang mewakili rakyat Malaysia bagi menghulurkan bantuan kepada masyrakat yang tersepit dengan kesengsaraan di peringkat antarabangsa. Disamping itu juga, program ini mampu memartabatkan lagi IPG KTI khasnya dan profesion keguruan amnya. Dengan kesempatan berada di bumi Kemboja, peserta mampu mematangkan diri mereka setelah melalui pelbagai pengalaman di perantauan.
OBJEKTIF
  1. Menjalin hubungan silaturahim antara pelatih-pelatih IPG Kampus Temenggong Ibrahim dengan masyarakat antarabangsa khususnya di negara Kemboja
  2. Meninjau suasana pembelajaran serta bertukar-tukar buah fikiran bersama sekolah-sekolah di Kemboja
  3. Menjadikan Sekolah yang dilawati sebagai sekolah angkat JPP IPG KTI, Johor
  4. Mempelajari adat dan budaya masyarakat Kemboja dan menjadikan pengalaman sebenar ini sebagai asas ketahanan diri dan jati diri dikalangan peserta rombongan.
  5. Melaksanakan ibadah Korban dan pembinaan perigi wakaf yang merupakan khidmat kemasyarakatan pada peringkat antarabangsa
  6. Membuka lembaran baru bagi mempromosi IPG KTI ke pentas antarabangsa
  7. Pelan Strategik HEP



1st checkup adik Fathia (kantung kosong)

Tak tahu nak ceritakan dari mana. Genap usia Fathia 3 tahun, Ibu dapat tahu Fathia bakal menjadi kakak. Perangai Fathia pun lain macam s...